Pages

Monday, March 28, 2011

Berjuang Tidak Sekadar Berpilihanraya

1. Perjuangan kita tidak sekadar pilihanraya. Justeru itu, janganlah kita bertindak, bertugas, bekerja atau lebih jelas saya sebut, berjuang hanya pada musim pilihanraya. Sebaliknya pilihanraya itu hanyalah menepati sebahagian dari tugas wajib yang perlu kita lakukan. Ertinya di sana masih terlalu banyak perkara yang mesti kita lakukan bagi melengkapkan amanah dan tanggungjawab perjuangan Islam yang kita dokong ini.

2. Sejurus selesai pilihanraya umum 2008, saya akui kita terpaksa sibuk dengan pilihanraya kecil. Kita hadapi 16 pilihanraya kecil dan saya secara peribadi berharap tiada lagi pilihanraya kecil sebelum kita menghadapi pilihanraya umum akan datang insyaallah, kecuali kita telah bersedia untuk menghadapi pilihanraya Negeri Sarawak dan mungkin juga serentak dengan Negeri Perak.

3. Bukan kerana penat atau jemu lantaran prinsip kita berjuang ialah " sehingga Islam tegak berdaulat atau aku mati kerananya" , tetapi kerana bimbang kita hilang kesimbangan antara :

  • tumpuan masa mengendali strategi dan operasi untuk memenangi pilihanraya dan
  • tumpuan untuk mengkaderkan anggota jamaah agar layak dan menepati piawaian sebagai ansoorullah [ pejuang - pejuang agama Allah swt ].

4. Sebagai sebuah Gerakan Islam yang melibatkan diri secara rasmi dipentas politik di negara kita, kedua - kedua aspek tersebut sangat penting dan perlu diberi tumpuan seimbang. Pincang salah satu darinya, membuatkan kita hilang keseimbangan dan mudahlah kita tersungkur meskipun kita mendokong kebenaran.

5. Ambillah masa seketika yang kita miliki ini sementara hadhir pula detik pilihanraya selepas ini untuk kita memantapkan sekurang - kurangnya 3 perkara asas :

  • Pemantapan fikrah Islami yang syumul
  • Pengukuhan dan pemerkasaan parti [ organisasi ]
  • Pembinaan sumber manusia [ murabitun - ahli atau pimpinan ]

6. Ianya mesti bermula disemua peringkat organisasi parti. Bermula dengan pusat, negeri, kawasan , cawangan dan dewan - dewan disemua peringkat. Secara kebetulannya, parti kini sedang menghadapi mesyuarat agong di peringkat kawasan sebelum kemuncaknya muktamar di peringkat pusat pada bulan june ini. Mesyuarat agong dan muktamar tahun ini pula adalah tahun pemilihan.

7. Saya mengharapkan 3 perkara utama yang saya sebutkan diatas menjadi asas perbahasan dan muhasabah anggota parti selain membahaskan prestasi dan potensinya dalam menghadapi pilihanraya umum yang akan datang. Juga menganalisa performance saff kepimpinan parti. Pencalonan dan pemilihan pimpinan parti mestilah diserah kepada mereka yang benar - benar mewarisi prinsip asas keupayaan pemimpin seperti :

  • amanah terhadap tanggungjawab,
  • setia kepada perjuangan Islam,
  • memiliki wibawa dan karisma yang menepati kehendak Islam
  • bekerja keras untuk memantapkan fikrah dan syakhsiyah Islam.

8. Hindarilah dari terjebak dalam sebarang bentuk konspirasi yang merosakkan keutuhan jamaah dan kesatuannya. Sebaliknyabantu jamaah agar ia semakin mantap dan kuat bersendikan ukhuwwah Islamiyyah yang kukuh. Bukan menyusahkan jamaah dan mengkucar - kacirkannya dengan idea dan tindakan yang tidak menepati akhlak Islami.

9. Tidak dinafikan, antara perkara yang perlu jua diberikan tumpuan ialah mencari formula baru dan efektif guna menangkis segala tohmahan dan fitnah jahat dari musuh yang sememangnya mahu melemahkan jamaah dan memisahkan jamaah dari rakan - rakan parti kompenan dalam Pakatan Rakyat.

10. Kita mesti berfikir positif jika kita mahu jamaah yang kita dokong ini maju dan tabah meredah zaman yang semakin kompleks namun zaman ini memerlukan bahtera penyelamat. Fikir positif pada nokhtah - nokhtah di bawah insyaallah, sedikit sebanyak akan membantu jamaah kita mara selangkah kehadapan.

  • Jangan kecewa dan melatah kerana kalah pilihanraya.
  • Usah resah berdepan fitnah dan tohmahan musuh.
  • Segera selesaikan masaalah yang dihadapi oleh jamaah.
  • Bantu dan beri kepercayaan kepada pemimpin yang dipilih.
  • Hidupkan budaya tegur dan nasihat namun beradab.
  • Pamerkan akhlak Islami kepada kawan dan lawan.
  • Asaskan tindakan berpandu wahyu dan sunnah.
  • Senantiasa berfikir dan merangka strategi
  • Santuni masyarkat dan menangi hati mereka
  • dan banyak lagi ....

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan
Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Monday, March 21, 2011

KONVOI PGU2 BESUT

19hb Mac 2011 ( Sabtu ) Kuala Terengganu.

Penyelaras Pemuda DUN ( PPD ) N.13 DUN Wakaf Mempelam telah menganjurkan konvoi bermotosikal ke Jerteh, Besut sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Seramai 200 orang peserta yang hadir dan berkumpul di perkarangan Surau Hijau, Simpang Empat, Kg. Bukit Kubang Jambu, Kuala Terengganu berkumpul seawal jam 7.00 pagi. Peserta bukan sahaja dari DUN Wakaf Mempelam tetapi turut hadir dari DUN Bandar, DUN Batu Buruk dan DUN Ladang untuk berkumpul setempat dan sama berlepas.

Hadir bagi menyemarakan semangat para pejuang muda dengan slogan " PAS Ganti UMNO " ialah beberapa pimpinan MTD DUN Wakaf Mempelam yang di ketuai pengerusinya iaitu Y.Bhg.Encik Radzali Abdul Ghani dan juga Ustaz Wan Faizul Wan Abbas setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu merangkap Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu. Beliau dalam ucapannya mengucap tahniah kepada Pemuda DUN yag berjaya mengadakan program konvoi ini, selain itu beliau berharap peserta dapat mematuhi arahan semasa daalam perjalanan bagi keselamatan bersama.

Para peserta konvoi mula bertolak pada jam 8.15 pagi dengan pelepasan dilakukan oleh
Pengerusi MTD.sebelum itu bacaan doa telah dibacakan oleh ustaz Solahuddin Muhamad selaku Ketua Lajnah Tarbiyyah DUN.

Setiap motosikal peserta dipasangkan bendera kecil PAS dan stiker " PAS Ganti UMNO " yang menlonjakkan lagi rasaan jiwa perjuangan dan rasa cinta pada Islam.

Konvoi juga disertai oleh para peserta yang menaiki beberapa kenderaan seperti Van dan kereta.

Bagi melancarkan perjalanan dan keselamatan peserta seramai 15 marshall telah ditugaskan mengawal konvoi sepanjang perjalanan. Dua buah kenderaan pancuan 4 roda disediakan untuk sebarang masaalah.

Peserta konvoi dalam perjalanan jarak sepanjang 106 KM bersinarkan cahaya matahari dan dalam 5 KM menghampiri destinasi program HImpunan Kebangkitan Rakyat rintitan hujan mencurah turun kebumi laluan peserta konvoi. Namum konvoi meneruskan perjalanan dengan semakin bersemangat. Allahu Akhbar.

Video Konvoi.



Video Konvoi edisi penuh PGU 2 Besut yang berminat boleh hubungi Penyelaras Pemuda DUN Wakaf Mempelam.

Wednesday, March 16, 2011

SURAH AZ ZALZALAH ( KEGONGCANGAN )

سُوۡرَةُ الزّلزَلة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِذَا زُلۡزِلَتِ ٱلۡأَرۡضُ زِلۡزَالَهَا (١) وَأَخۡرَجَتِ ٱلۡأَرۡضُ أَثۡقَالَهَا (٢) وَقَالَ ٱلۡإِنسَـٰنُ مَا لَهَا (٣) يَوۡمَٮِٕذٍ۬ تُحَدِّثُ أَخۡبَارَهَا (٤) بِأَنَّ رَبَّكَ أَوۡحَىٰ لَهَا (٥) يَوۡمَٮِٕذٍ۬ يَصۡدُرُ ٱلنَّاسُ أَشۡتَاتً۬ا لِّيُرَوۡاْ أَعۡمَـٰلَهُمۡ (٦) فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرً۬ا يَرَهُ ۥ (٧) وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ۬ شَرًّ۬ا يَرَهُ ۥ (٨)


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, (1)
Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, (2)
Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi?(3)
Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya: (4)
Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). (5)
Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. (6)
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (7)
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! / (8)







Sunday, March 6, 2011

TAKZIAH IBU AJK PENYELARAS PEMUDA DUN MENINGGAL DUNIA


Kg. Kubang Parit, Kuala Terengganu.
7hb. Mac 2011.

Ibu kepada, Saudara Anang bin Yatim, Hindun binti Muda 70 tahun telah meninggal dunia pada malam semalam . Menurut anak Allayarhamah saudara Anang bin Yatim yang juga Ahli Jawatankuasa Penyelaras Pemuda DUN Wakaf Mempelam dan selaku Ketua Pemuda PAS cawangan di kampung ini, ibunya menghembus nafas yang terakhir pada jam lebih kurang 12.45 malam semalam.

Allahyarhamah yang keuzuran sebelum ini dan berusia lanjut telah meninggalkan suami iaitu Yatim Salleh dan dua belas anaknya.

Jenazah selamat disolatkan pada jam 10.30 pagi tadi dan selamat di kebumikan di tanah perkuburan Islam Kg. Durian Burung.

Saudara Anang mengucapkan terimakasih kepada semua yang hadir ziarahi ibunya termasuk beberapa pimpinan pemuda DUN iaitu Saudara Mohd Azrin Aris Ketua Penyelaras Pemuda, Saudara Mat Lani Ahmad AJK, Saudara Mohd Saufi Ajk.

Jawatankuasa Penyelaras Pemuda juga mengucapkan takziah kepada saudara Anang bin Yatim dan keluarga beliau, tabah dalam menghadapi ujian Allah serta redha dengan ketentuan dan kehendak Allah SWT. " Semoga Allahyarhamah diampuni segala dosa dan mendapat Rahmat dari Allah SWT. " Al Fatihah