PENYELARAS PEMUDA DUN WAKAF MEMPELAM

PANJI PERJUANGAN UMMAH
Home » » SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW.

Written By Pelam Muda on Friday, February 25, 2011 | 2/25/2011 10:46:00 AM



Ustaz Ahmad Kamal bin Ali ketika menyampaikan ceramah Maulidur Rasul SAW.

25HB. Feb. Kg. Gelugur Raja.

Sambutan Maulidur Rasul SAW anjuran PAS Cawangan Kg. Gelugur Raja.di sambut meriah.
Majlis berlangsung dengan beberapa acara yang menarik dimulai dengan persembahan bacaan qasidah dan solawat keatas junjungan mulia Rasulullah SAW oleh dua kumpulan dari Madrasah AlHidayah dan Madrasah Al Muhajirin Bukit Jong, Terengganu.

Majlis anugerah Kebaktian sempena Maulidur Rasul SAW. tahun 1432 Hijrah di peringkat cawangan ini telah memilih lima individu yang banyak berbakti iaitu YM. Tuan Ahmad bin Tuan Salleh Imam Surau Kg. Gelugur Raja dan Al Fadhil Ustaz Yusuf Idris seorang tenaga pengajar di surau. Ustazah Hajjah Rashidah binti Yong, Ustazah Zabedah Mamat dan ustazah Rokiah binti Ngah pula penerima anugerah dari kalangan muslimat.

Penyampaian penghargaan dan cenderahati kepada penerima anugerah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Kamal bin Ali Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu, sementara penerima dari kalangan muslimat pula disampaikan oleh Puan Zainun ( Ketua Muslimat PAS Cawangan Gelugur Raja ).

Al Fadil ustaz Ahmad Kamal bin Ali juga sebagai penceramah jemputan telah menyampaikan peringatan dan pengajaran kepada para hadirin tentang perjuangan Rasulullah SAW. antaranya beliau menyebut hikmatnya Rasulullah SAW yang kewafatan ayah, ibu dan diikutinya datuknya tetapi Rasulullah memiliki akhlak yang amat mulia walaupun hidup tanpa didikan orang tua sehingga di gelar al Amin dikota Mekah pada masa itu.

Diwafatkan Ayah, ibu dan datuk sebagai pendidik atau untuk dicontohi sifat jujur dan baik daripada kedua ibu bapanya adalah bukti bahawa amanah,jujur dan baiknya Rasulullah SAW. adalah dengan bimbingan secara langsung daripada Allah SWT. Maka menolak anggapan Nabi SAW berakhlak mulia kerana diajar oleh ayah, ibu atau datuknya atau Nabi SAW menjadi seorang berakhlak mulia kerana ayah ,ibu dan datuk dia orang yang jurus doh maka nabi Muhammad SAW pun jadi jurus ,inilah hikmatnya kewafatan kedua orang tua Baginda SAW ,satu pemberitahuan Allah Taalalah yang mendidik secara terus diri Muhamad Rasulullah SAW.


Nabi Muhamad SAW. mengajar kepada kita tentang Islam yang akan menyelamatkan kita di dunia dan akhirat.Ibu bapa pun juga mengajar kita, tetapi kadang kadang ibu bapa tidak mengajar anaknya tentang hari akhirat yang hanya memastikan anaknya tidak lapar dan sihat.

Nabi Muhamad SAW. adalah pembimbing dalam semua perkara, memberitahu setiap yang haram dan yang halal. Hanyalah golongan yang tidak ada iman sahaja yang merasakan kedatangan Nabi Muhamad SAW jadi payah belaka, sebelum datang Nabi Muhamad SAW, air zam-zam boleh minum arak pun boleh minum, datang Muhamad SAW. air zam -zam boleh minum arak tak boleh minum, kahwin boleh zina pun boleh datang Muhamad SAW. kahwin boleh zina tak boleh.Orang yang tidak beriman yang mengikut hawa nafsu berserabut perut dengan kehadiran Nabi Muhamad SAW.

Kehadiran Nabi Muhamad SAW. bukan secara kebetulan tetapi dunia pada masa itu memerlukan seorang Rasul. Terjadi kepada umat- umat terdahulu selepas wafatnya Nabi, mereka menyeleweng, kembali murtad dan kafir.

Nabi Nuh AS yang berdakwah selama 950 tahun dan ditentang oleh umatnya. Allah Taala selamatkan Nabi Nuh AS dan dan orang yang beriman sementara yang kafir semua ditengelamkan dalam banjir besar dan tinggallah hanya orang - orang beriman . Bila Nabi Nuh As wafat berlaku penyelewengan mereka menyembah berhala semula. Allah Taala utus Nabi Musa AS yang berhadapan dengan firaun yang akhir juga ditengelami air lautan dan semua mati dan tinggallah hanya orang - orang yang beriman. Wafat sahaja Nabi Musa AS timbul semula penyelewengan umatnya.

Allah Taala datangkan Nabi Isa AS tetapi umatnya mahu membunuh Nabi Isa AS yang akhir Allah Taala angkat Nabi Isa AS . Selepas itu manusia menjadi rosak, Bangsa Arab membunuh anak perempuan hidup -hidup, menjadi isteri mereka sebagai taruhan judi setelah kehabisan harta.minum arak, tawaf dalam keadaan telanjang. Orang yang zalim menjadi pemerintah dan menindas dan megkhianati orang yang lemah. Maka Allah mengutus Nabi Muhamad SAW untuk hapuskan segala amalan jahiliyah. Datangnya Nabi Muhamad SAW sebagai satu rahmat kepada sekalian alam.

Setelah wafatnya Nabi Muhamad SAW umatnya ada yang menyeleweng, Nabi Muhamad SAW. adalah nabi yang terakhir tiada lagi nabi selepasnya, maka menjadi tanggungjawab kita semua untuk menentang segala penyelewengan dan menegakkan kebenaran Islam yang dibawa oleh Nabi Kita SAW.

Inilah antara yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Kamal bin Ali ketika berceramah di majlis Maulidur Rasul SAW itu. Majlis diakhiri dengan semua hadirin bersolawat beramai -ramai keatas Nabi SAW.










Laporan : Amiramri

0 Komen:

Post a Comment

TG Haji Abdul Hadi Awang