NGO bagi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil mungkin sekali lagi akan turun ke jalanan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini jika cadangan mereka mengenai reformasi pilihan raya gagal dilaksanakan oleh pihak berkuasa.
Bercakap kepada media selepas melancarkan kempen pendidikan kepada pengundi di Kuala Lumpur hari ini, pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berkata beliau khuatir kerajaan tidak akan mempertimbangkan syor dan cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi pembaharuan pilihan raya di negara ini.
"PSC boleh tampil dengan syor dan cadangan mereka, tetapi kerajaan tidak akan melaksanakannya.
"Jika mereka tidak penuhi syarat dan cadangan yang dikemukakan, saya tidak tolak kemungkinan kita anjurkan satu lagi perhimpunan BERSIH sebelum pilihan raya," katanya.
Beliau juga melahirkan rasa kekecewannya dengan laporan pertama PSC.Katanya, walaupun penggunaan dakwat kekal yang dikemukakan oleh PSC adalah hanya “satu daripada lapan tuntutan (BERSIH), namun ia permulaan baik.
“Saya menantikan lebih banyak syor dan cadangan dalam laporan kedua PSC,” katanya.
Pada sidang akhbar itu, Ambiga juga mengumumkan bahawa Sasterawan Negara Datuk A Samad Said akan dilantik sebagai pengerusi bersama BERSIH dan aktivis pelajar Shukri Abdul Razab pula sebagai anggota jawatankuasa pemandu.
http://www.malaysiakini.com
balan presiden PAS Nasharudin Mat Isa menjelaskan, kehadirannya ke rumah Hasan Ali di Petaling Jaya kelmarin bagi menyatakan sokongan terhadap bekas pesuruhajaya PAS Selangor ekoran pemecatannya dari parti.
"Kerana kita bercakap dengan akhbar Umno maka kita nak jadi Umno. Harap selepas ini politik kita menjadi matang," katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Pesuruhajaya PAS Selangor Dr Rani Osman (kiri) berkata, beliau berharap tidak tidak dicalonnya sebagai exco Selangor menggantikan Dr Hasan yang mahu disingkirkan daripada kerajaan negeri.




