Pages

Saturday, April 30, 2011

Muktamar DPPNT


Kuala Terengganu, 30 April 2011 : Sempena hari terakhir bulan April ini Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu telah berkesempatan untuk mengadakan Muktamar tahunan yang di adakan di Markas Tarbiyah Pas Kuala Terengganu.

Program yang bermula pada jam 9.30 pagi telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden Pas YB. Ustaz Nasharudin Mat Isa. Sebelum itu YB. Ustaz telah diiringi oleh kira-kira 40 buah motosikal ke tempat program. Turut hadir pada muktamar tersebut ialah Ustaz Satiful Bahri Mamat, Ustaz Abu Bakar Chik, Mohd Suhaimi Embong dan beberapa orang lagi tetamu jemputan.

Dalam ucapan perasmian tersebut Ustaz Nasharudin mengingatkan semua pemuda yang hadir supaya mengambil semangat revolusi-revolusi yang sedang dan telah berlaku di timur tengah. Pemuda mestilah berada di barisan depan revolusi ini.

Hadirin yang hadir hampir 400 orang, memenuhi dewan besar Markas Tarbiyyah. Perbahasan yang diadakan adalah agak panas tetapi masih agak terkawal. Satu usul telah diterima dengan bahas, satu usul diterima tanpa bahas dan satu usul telah ditolak. Usul yang diterima dengan bahas adalah usul dari DPPK Marang iaitu untuk menubuhkan satu Lajnah ARC. Usul tersebut diterima dengan sedikit pindaan iaitu akan dijadikan Jabatan, iaitu Jabatan ARC.

Berikut disenaraikan sebahagian jawatankuasa yang telah terpilih :

Ketua : Ust. Mohd Nor Hamzah
Timb. Ketua : Ust. Ridzuan Hashim
Naib Ketua : Ust. Kamaruzaman Abdullah
Setiausaha : Ust. Wan Faizol Wan Abbas
Ketua Penerangan : Ust. Sheikh Hanafi Abdul Aziz.

Monday, April 25, 2011

Pelancaran jentera pilihanraya Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu.


Kuala Terengganu, 25 April 2011: Alhamdulillah, semalam bertempat di Markas Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu telah berjaya melancarkan jentera pilihanraya untuk menghadapi PRU ke 13. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YDP Pas Kawasan Kuala Terengganu, YB. Hj. Mohd Abdul Wahid Endut.
Di dalam ucapan beliau, beliau telah menggariskan lima perkara yang perlu dipenuhi oleh pemuda sebagai syarat untuk menang.
1) Apabila berjumpa dengan musuh (Umno @ BN) kita hendaklah menghadapinya dan jangan lari daripada medan perjuangan.
2) Kemenangan (khususnya dalam pilihanraya) mestilah bersandarkan kepada kekuatan yang kita bina bukan kerana kelemahan musuh.
3) Jangan putus hubungan dengan Allah.
4) Jangan bergaduh @ berbalah sesama sendiri.
5) Kena banyak berkorban, termasuklah perasaan sendiri.
Hampir 200 orang pemuda telah hadir ke program tersebut dan kesemua mereka telah berikrar untuk mempertahankan kemenangan di Kawasan Kuala Terengganu iaitu Parlimen Kuala Terengganu dan 3 dun. Majlis juga turut disertai oleh Ustaz Hj. Ahmad Kamal Ali selaku Ketua Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu dan barisan exconya.

Friday, April 22, 2011

MENJADI PEMIMPIN BUKANNYA SATU KEMULIAAN TETAPI PERTANGGUNGJAWABAN

ALQIADAH : TAKLIF LAA TASYRIF

Kepimpinan adalah institusi terpenting bagi sebuah organisasi. Tidak ketinggalan bagi sebuah Gerakan Islam seperti Parti Islam Semalaysia (PAS).

Justeru itu , ia mestilah menjadi institusi yang paling kukuh dan mantap bagi memastikan dasar perjuangan dapat direalisasikan dengan baik dan menepati objektif serta matlamat perjuangan itu pula dapat dicapai dengan cemerlang.

Menjawat atau menyandang status sebagai seorang pemimpin dipelbagai peringkat parti mestilah dengan segala keupayaan dan kelayakkan yang diiktiraf oleh syara' , berpandukan petunjuk Al - Quran dan As - Sunnah.

Kepimpinan ( Al Qiadah ) bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan (tasyrif) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah (taklif).

عن أبى ذرّ قال: قلت يا رسول الله ألا تستعملنى فضرب بيده على منكبي ثم قال: " يا أبا ذرإنك ضعيف وإنها أمانة وإنها يوم القيامة خزي وندامة إلا من أخذها بحقها وأدّى الذي عليه فيها.

Maksudnya: Daripada Abu Zar katanya: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya."

(Riwayat Muslim)

Berasaskan realiti ini , janganlah sesiapa dikalangan ahli parti memanjat tangga kepimpinan ini dengan gopoh dan rakus. Perhatikan bilah bilah anak tangga dengan teliti dan cermat serta melangkahlah dengan tertib agar tidak termengah dan mencederakan diri sendiri mahupun orang lain .

Apatah lagi dalam keadaan permukaan anak tangga yang licin dan mudah tergelincir. Kesabaran dan kematangan dalam mengambil langkah dan memutuskan sikap adalah dua elemen penting yang dilihat mampu memperkasakan institusi kepimpinan ini.

عن أبى موسى قال: دخلت على النبى صلى الله عليه وسلم أنا ورجلان من بني عمي فقال أحدهما: يا رسول الله أمرنا على بعض ما ولاك الله, وقال الأخر مثل ذلك فقال عليه الصلاة والسلام

"إنَّا والله لا نولِّى هذا العمل أحدا سأله أو أحدا حرص عليه

Maksudnya : Dari Abu Musa RA, Aku menemui Nabi saw. bersama dua orang lelaki dari sepupuku. Seorang dari keduanya berkata: Wahai Rasulullah, angkatlah kami sebagai pemimpin atas sebahagian wilayah kekuasaanmu yang telah diberikan Allah azza wa jalla! Yang satu lagi juga berkata seperti itu. Lalu Rasulullah saw. bersabda: Demi Allah, kami tidak akan mengangkat seorang pun yang meminta sebagai pemimpin atas tugas ini dan tidak juga seorang yang tamak utk memperolehinya .

(Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Janganlah kita menjawat atau menyandang status kepimpinan dengan pengaruh pidato atau populariti , begitu juga tidak dengan pengaruh senioriti dan downline . Sebaliknya sandanglah melalui thiqah atau kepercayaan yang diberikan oleh ahli parti berasaskan kelayakan dan keupayaan syari'e.

Thiqah ini pula bukan dibina melalui penonjolan imej dan pembiayaan komunikasi kita dengan ahli ( kerana ia boleh dilakunkan aksinya menjelang muktamar yang ada pemilihan ) tetapi thiqah lahir dari kesungguhan berjuang dan keikhlasan berkorban . Bertunjang pula di atas ketaqwaan yang tinggi dan Himmah yang berwibawa.

Memberi laluan kepada yang layak memimpin dalam keadaan kita adalah calon popular adalah jauh lebih bermaruah daripada kita terus menandingi jawatan kepimpinan tersebut. Tidak memegang jawatan bukanlah bermakna kita tidak boleh menyumbang kepada Islam dan parti yang memperjuangkannya.

Demikian juga mengambil tanggungjawab sebagai seorang pemimpin setelah mendapat thiqah dari ahli dan jamaah adalah mempamerkan ia sebagai seorang pemimpin yang ada kesungguhan berjuang dan himmah yang berwibawa.

Muktamar parti adalah medan untuk bermuhasabah , mengatur strategi , memperkasakan dalaman parti , membina kader dan memberi amanah kepada yang berhak dan layak . Muktamar jangan sekali kali dijadikan papan percaturan politik peribadi dan kelompok yang sangat dinilai hina oleh syara' .

Perwakilan semestinya matang menilai dan memilih saf kepimpinan yang akan menerajui parti mengharungi badai perjuangan membelah episod cabaran baru dunia global hari ini.

Tidak didorong oleh sebarang sentimen yang asing dari apa yang kita pelajari melalui skima pentarbiyyahan parti , yang kita timba selama ini melalui usrah dan kuliah haraki di pelbagai peringkat.

Calon kepimpinan pula tidak meminta diundi atau dipilih dengan pelbagai penampilan dan lobi yang tidak berasaskan keupayaan dan kelayakkan sebenar. Justeru ia hanyalah hipokritisme yang akan merosakkan parti dan dirinya sendiri.

عن عبد الرحمن بن سمرة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم " يا عبد الرحمن لا تسأل الإمارة فإنَّك إن أوتيتها عن مسألة وكلت إليها وإن أعطيتها من غير مسألة أعنت عليها

Maksudnya: Daripada Abdul Rahman bin Samurah, daripada Nabi SAW sabdanya: “Wahai ‘Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau dibebankan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah)

(Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad)

Semoga muktamar PAS tahun ini , yang akan berlansung di Taman Melewar Gombak dan Shah Alam Selangor [Dewan - Dewan] akan menjanjikan satu muktamar yang bukan sahaja meriah pada sambutannya tetapi juga dilihat hebat dan perkasa menggarap perjalanan parti .

salam perjuangan dari saya

Nasrudin bin Hj Hassan

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Saturday, April 16, 2011

YB Hj. Mohd Abdul Wahid Endut masih YDP Kuala Terengganu..

Kuala Terengganu 16 April 2011 : YB Hj. Mohd Abdul Wahid Endut masih mengekalkan jawatan sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Terengganu dalam pemilihan pada mesyuarat agung Pas kawasan yang berlangsung siang tadi. Pemilihan dilakukan berdasarkan syura setelah dipersetujui oleh majoriti perwakilan.

Sebelum itu, kira-kira 200 lebih perwakilan telah mengambil bahagian dalam proses pengundian untuk memilih Pengerusi tetap, Timb. pengerusi tetap, 20 orang jawatankuasa Pas kawasan dan 2 orang pemeriksa kira-kira. Walaupun diperingkat awal mesyuarat suasana agak panas, ianya dapat diselesaikan secara berhemah oleh YB Hj. Mohd Abdul Wahid Endut atas persetujuan dan sokongan majoriti perwakilan. Berikut adalah senarai jawatankuasa pas kawasan Kuala Terengganu berdasarkan perlantikan yang telah dipersetujui secara syura oleh jawatankuasa yang baru dipilih.

Pengerusi Tetap : Sdr. Ibrahim Awang
Timb. Pengerusi Tetap : Sdr. Wan Mohd Danim
YDP : YB. Hj Mohd Abdul Wahid Endut
Timb. YDP : Dato' Tengku Hassan Tg. Omar
Naib YDP : Ust. Ariffin Deraman
Setiausaha : Ust. Wan Sukairi Wan Abdullah
Bendahari : Hj. Zainuddin Abu Bakar
Ketua Penerangan : Ust. Azmi Md. Yassin

Selain itu, di antara beberapa ajk lain yang turut terpilih ke dalam jawatankuasa adalah Ust. Aidil Adha Tahir, Hjh. Radziah, Ust. Wan Mohd Faizul dan Ust. Mohd Soud Said.

PAS hormati keputusan rakyat, kata timbalan presiden

KUALA LUMPUR, 16 April – PAS menghormati keputusan yang telah diumumkan dan akur walaupun gagal untuk memenangi sebarang kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 hari ini termasuk di kawasan-kawasan yang dijangka akan melahirkan anak sulungnya.

Namun PAS sedar dan berbangga dengan pencapaian yang telah diperoleh yang jelas memperlihatkan peningkatan sokongan rakyat Sarawak secara keseluruhan terhadap PAS, sekali gus memberikan petanda masa depan PAS yang cukup baik di Sarawak.

Dipetik Harakah Daily, Timbalan Presiden PAS yang juga pengarah pilihan raya ini, Nasharudin Mat Isa berkata, peningkatan baik yang diterima oleh PAS amat ketara di DUN Beting Maro yang terletak dalam kawasan Parlimen Batang Lupar, apabila hanya kalah dengan majoriti sekitar 400 undi kepada BN, berbanding PRN Sarawak tahun 2006 sebanyak 800 undi.

Menurut beliau, begitu juga di DUN Tanjung Datu yang terletak dalam kawasan Parlimen Santubung dan Muara Tuang yang terletak dalam kawasan Parlimen Kota Samarahan yang baru pertama kali ditandingi, tetapi turut memperlihatkan sokongan yang amat baik di kalangan pengundi di kawasan itu terhadap PAS.

Katanya, namun PAS amat kesal dengan laporan dan analisis yang dibuat oleh Astro Awani awal malam ini yang amat jauh menyimpang dari kebenaran dengan mengatakan PAS mengalami kekalahan sebanyak 2,000 undi di Beting Maro.

“Laporan dan analisis Astro Awani itu ternyata tak betul. Malah sebenarnya sokongan para pengundi di Beting Maro terhadap PAS ternyata semakin meningkat sehingga hanya kalah dengan majoriti undi yang amat kecil sebanyak 391 undi sahaja,” katanya.

Walaupun kalah di kesemua kawasan yang ditandingi, menurut beliau, perkembangan dari pilihan raya Sarawak Ke-10 ternyata semakin memberikan sinar kepada PAS untuk menempa kejayaan lebih gemilang pada masa akan datang.

“Dengan perkembangan yang baik ini, PAS tidak akan patah semangat untuk melakukan gerak kerja yang lebih baik di Sarawak sama ada dari sudut politik dan sudut-sudut lain.

“Malah, PAS pasti akan berusaha untuk mempertingkatkan usaha di Sarawak dari semasa ke semasa bagi menghadapi pilihanraya akan datang demi kepentingan rakyat Sarawak termasuk dalam politik dan bidang-bidang lain,” tegasnya.- dipetik dari blog Kerabu Bersuara.
Related Posts Widget for Blogger

Wednesday, April 6, 2011

PENYERAHAN BORANG AHLI AMAL BARU PEMUDA DUN WAKAF MEMPELAM


Usrah Pemuda DUN.

6hb. April 2011
Kuala Terengganu,

Majlis penyerahan borang keahlian baru unit Amal Pemuda DUN Wakaf Mempelam kepada Unit AMAL Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu telah disempurnakan dalam satu majlis BBQ Jawatankuasa Penyelaras Pemuda DUN Wakaf Mempelam bersama Unit Amal.

Saudara Basri bin Ahmad Ketua Unit Amal DUN Wakaf Mempelam telah menyerah 20 borang keahlian baru kepada saudara Ustaz Zakaria bin Embong iaitu ketua Unit Amal Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu . Turut hadir dan menyaksi penyerahan tersebut saudara Ustaz Wan Mohd Faizol bin Wan Abbas Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu merangkap Timbalan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu, Saudara Mohd Azrin bin Aris Ketua Penyelaras Pemuda dan Ahli -ahli Jawatankuasa Pemuda DUN.


Penyerahan keahlian Unit AMAL.

Terdahulu sebelum majlis penyerahan borang unit AMAL, diadakan usrah umum yang dipimpin oleh ustaz Wan Faizol Wan Abas.Sebaik selesai usrah disusuli majlis penyerahan borang Unit Amal dan majlis menjamu selera atau BBQ pula.

Agenda terakhir bergotong royong mengecop baju sukan PASTI yang akan di pakai oleh pelajar pada hari sukan PASTI Jumaat ini.


Menjamu selera


Bakar ayam


Mengecop

Oleh Amir Azzakirin

Tuesday, April 5, 2011

SUKAN PASTI DUN WAKAF MEMPELAM


Sukan PASTI Peringkat DUN Wakaf Mempelam akan diadakan pada 8hb. April 2011 Semua Ibu bapa dan penjaga pelajar dan orang ramai dijemput hadir.

Saturday, April 2, 2011

YB. Abdul Wahid menziarahi bekas anak murid ayahnya yang uzur

Kuala Terengganu. 2hb. April 2011.
YB. Tuan Haji Mohd Abdul Wahid Endut telah menziarahi dua pesakit di kawasan parlimen Kuala Terengganu. Salah seorang pesakit berkenaan ialah encik Abdul Rahman Ahmad berusia 57 tahun yang tinggal di kampung Durian Burung.

Menurut anak beliau saudara Amri Abdul Rahman bapanya mengalami masalah jantung, kegagalan fungsi buah pinggang dan hati dan baru sahaja keluar hospital setelah mendapat rawatan selama seminggu.Turut menyertai ziarah tersebut ialah Tuan Haji Mansor bin Musa Ketua Cawangan, ustaz Solahuddin Muhamad AJK MTD dan beberapa AJK Pemuda cawangan Durian Burung.





YB. Abdul Wahid juga sempat mengziarahi seorang lagi pesakit iaitu tuan Haji Mohd Noor bin Ismail, 77 tahun yang tinggal di kampung Bukit Kubang Jambu. Beliau yang keuzuran amat gembira dengan kehadiran YB. Abdul Wahid dan telah menceritakan Ayah YB. Abdul Wahid iaitu ustaz Haji Endut adalah ustaz beliau semasa belajar di sekolah Arab Ladang pada tahun 6oan dahulu. Beliau telah menunjukan album kenangan semasa bersama Ayah YB.




Tuan Haji Mohd Noor menunjukkan foto kenangan ketika menjadi murid kepada ayah YB. Wahid.

From : Az Zakirin