KUALA LUMPUR: PAS Perak melihat cadangan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Khas di bawah Parlimen bagi memantau Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah secara langsung memperakui kelemahan dan ketidakbolehpercayaan badan tersebut dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah bagi mengendalikan sistem pilihan raya di Malaysia.

Malah, ujarnya BN negeri adalah antara yang paling awal meragui ketelusan SPR bilamana Pengerusinya, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, telah mengesahkan pihaknya akan memfailkan petisyen mencabar keputusan PRU13 sejak23 Mei lagi.
Katanya, ia jelas menunjukkan bahawa BN Perak turut meragui peranan SPR dalam mengendalikan PRU yang lalu dan bersetuju dengan Pakatan Rakyat bahawa badan itu tidak cekap menjalankan pilihan raya yang perlu dicabar keputusan tersebut di mahkamah.
“BN Perak secara tidak langsung percaya bahawa keputusan PRU13 yang lalu tidak 'tepat' dan sewajarnya dicabar sepertimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia,” ujarnya lagi.
Beliau berkata, ia juga kegagalan SPR menjalankan tugas yang sewajarnya dan selama ini menjadi pertikaian banyak pihak di atas ketelusan dan kemampuannya.
Tambah beliau, justeru ramai yang mendesak agar diwujudkan satu Suruhanjaya Diraja bagi mengkaji peranan dan kebolehpercayaan SPR untuk mengendalikan PRU akan datang.
0 Komen:
Post a Comment