PENYELARAS PEMUDA DUN WAKAF MEMPELAM

PANJI PERJUANGAN UMMAH
Home » » Konvoi Pemuda DUN Wakaf Mempelam.

Konvoi Pemuda DUN Wakaf Mempelam.

Written By Pelam Muda on Monday, February 21, 2011 | 2/21/2011 06:44:00 PM



11 Februari 2011. Pemuda DUN Wakaf Mempelam telah berkonvoi ke tapak Perhimpunan Pemuda Islam Terengganu ( HIMPIT .)Seramai 150 orang pemuda telah menyertai konvoi ini. Sebelum berlepas pergi ke destinasi, peserta konvoi telah berkumpul dan menjadi tetamu di rumah YB. Tuan Haji Mohd Abdul Wahid Haji Endut Ahli Parlimen Kuala Terengganu merangkap ADUN Wakaf Mempelam untuk bersarapan pagi.Turut hadir meraikan peserta konvoi ialah Encik Radzali Abdul Ghani ( Pengarah DUN ), Encik Othman Yusuf ( Pen. Setiausaha DUN ) ustaz Zulkifli Muhammad ( Ketua Lajnah Tarbiyyah DUN ) dan Encik Muhammad Amri Yahaya ( Ketua Penerangan DUN ).

Sdr. Mohd Azrin Aris Ketua Penyelaras Pemuda DUN telah memberi ucapan alu aluan ,taklimat perjalanan dan keselamatan semasa Konvoi.

YB.Abdul Wahid sewaktu memberi ucapan kepada peserta konvoi.Antaranya beliau menyentuh peranan pemuda dalam perjuangan Islam. Pemuda adalah asset penting kepada parti kerana mempunyai kekuatan dari segi tenaga, fizikal dan pemikiran. Namum semua ini tidak akan teguh melainkan perlu perkemaskan dengan program tarbiyyah dengan majlis ilmu dan usrah.

Ramai dikalangan anak muda yang terjebak dengan masalah sosial, mat rempit,dadah, maksiat dan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah Taala. Kita pemuda Islam tidak dilarang untuk bersosial berhibur tetapi mesti dalam skop Islam.Untuk menyelamatkan keadaan yang parah ini Pemuda -pemuda yang mempunyai kesedaran ini hendaklah berusaha kuat untuk memastikan Islam akan kembali memerintah dan seterusnya menyelamatkan bangsa melayu sendiri dan negara daripada kehancuran.

Beliau membuat contoh di Mesir hari ini semua golongan rakyat keluar berdemotrasi termasuk golangan muda yang bertenaga yang akhirnya menumbang diktator Hosni Mubarak yang telah lama melakukan penindasan kepada rakyat dan umat Islam di Mesir. Inilah sumbangan besar kepada kejayaan itu oleh golongan muda.

YB.seterusnya mengingatkan peserta konvoi agar menjaga keselamatan dan berhati hati dijalanraya, mengikut arahan dan berdoa moga selamat dalam perjalanan.

Sebelum YB. Abdul Wahid melepaskan peserta konvoi, ustaz Zulkifli, Ketua Lajnah Tarbiyyah telah membacakan doa.

0 Komen:

Post a Comment

TG Haji Abdul Hadi Awang