Pages

Sunday, December 25, 2011

Shahrizat Mengesahkan Bahawa Umno Memang Bermasalah

Oleh RIDUAN MOHD NOR

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) melihat kenyataan terbaru Datuk Seri Shahrizat Jalil yang mempersoalkan siapakah pemimpin UMNO yang tiada masalah seperti mengiyakan pandangan masyarakat bahawa memang benarlah tidak ada pemimpin UMNO yang benar-benar bersih dari sebarang skandal.

Kenyataan yang keluar dari mulut Datuk Seri Shahrizat Jalil, seorang menteri dalam kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara spontan seperti menyindir semua pemimpin UMNO supaya jangan berlagak bahawa mereka tidak ada apa-apa masalah dan merasa selesa dengan keadaan mereka. Skandal mereka belum terdedah dan masa yang akan menentukan keadaan diri mereka dalam UMNO.

Bagi DPP Malaysia, tidak ada apa yang memeranjatkan dalam ucapan Datuk Seri Shahrizat Jalil. Ini kerana rakyat sudah sinonim bahawa UMNO dan rasuah serta penyelewengan sudah sebati. Kes Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang didapati bersalah kerana rasuah di mahkamah Tinggi Shah Alam semalam boleh menjadi kayu pengukur bahawa pemimpin UMNO sukar untuk dijadikan contoh teladan buat rakyat Malaysia.

Selain Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, ramai lagi pemimpin UMNO yang pernah terkait dengan pelbagai skandal. Sebelum ini beberapa tahun lepas, beberapa orang pemimpin kanan UMNO pernah dihadapkan ke Lembaga Disiplin UMNO sehingga ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dakwaan rasuah. Malah, bekas Naib Presiden UMNO sendiri turut terbabit dengan rasuah sehingga terpaksa melepaskan jawatan beliau.

Dengan isu skandal penyelewengan dalam Projek Fidlot Kebangsaan (NFC), ramai percaya bukan Datuk Seri Shahrizat Jalil sahaja yang terlibat, malah ramai lagi pemimpin kanan negara juga boleh dikaitkan dengan kelulusan projek tersebut. Mereka ini patut dipertanggungjawabkan dengan kelulusan projek tersebut dan wajar diambil tindakan.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 pula mendapati pelbagai ketirisan dalam perbelanjaan di Kementerian-kementerian, agensi kerajaan dan lain-lain lagi. Dalam keadaan demikian, tidak hairanlah Indeks Persepsi Rasuah negara merudum buat tahun ketiga berturut-turut.

Justeru, tidak ada apa lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat dalam negara ini, melainkan perubahan mesti dibuat oleh rakyat dalam PRU ke 13. Malaysia perlu diselamatkan dari tangan-tangan hitam yang mengotorkan negara dengan rasuah dan skandal yang memalukan negara.

Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Sunday, December 18, 2011

Ini pasaraya ke masjid yang saya pergi ni?


Oleh: rozmal

"Ahad 18 Dis 2011 jam 9.10 pagi, saya ke Pasaraya Sabasun di Gong Badak, Kuala Terengganu membeli beberapa barangan keperluan. Memasuki pasaraya, sistem penyiaran setempatnya mendendangkan alunan zikir Asma ul Husna. Manakala skrin-skrin iklan LCDnya memaparkan misi kemanusiaan yang dijalankan oleh Yayasan Amal Malaysia.

Selepas membayar dikaunter pula, saya disambut dengan pelaburan akhirat, iaitu tabung-tabung derma untuk tujuan kebajikan dan kemanusiaan.

tranungkite.net

Terasa begitu tenteram dan tenang sekali apabila membeli belah dan keluar dari pasaraya tersebut.

Semoga lebih banyak lagi pasaraya, pasar malam, pasar tani dan kedai-kedai di Malaysia ini boleh mencontohi Sabasun terutamanya yang dijalankan oleh orang Melayu dan orang Islam, harga pun berpatutan.

Maksud Hadith – “Sebaik-baik(yang disukai) tempat bagi Allah ialah masjid-masjid dan seburuk-buruk(yang dibenci) tempat bagi Allah ialah pasar-pasar.” (rawahul Muslim)

Kesetiaan saya dengan PAS masih kukuh - Nasharudin Mat Isa

Oleh MalaysianInsider

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa yang dikaitkan dengan desas-desus akan digugurkan sebagai calon pilihan raya umum ke-13 dan kemungkinan keluar PAS menegaskan, beliau masih percaya dan setia dengan parti Islam itu.

“Kepercayaan dan kesetiaan saya kukuh terhadap PAS,” kata beliau dalam temu bual dengan Berita Minggu disiarkan hari ini.


anaabdullah
Menjawab soalan sama ada akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13, Ahli Palimen Bachok ini berkata, beliau masih belum membuat keputusan sama ada secara peribadi mahupun “diarah pimpinan parti.”

Kata Nasharudin, beliau juga tidak memikirkan dengan serius hal tersebut sebab ada banyak perkara yang perlu dibereskan.

“Saya balik kawasan di Bachok dan uruskan masalah rakyat macam biasa. Saya akan tentukan bertanding atau tidak apabila tiba masa,” katanya lagi.

Nasharudin (gambar) bersama Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali disebut-sebut akan digugurkan daripada mempertahankan kerusi masing-masing.

Hasan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Gombak Setia.

Minggu lalu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali menganggap Hasan dan Nasharudin sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS.

Mustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasaharudin bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti.

Nasharudin dalam kenyataan kepada Berita Harian minggu lalu ada menyebut beliau berasa pelik dengan politik semasa PAS.

Mustafa juga berkata Nasharudin tidak pernah datang ke mesyuarat PAS sejak muktamar lalu walaupun dilantik sebagai ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS.

Hasan pula hanya sesekali sahaja datang ke mesyuarat PAS Pusat tetapi tidak pernah menghadiri mesyuarat PAS negeri selepas dilantik semula sebagai ahli perhubungan.

Dalam temu bual terbaru ini, Nasharudin menambah, PAS sebagai organisasi Islam telah dan harus konsisten dengan wajah Islam.

Katanya, jangan sampai pegangan berpandukan al-Quran dan hadis yang menjadi tunjang dipinggirkan kerana terlalu sibuk layan matlamat dan permasalahan.

“Politik banyak diwarnai persepsi dan ini perlu ditangani dengan teliti.

“Tanggapan di luar ialah PAS nampak longgar dalam beberapa perkara, ini bahaya,” katanya yang tewas dalam pemilihan parti Jun lalu.

Kata Nasharudin, PAS mesti kembali berpegang kepada prinsip asal dan jangan semata-mata hendak raikan suasana politik.

“Kita berpolitik lebih daripada berpegang kepada panduan syarak.

“Saya tak nak sebut mana-mana pihak atau individu secara spesifik tetapi jika kita sebut pada prinsip, keadaannya harus begitu,” kata beliau.

Menurut beliau, Islam agama fleksibel dalam banyak aspek termasuk politik, tetapi jangan sampai “kita menggadai apa yang perlu diberi keutamaan.”

“Kepentingan Islam dan umatnya harus berada di tangga teratas tanpa menafikan hak lain kerana kita dituntut berlaku adil,” katanya lagi.

......
http://www.themalaysianinsider.com

Saturday, December 17, 2011

Lebih RM1,000 Billion Wang Negara Lesap Dibawah BN. Mahu Pilih Mereka Lagi?


M1,077 bilion wang negara dibawa lari, lapor GFI

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Rakyat Malaysia kehilangan “satu dekad yang telah hancur dek korupsi”, di mana wang haram sebanyak RM1,077 bilion telah dibawa keluar dari negara kita dalam tempoh 10 tahun dari 2000-9.

Mengikut laporan terkini badan pemerhati kewangan Washington Global Financial Integrity (GFI), wang haram sebanyak RM150 bilion (USD47 bilion) telah dikeluarkan dari Malaysia dalam tahun 2009 sahaja.

RM150 bilion ini adalah tambahan kepada kerugian besar RM927 bilion (USD291 bilion) dalam tempoh 9 tahun dari 2000 hingga 2008. Laporan GFI ini telah mengejutkan kita semua, terutamanya apabila Malaysia kini berada di kedudukan 5 negara yang tertinggi untuk pelarian modal haram yang terbesar.

Demikian kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Menurut Lim, laporan terkini GFI yang bertajuk “Aliran Kewangan daripada Negara Membangun Dalam Dekad Berakhir 2009” telah disediakan oleh ahli ekonomi Sarah Freitas dan Dev Kar, yang pernah menjadi ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa.

Mengikut penulisnya, kata Lim Guan Eng, unjuran tersebut adalah berdasarkan kira-kira bayaran, perdagangan dua hala dan data hutang luar negeri yang dilaporkan negara-negara ahli IMF dan Bank Dunia.

Kata Lim, mereka menekankan bahawa aliran haram ini merupakan “ketirisan modal yang tidak direkod melalui... pemindahan wang secara haram yang terhasil daripada rasuah, pencurian, sogokan dan pengelakan cukai.

Dalam erti kata lain, ia merujuk kepada wang rasuah yang diperolehi secara haram dan tambahan pula tidak diedar semula ke dalam ekonomi negara, katanya.

Bagi Ketua Menteri Pulau Pinang itu, ketirisan lebih RM1,000 bilion yang amat besar dan tidak bertanggungjawab ini adalah akibat daripada rasuah dan sukar untuk ditebus semula.

"Hakikat bahawa hasil rasuah sebanyak RM1,000 bilion telah dialirkan keluar daripada negara kita dalam tempoh 10 tahun yang lalu bermakna bahawa rakyat Malaysia telah kehilangan satu dekad yang telah hancur dek korupsi.

"Sudah tiba masa untuk menghapuskan lanun-lanun yang telah merompak negara kita," tegas Lim.

Antaranya, projek-projek seperti Port Klang Free Trade Zone (PKFZ), skandal saham Bumi RM52 bilion, skandal “lembu dan kondo” RM250 juta NFC, “komisyen” setengah bilion untuk pembelian dua kapal selam kelas Scorpene, dan banyak lagi projek kaitan kerajaan yang penuh dengan kos “overrun” atau kos berlebihan tanpa apa-apa kebertanggungjawaban.

Ia termasuk juga pendedahan Lapora Ketua Audit Negara terkini tentang RM3.7 bilion yang terlebih dibelanja oleh jabatan-jabatan kerajaan, yang telah menjadikan Malaysia sebagai raja wang haram, tambahnya.

"Tidak hairanlah kenapa prestasi negara kita telah merosot mengikut laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2011 badan pemerhati rasuah Transparency International (TI) yang menunjukkan bahawa Malaysia telah jatuh kepada tangga ke-60 daripada 183 negara, berbanding tangga ke-37 pada tahun 2003 apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pucuk pimpinan negara sebagai Perdana Menteri.

"CPI Malaysia pula telah menurun kepada 4.3 pada tahun ini, dan Timbalan Presiden TI Malaysia Mohammad Ali juga berkata bahawa CPI Malaysia terus merosot kerana “unsur-unsur kerajaan” yang memudahkan “rasuah besar” masih lagi tersebar luas," katanya.

Pendedahan terkini oleh GFI tentang wang haram sebanyak RM1,077 bilion yang telah dialirkan keluar daripada negara kita sedikit sebanyak menunjukkan betapa banyak kerugian yang dialami rakyat Malaysia.

"DAP menyesal kerana Kerajaan BN mengambil ringan kajian bereputasi ini yang telah dijalankan oleh sebuah badan yang bebas dan berprestij.

"Rakyat Malaysia harus bersatu untuk menyelamatkan negara kita daripada BN, membersihkan rasuah yang berleluasa dan mendapatkan balik RM1,077 bilion yang telah kehilangan ini," tegas beliau.

Satu dekad yang telah hancur dek korupsi

Rakyat Malaysia kehilangan "satu dekad yang telah hancur dek korupsi", di mana wang haram sebanyak RM1,077 bilion telah dibawa keluar dari negara kita dalam tempoh 10 tahun dari tahun 2000 hingga 2009. Mengikut laporan terkini badan pemerhati kewangan Washington Global Financial Integrity (GFI), wang haram sebanyak RM150 bilion (USD47 bilion) telah dikeluarkan dari Malaysia dalam tahun 2009 sahaja.

RM150 bilion ini adalah tambahan kepada kerugian besar RM927 bilion (USD291 bilion) dalam tempoh sembilan tahun dari 2000 hingga 2008. Laporan GFI ini telah mengejutkan kita semua, terutamanya apabila Malaysia kini berada di kedudukan lima negara yang tertinggi untuk pelarian modal haram yang terbesar.

Laporan terkini GFI yang bertajuk "Aliran Kewangan daripada Negara Membangun Dalam Dekad Berakhir 2009" telah disediakan oleh ahli ekonomi Sarah Freitas dan Dev Kar, yang pernah menjadi ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa. Mengikut penulisnya, unjuran tersebut adalah berdasarkan kira-kira bayaran, perdagangan dua hala dan data hutang luar negeri yang dilaporkan negara-negara ahli IMF dan Bank Dunia.

Mereka menekankan bahawa aliran haram ini merupakan "ketirisan modal yang tidak direkod melalui... pemindahan wang secara haram yang terhasil daripada rasuah, pencurian, sogokan dan pengelakan cukai." Dalam erti kata lain, ia merujuk kepada wang rasuah yang diperolehi secara haram dan tambahan pula tidak diedar semula ke dalam ekonomi negara.

Ketirisan lebih RM1,000 bilion yang amat besar dan tidak bertanggungjawab ini adalah akibat daripada rasuah dan sukar untuk ditebus semula. Hakikat bahawa hasil rasuah sebanyak RM1,000 bilion telah dialirkan keluar daripada negara kita dalam tempoh 10 tahun yang lalu bermakna bahawa rakyat Malaysia telah kehilangan satu dekad yang telah hancur dek korupsi.

Sudah tiba masa untuk menghapuskan lanun-lanun yang telah merompak negara kita. Projek-projek seperti Port Klang Free Trade Zone (PKFZ), skandal saham Bumi RM52 bilion, skandal "lembu dan kondo" RM250 juta NFC, "komisyen" setengah bilion untuk pembelian dua kapal selam kelas Scorpene, dan banyak lagi projek kaitan kerajaan yang penuh dengan kos "overrun" atau kos berlebihan tanpa apa-apa kebertanggungjawaban, termasuk juga pendedahan Lapora Ketua Audit Negara terkini tentang RM3.7 bilion yang terlebih dibelanja oleh jabatan-jabatan kerajaan, yang telah menjadikan Malaysia sebagai raja wang haram.

Tidak hairanlah kenapa prestasi negara kita telah merosot mengikut laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2011 badan pemerhati rasuah Transparency International (TI) yang menunjukkan bahawa Malaysia telah jatuh kepada tangga ke-60 daripada 183 negara, berbanding tangga ke-37 pada tahun 2003 apabila Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pucuk pimpinan negara sebagai Perdana Menteri. CPI Malaysia pula telah menurun kepada 4.3 pada tahun ini, dan Timbalan Presiden TI Malaysia Mohammad Ali juga berkata bahawa CPI Malaysia terus merosot kerana "unsur-unsur kerajaan" yang memudahkan "rasuah besar" masih lagi tersebar luas.

Pendedahan terkini oleh GFI tentang wang haram sebanyak RM1,077 bilion yang telah dialirkan keluar daripada negara kita sedikit sebanyak menunjukkan betapa banyak kerugian yang dialami rakyat Malaysia. DAP menyesal kerana Kerajaan BN mengambil ringan kajian bereputasi ini yang telah dijalankan oleh sebuah badan yang bebas dan berprestij. Rakyat Malaysia harus bersatu untuk menyelamatkan negara kita daripada BN, membersihkan rasuah yang berleluasa dan mendapatkan balik RM1,077 bilion yang telah kehilangan ini.

*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP, merangkap ahli parlimen Bagan.



Ulasan GB

Ringkas saja, hanya yang hilang akal dan tidak berakal akan terus pangkah BN.

Wednesday, December 14, 2011

Pemuda nasihat Hasan Ali jangan tinggal PAS Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 Dis: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan menggesa Exco Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali agar tetap bersama PAS untuk memperjuangkan agama Islam tanpa perlu meninggalkan parti itu.

Katanya, usaha Hasan yang mahu memperjuangkan Islam adalah sesuatu yang baik dan dituntut, namun biarlah perjuangan itu dilakukan bersama jemaah PAS.

"Semalam Utusan tanya saya tentang agenda Dr Hasan nak perjuang Islam. Saya kata usaha itu sesuatu yang baik dan dituntut tapi pada masa sama beliau jangan larikan diri atau tinggalkan jemaah PAS," katanya kepada Harakahdaily

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk "Pemuda PAS sokong Hasan terus perjuang kepentingan Islam, Melayu walaupun digugur sebagai calon" yang memetik kenyataannya.

Beliau berkata, laporan akhbar Umno itu kurang tepat kerana beliau tidak pernah mengiyakan soal Hasan digugurkan dari senarai calon pilihan raya seperti ditulis pada tajuk kecil laporan itu.

Mengulas soal Hasan digugur atau sebaliknya itu, Nasruddin berkata isu tersebut tidak berbangkit kerana keputusan siapa menjadi calon hanya ditentukan oleh PAS Pusat.

"Dia (Utusan) juga tanya saya soal kenyataan bahawa Hasan akan digugurkan sebagai calon. Saya kata soal calon ini hanya diputuskan oleh PAS Pusat.

"Tidak timbul langsung soal gugur tak gugur sekarang ini sebab PAS pusat belum buat sebarang keputusan pun lagi," katanya.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7068-pemuda-nasihat-hasan-ali-jangan-tinggal-pas

Jambori Amal 2011 di dataran tok guru, geliga, kemaman.




Alhamdulillah tahun ini Jabatan Amal Kuala Terengganu berjaya menjadi johan keseluruhan jambori Amal peringkat negeri Terengganu setelah berjaya menjadi johan bagi tiga kategori pertandingan. Tahniah dan lipatgandakan usaha anda. Beramal kerana Allah.

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, demi bantuan RM500 ada juga yang cuba menipu menjual borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sehingga RM50 sekeping. Bantuan kalau layak sebanyak RM500 nak kena bayar borang RM50 jadi siapa yang kaya. Sudah pastilah yang jual borang tu. Bayangkan kalau dapat jual 100 keping borang dah berapa diaorang dapat. Rakyat Malaysia ni memang kreatif ada je cara nak menangguk di air keroh. Kepada yang mencari borang jangan gopoh selain di LHDN, borang boleh didapati di media utama tempatan dan boleh download di banyak blog-blog yang menyediakan perkhidmatan.

Ada berbagai persoalan yang ditanya tentang kelayakan Bantuan Rakyat 1Malaysia. Ada yang bertanya bagaimana kalau suami yang ada dua isteri dan dua rumah? Ada juga yang bertanya bagaimana pulak kalau anak yang sudah berkeluarga yang masih tinggal dengan ibubapa? Bagaimana pulak dengan orang tua yang tinggal sebatang kara? Ada yang tanya RM3000 tu gaji pokok atau maasuk elaun? Tak percaya bacalah komen-komen di entri “Cara Tuntutan Bantuan RM500“.

BR1M Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)



Sefaham akulah RM3000 jumlah pendapatan seisi keluarga maksudnya dicampur semua pendapatan isteri dan suami. Untuk nak lebih faham sila lawat website Kementerian Kewangan Malaysia yang menerangkan dengan jelas berserta dengan info grafik. Kerajaan juga telah membuat keputusan untuk membayar kepada semua yang layak walaupun melebihi budget 2012 yang telah ditetapkan untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia.

RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia yang kelihatan kecil jumlahnya tetapi sebenarnya akan memberi impak mikro ekonomi yang sangat besar untuk mengerakan ekonomi Malaysia.

-dipetik dari http://denaihati.com/