PENYELARAS PEMUDA DUN WAKAF MEMPELAM

PANJI PERJUANGAN UMMAH
Home » » Muktamar DPPNT

Muktamar DPPNT

Written By Pelam Muda on Saturday, April 30, 2011 | 4/30/2011 10:42:00 AM


Kuala Terengganu, 30 April 2011 : Sempena hari terakhir bulan April ini Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu telah berkesempatan untuk mengadakan Muktamar tahunan yang di adakan di Markas Tarbiyah Pas Kuala Terengganu.

Program yang bermula pada jam 9.30 pagi telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden Pas YB. Ustaz Nasharudin Mat Isa. Sebelum itu YB. Ustaz telah diiringi oleh kira-kira 40 buah motosikal ke tempat program. Turut hadir pada muktamar tersebut ialah Ustaz Satiful Bahri Mamat, Ustaz Abu Bakar Chik, Mohd Suhaimi Embong dan beberapa orang lagi tetamu jemputan.

Dalam ucapan perasmian tersebut Ustaz Nasharudin mengingatkan semua pemuda yang hadir supaya mengambil semangat revolusi-revolusi yang sedang dan telah berlaku di timur tengah. Pemuda mestilah berada di barisan depan revolusi ini.

Hadirin yang hadir hampir 400 orang, memenuhi dewan besar Markas Tarbiyyah. Perbahasan yang diadakan adalah agak panas tetapi masih agak terkawal. Satu usul telah diterima dengan bahas, satu usul diterima tanpa bahas dan satu usul telah ditolak. Usul yang diterima dengan bahas adalah usul dari DPPK Marang iaitu untuk menubuhkan satu Lajnah ARC. Usul tersebut diterima dengan sedikit pindaan iaitu akan dijadikan Jabatan, iaitu Jabatan ARC.

Berikut disenaraikan sebahagian jawatankuasa yang telah terpilih :

Ketua : Ust. Mohd Nor Hamzah
Timb. Ketua : Ust. Ridzuan Hashim
Naib Ketua : Ust. Kamaruzaman Abdullah
Setiausaha : Ust. Wan Faizol Wan Abbas
Ketua Penerangan : Ust. Sheikh Hanafi Abdul Aziz.

0 Komen:

Post a Comment

TG Haji Abdul Hadi Awang