Pages
▼
Monday, February 28, 2011
Saturday, February 26, 2011
BBQ PEMUDA PAS CAWANGAN PULAU MUSANG.
25HB. Januari 2011 ( Jumaat )
Ka. Pulau Musang Kuala Terengganu.
Pemuda PAS Cawangan Kg. Pulau Musang, DUN Wakaf Mempelam telah mengadakan program BBQ bertempat di markas PAS Cawangan Pulau Musang,majlis bermula pada jam 9.30 malam.
Hadir diprogram ini Ketua cawangan PAS Kampung Pulau Musang, Tuan Haji Abdul Wahab Tahir dan ahli -ahli Jawatankuasa cawangan.Ketua Penyelaras Pemuda DUN Wakaf Mempelam Saudara Mohd Azrin Aris. Ketua Pemuda Cawangan Pulau Musang Saudara Mohd Nasrul Hadi bin Mohamad.
Tuan Haji Abdul Wahab Tahir menyatakan kesyukuran kepada Allah Taala kerana majlis malam ini berjaya diadakan oleh pemuda PAS cawangan dengan kehadiran ramai pemuda yang lama dan generasi yang baru di kampung ini .Program ini akan mengukuhkan lagi ukhwah sesama kita .Beliau juga menyatakan insyaAllah program yang lebih besar akan diadakan pada masa yang terdekat.
Ketua Penyelaras Pemuda DUN saudara Mohd Azrin Aris pula mengalu-alukan kehadiran pemuda Kampung Pulau Musang kerana pada saat ini juga sedang berlangsung program Jom Heboh di dataran Shah bandar, Kuala Terengganu. tetapi tidak menjadi halangan kepada Pemuda untuk hadir ke program ini.
Semasa Himpunan 10,000 Pemuda Islam Terengganu ( HIMPIT ) baru baru ini di Kg. Batu Enam pemuda PAS cawangan Pulau Musang termasuk antara yang ramai menghantar peserta konvoi motosikal.
Pada Mac ini sekali lagi Perhimpuan PGU ( PAS Ganti UMNO ) akan diadakan di Besut , Terengganu. Pemuda Pemuda dari DUN Wakaf Mempelam akan sekali lagi berkonvoi kesana.
Beliau berharap Pemuda cawangan dapat terus meperkemaskini jentera Pemuda peringkat cawangan dan semoga Allah Taala memberi keistiqamahan dengan perjuangan menegakkan agama Allah Taala ini.
Video
Friday, February 25, 2011
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW.
Ustaz Ahmad Kamal bin Ali ketika menyampaikan ceramah Maulidur Rasul SAW.
25HB. Feb. Kg. Gelugur Raja.
Sambutan Maulidur Rasul SAW anjuran PAS Cawangan Kg. Gelugur Raja.di sambut meriah.
Majlis berlangsung dengan beberapa acara yang menarik dimulai dengan persembahan bacaan qasidah dan solawat keatas junjungan mulia Rasulullah SAW oleh dua kumpulan dari Madrasah AlHidayah dan Madrasah Al Muhajirin Bukit Jong, Terengganu.
Majlis anugerah Kebaktian sempena Maulidur Rasul SAW. tahun 1432 Hijrah di peringkat cawangan ini telah memilih lima individu yang banyak berbakti iaitu YM. Tuan Ahmad bin Tuan Salleh Imam Surau Kg. Gelugur Raja dan Al Fadhil Ustaz Yusuf Idris seorang tenaga pengajar di surau. Ustazah Hajjah Rashidah binti Yong, Ustazah Zabedah Mamat dan ustazah Rokiah binti Ngah pula penerima anugerah dari kalangan muslimat.
Penyampaian penghargaan dan cenderahati kepada penerima anugerah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Kamal bin Ali Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu, sementara penerima dari kalangan muslimat pula disampaikan oleh Puan Zainun ( Ketua Muslimat PAS Cawangan Gelugur Raja ).
Al Fadil ustaz Ahmad Kamal bin Ali juga sebagai penceramah jemputan telah menyampaikan peringatan dan pengajaran kepada para hadirin tentang perjuangan Rasulullah SAW. antaranya beliau menyebut hikmatnya Rasulullah SAW yang kewafatan ayah, ibu dan diikutinya datuknya tetapi Rasulullah memiliki akhlak yang amat mulia walaupun hidup tanpa didikan orang tua sehingga di gelar al Amin dikota Mekah pada masa itu.
Diwafatkan Ayah, ibu dan datuk sebagai pendidik atau untuk dicontohi sifat jujur dan baik daripada kedua ibu bapanya adalah bukti bahawa amanah,jujur dan baiknya Rasulullah SAW. adalah dengan bimbingan secara langsung daripada Allah SWT. Maka menolak anggapan Nabi SAW berakhlak mulia kerana diajar oleh ayah, ibu atau datuknya atau Nabi SAW menjadi seorang berakhlak mulia kerana ayah ,ibu dan datuk dia orang yang jurus doh maka nabi Muhammad SAW pun jadi jurus ,inilah hikmatnya kewafatan kedua orang tua Baginda SAW ,satu pemberitahuan Allah Taalalah yang mendidik secara terus diri Muhamad Rasulullah SAW.
Nabi Muhamad SAW. mengajar kepada kita tentang Islam yang akan menyelamatkan kita di dunia dan akhirat.Ibu bapa pun juga mengajar kita, tetapi kadang kadang ibu bapa tidak mengajar anaknya tentang hari akhirat yang hanya memastikan anaknya tidak lapar dan sihat.
Nabi Muhamad SAW. adalah pembimbing dalam semua perkara, memberitahu setiap yang haram dan yang halal. Hanyalah golongan yang tidak ada iman sahaja yang merasakan kedatangan Nabi Muhamad SAW jadi payah belaka, sebelum datang Nabi Muhamad SAW, air zam-zam boleh minum arak pun boleh minum, datang Muhamad SAW. air zam -zam boleh minum arak tak boleh minum, kahwin boleh zina pun boleh datang Muhamad SAW. kahwin boleh zina tak boleh.Orang yang tidak beriman yang mengikut hawa nafsu berserabut perut dengan kehadiran Nabi Muhamad SAW.
Kehadiran Nabi Muhamad SAW. bukan secara kebetulan tetapi dunia pada masa itu memerlukan seorang Rasul. Terjadi kepada umat- umat terdahulu selepas wafatnya Nabi, mereka menyeleweng, kembali murtad dan kafir.
Nabi Nuh AS yang berdakwah selama 950 tahun dan ditentang oleh umatnya. Allah Taala selamatkan Nabi Nuh AS dan dan orang yang beriman sementara yang kafir semua ditengelamkan dalam banjir besar dan tinggallah hanya orang - orang beriman . Bila Nabi Nuh As wafat berlaku penyelewengan mereka menyembah berhala semula. Allah Taala utus Nabi Musa AS yang berhadapan dengan firaun yang akhir juga ditengelami air lautan dan semua mati dan tinggallah hanya orang - orang yang beriman. Wafat sahaja Nabi Musa AS timbul semula penyelewengan umatnya.
Allah Taala datangkan Nabi Isa AS tetapi umatnya mahu membunuh Nabi Isa AS yang akhir Allah Taala angkat Nabi Isa AS . Selepas itu manusia menjadi rosak, Bangsa Arab membunuh anak perempuan hidup -hidup, menjadi isteri mereka sebagai taruhan judi setelah kehabisan harta.minum arak, tawaf dalam keadaan telanjang. Orang yang zalim menjadi pemerintah dan menindas dan megkhianati orang yang lemah. Maka Allah mengutus Nabi Muhamad SAW untuk hapuskan segala amalan jahiliyah. Datangnya Nabi Muhamad SAW sebagai satu rahmat kepada sekalian alam.
Setelah wafatnya Nabi Muhamad SAW umatnya ada yang menyeleweng, Nabi Muhamad SAW. adalah nabi yang terakhir tiada lagi nabi selepasnya, maka menjadi tanggungjawab kita semua untuk menentang segala penyelewengan dan menegakkan kebenaran Islam yang dibawa oleh Nabi Kita SAW.
Inilah antara yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Kamal bin Ali ketika berceramah di majlis Maulidur Rasul SAW itu. Majlis diakhiri dengan semua hadirin bersolawat beramai -ramai keatas Nabi SAW.
Laporan : Amiramri
Wednesday, February 23, 2011
Parking 8 juta

kebetulan kelmarin aku pergi bandar dengan zaujah. terkejut tengok bangunan ni. bukan terkejut kerana tiba-tiba ada, tapi terkejut sebab takdok langsung kereta parking. aku tanya penjaga parking, sebab apa takdok langsung orang parking, dia cakap mungkin pagi lagi kot. waktu tu sekitar 10 pagi. bolehlah terima alasan tu. cuma aku nak sebutnya, RM 8 juta duit kita (rakyat) digunakan untuk bina bangunan tersebut. aduh.. kita nak makan lening berkira.. kita doakan moga-moga Allah taala buka pintu hati mereka.. janganlah wak perkara sebegini lagi.. kesian ke rakyat.. kerja lelah-lelah.. deme gok bahang pitih.. rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.. betul ke slogan gitu???
Tuesday, February 22, 2011
ROAD TO HIMPUNAN PEMUDA PAS MALAYSIA





Pemuda DUN Wakaf Mempelam ke perhimpunan Pemuda PAS seluruh Malaysia yang diadakan di Komplek PAS Negeri Kedah, 19 Februari 2011 di Kota Sarang Semut,Kedah Darul Aman. Pada malam 18 Februari mula bertolak pada jam 10.00 pm, dari perkarangan Pejabat ADUN Wakaf Mempelam, Kg. Durian Burung, Kuala Terengganu.
Alhamdulillah selamat sampai di Kedah ,setelah singgah di beberapa buah kedai disepanjang perjalanan untuk mengalas perut akhirnya berhenti disebuah masjid untuk menunaikan kewajiban hamba kepada Khalidnya dan jam saat itu 6.00 am kalau kat Kuala Terengganu subuhnya 6.02 am ,disini 6.16 am baru masuk subuh .
Rombongan Pemuda yang bertolak dengan bas singgah pula minum pagi di Medan selera Pasar Kota sarang Semut. Selesai dengan menjamu selera pagi itu rombongan terus menuju ke tapak Perhimpunan.
Masa untuk berhimpun pada jam 9.30 pagi, di tapak himpunan masih kosong, walau pun sudah ramai yang sampai tetapi sebahagian peserta memenuhi gerai- gerai makan minum , gerai- gerai yang menjual berbagai barangan , buku-buku, pakaian baju PAS, taqwin, VCD. dan tak kurang juga yang hanya mundar -mandir sana -sini di kawasan kompleks PAS Negeri Kedah yang luas terbentang sayup .
Arahan semua peserta untuk mendaftar diri dan berada di Saf perhimpunan mengikut bendera setiap negeri yang sudah megah terpacak didataran himpunan memulakan gendang kemeriahan . Suara Ustaz Mohd Nor Ridhuan bagaikan ketua panglima perang lantang mengarah tentera Pemuda berhimpun di iringi doa wehdah, suara -suara takbir cukup menyuntik gemanya ke jiwa dan mengerunkan sanubari para musuh Islam .
Nyanyian Lagu Negaraku , Parti dan Amal menjulangkan lagi jiwa muda pemuda dan tak ketinggalan yang sudah tua untuk terus berjuang dan menyelamatkan ummah.Keringat yang mengalir dibadan yang bertahan dibawah pancaran cahaya terik matahari tidak mematahkan semangat untuk terus teguh sehingga berakhir himpunan. Dalam kepanasan matahari Allah menghantar tentera bayuan damai tiupan angin yang menyegarkan .
Penyelaras Pemuda PAS DUN Wakaf Mempelam mengucapkan syabas dan tahniah pada Saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS PUSAT yang di ketuai oleh Al Fadhil ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi dan AJKnya kerana berjaya menghimpunkan tenaga pemuda didalam usaha menawan Putrajaya, tidak ketinggalan tuan rumah PAS Negeri Kedah. Hidup Islam ,Allahu Akbar !!!!
from : AmirAmri
Monday, February 21, 2011
Konvoi Pemuda DUN Wakaf Mempelam.


11 Februari 2011. Pemuda DUN Wakaf Mempelam telah berkonvoi ke tapak Perhimpunan Pemuda Islam Terengganu ( HIMPIT .)Seramai 150 orang pemuda telah menyertai konvoi ini. Sebelum berlepas pergi ke destinasi, peserta konvoi telah berkumpul dan menjadi tetamu di rumah YB. Tuan Haji Mohd Abdul Wahid Haji Endut Ahli Parlimen Kuala Terengganu merangkap ADUN Wakaf Mempelam untuk bersarapan pagi.Turut hadir meraikan peserta konvoi ialah Encik Radzali Abdul Ghani ( Pengarah DUN ), Encik Othman Yusuf ( Pen. Setiausaha DUN ) ustaz Zulkifli Muhammad ( Ketua Lajnah Tarbiyyah DUN ) dan Encik Muhammad Amri Yahaya ( Ketua Penerangan DUN ).
Sdr. Mohd Azrin Aris Ketua Penyelaras Pemuda DUN telah memberi ucapan alu aluan ,taklimat perjalanan dan keselamatan semasa Konvoi.
YB.Abdul Wahid sewaktu memberi ucapan kepada peserta konvoi.Antaranya beliau menyentuh peranan pemuda dalam perjuangan Islam. Pemuda adalah asset penting kepada parti kerana mempunyai kekuatan dari segi tenaga, fizikal dan pemikiran. Namum semua ini tidak akan teguh melainkan perlu perkemaskan dengan program tarbiyyah dengan majlis ilmu dan usrah.
Ramai dikalangan anak muda yang terjebak dengan masalah sosial, mat rempit,dadah, maksiat dan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah Taala. Kita pemuda Islam tidak dilarang untuk bersosial berhibur tetapi mesti dalam skop Islam.Untuk menyelamatkan keadaan yang parah ini Pemuda -pemuda yang mempunyai kesedaran ini hendaklah berusaha kuat untuk memastikan Islam akan kembali memerintah dan seterusnya menyelamatkan bangsa melayu sendiri dan negara daripada kehancuran.
Beliau membuat contoh di Mesir hari ini semua golongan rakyat keluar berdemotrasi termasuk golangan muda yang bertenaga yang akhirnya menumbang diktator Hosni Mubarak yang telah lama melakukan penindasan kepada rakyat dan umat Islam di Mesir. Inilah sumbangan besar kepada kejayaan itu oleh golongan muda.
YB.seterusnya mengingatkan peserta konvoi agar menjaga keselamatan dan berhati hati dijalanraya, mengikut arahan dan berdoa moga selamat dalam perjalanan.
Sebelum YB. Abdul Wahid melepaskan peserta konvoi, ustaz Zulkifli, Ketua Lajnah Tarbiyyah telah membacakan doa.
Saturday, February 12, 2011
Penduduk Gelugor Raja Bantah Pengambilan Balik Tanah
KUALA TERENGGANU - ‘Jangan Jadi Pelarian Negeri Sendiri’, ‘Dok Leh Lok Doh…Punoh’ dan ‘Kembali Hak Kami’ adalah antara slogan yang dipaparkan oleh 500 penduduk dalam demonstrasi penduduk Gelugor Raja kelmarin.
Mereka membantah tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional (Umno-BN) Terengganu dibawah kepimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said, yang mengambil balik tanah mereka dengan harga yang rendah.
Menurut mereka, antara kampung terbabit Kampung Pak Pa, Kampung Gelugor Raja Masjid, Kampung Gelugor Raja, Kampung Tok Jamal dan Kampung Panji.
Diantara pembantah yang hadir adalah Tuan Kuning Tuan Dalan, 55, yang menyifatkan slogan kerajaan negeri ‘merakyatkan pentadbiran dan pembangunan’ sebenarnya lebih banyak menyusahkan rakyat.
Katanya, penduduk di Kampung Gelugor Raja ini akan dipindahkan tetapi masih samar di manakah penempatan baru yang dijanjikan itu.
“Kami (penduduk) telah dipanggil ke pejabat untuk dibincangkan tentang harga pengambilan tanah tetapi harganya murah sangat dan tidak berbaloi.
“Kami juga dijanjikan dengan kawasan penempatan baru tetapi kami tidak diberitahu di manakah lokasi itu tanpa ada ‘hitam-putih’ (surat). Ini menyusahkan kami yang turun temurun tinggal di sini,” jelasnya ketika ditemui, Ahad 30 Januari.
Beliau berkata, dasar kerajaan negeri ‘Merakyatkan Pentadbiran’ tetapi ‘Tangki Najis Diutamakan’.
Manakala seorang warga emas yang ditemui, Che Engku Ibrahim Mat, 70, mendakwa beliau adalah penduduk asal kampung terbabit dan meminta kerajaan negeri memberi haknya dengan adil.
Katanya, meski pun pengambilan balik tanah hendak dibuat tetapi hendaklah dengan cara yang tidak menyusahkan rakyat hingga ke mahkamah.
“Saya penduduk asal di sini, jika kerajaan hendak ambil juga tanah kami biarlah dengan adil dan berpadanan supaya tidak menyusahkan rakyat.
“Jika boleh saya tidak mahulah sampai ke mahkamah kerana saya takut untuk pergi kerana menyusahkan sahaja,” ujarnya dengan terharu.
Katanya, penduduk tidak puas hati kerana bayaran pengambilan balik tanah yang murah serta tidak setimpal di antara RM7 hingga RM10 sekaki persegi.
Jumlah tersebut disifatkan tidak mencukupi dan sangat rendah berbanding haga semasa.
Bantahan terhadap kerajaan Terengganu sebelum ini;
Penduduk Ladang Gemilang Bantah
Penduduk Taman Murni Permai Bantah
Penduduk bantah jajaran Banggol Donas1
Penduduk banttah jajaran Banggol Donas 2
Bantah perobohan rumah Paya Bunga
Penduduk Demo Bantah Judi Haram
Mereka membantah tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional (Umno-BN) Terengganu dibawah kepimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said, yang mengambil balik tanah mereka dengan harga yang rendah.
Menurut mereka, antara kampung terbabit Kampung Pak Pa, Kampung Gelugor Raja Masjid, Kampung Gelugor Raja, Kampung Tok Jamal dan Kampung Panji.
Diantara pembantah yang hadir adalah Tuan Kuning Tuan Dalan, 55, yang menyifatkan slogan kerajaan negeri ‘merakyatkan pentadbiran dan pembangunan’ sebenarnya lebih banyak menyusahkan rakyat.
Katanya, penduduk di Kampung Gelugor Raja ini akan dipindahkan tetapi masih samar di manakah penempatan baru yang dijanjikan itu.
“Kami (penduduk) telah dipanggil ke pejabat untuk dibincangkan tentang harga pengambilan tanah tetapi harganya murah sangat dan tidak berbaloi.
“Kami juga dijanjikan dengan kawasan penempatan baru tetapi kami tidak diberitahu di manakah lokasi itu tanpa ada ‘hitam-putih’ (surat). Ini menyusahkan kami yang turun temurun tinggal di sini,” jelasnya ketika ditemui, Ahad 30 Januari.
Beliau berkata, dasar kerajaan negeri ‘Merakyatkan Pentadbiran’ tetapi ‘Tangki Najis Diutamakan’.
Manakala seorang warga emas yang ditemui, Che Engku Ibrahim Mat, 70, mendakwa beliau adalah penduduk asal kampung terbabit dan meminta kerajaan negeri memberi haknya dengan adil.
Katanya, meski pun pengambilan balik tanah hendak dibuat tetapi hendaklah dengan cara yang tidak menyusahkan rakyat hingga ke mahkamah.
“Saya penduduk asal di sini, jika kerajaan hendak ambil juga tanah kami biarlah dengan adil dan berpadanan supaya tidak menyusahkan rakyat.
“Jika boleh saya tidak mahulah sampai ke mahkamah kerana saya takut untuk pergi kerana menyusahkan sahaja,” ujarnya dengan terharu.
Katanya, penduduk tidak puas hati kerana bayaran pengambilan balik tanah yang murah serta tidak setimpal di antara RM7 hingga RM10 sekaki persegi.
Jumlah tersebut disifatkan tidak mencukupi dan sangat rendah berbanding haga semasa.
Bantahan terhadap kerajaan Terengganu sebelum ini;
Penduduk Ladang Gemilang Bantah
Penduduk Taman Murni Permai Bantah
Penduduk bantah jajaran Banggol Donas1
Penduduk banttah jajaran Banggol Donas 2
Bantah perobohan rumah Paya Bunga
Penduduk Demo Bantah Judi Haram
