Pages

Friday, February 26, 2010

Perutusan sempena Hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w

Oleh: TG Haji Abdul Hadi Awang

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Selawat dan salam buat penghulu para pejuang, Rasul tercinta Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda hingga ke hari pembalasan.

Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang yang mencintai baginda, tentu sekali kita senantiasa terkenang akan sirah perjuangan dan lakaran pengorbanan Rasulullah s.a.w. sehingga kita semua dapat menerima cahaya keIslaman dan hidayah dari Allah untuk mengecapi nikmat berharga iman dan Islam.


Namun kita sebagai seorang Muslim perlu sentiasa bermuhasabah sejauh manakah kecintaan yang disebut dan diungkapkan ini benar-benar tertanam dengan kukuh di lubuk hati kita? Sejauh manakah kita melakukan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam lakaran perjuangannya, yang kemudiannya disambung tali-menali hingga ke hari ini?

Marilah kita menghayati firman Allah yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”. (As-Saba’: 28)

Baginda Rasulullah s.a.w. telah pergi meninggalkan kita, dengan sama sekali tidak mewariskan kepada kita harta pusaka kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna.

Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan ini menguatkan iltizam kita menegakkan sunnah baginda sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita. Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda.

Rasulullah s.a.w. meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskan. Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah s.a.w. walau dia menyambut kelahiran baginda saban tahun.

Marilah sama-sama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w. Seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya. Sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya.

Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431.



DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG,

PRESIDEN PAS

Monday, February 22, 2010

To’ Kong Kampung Cina Terbakar


- Wahid Pimpinan Islam Paling Awal Hadir

KUALA TERENGGANU – Sebahagian To’Kong, Tien Hou Kong, yang terletak di Kampung Cina disini telah terbakar kira-kira jam 8.45 malam, semalam 22 Februari.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, adalah pemimpin Islam yang paling awal hadir setelah mendapat berita mengenai tragedi tersebut.
”Saya dimaklumkan lebih kurang pukul 9, ada satu kebakaran (di To’kong Kampung Cina), saya berkejar (dari satu majlis) kita ada program tadi,

”bila dimaklumkan (oleh pihak Bomba) mereka datang untuk menyelamatkan tapi tak dapat berbuat apa-apa kerana pintu (To’kong) berkunci,”kata beliau ketika ditemui media selepas masuk ke dalam To’kong dan mendengar laporan awal dari pihak Bomba.

Menurutnya, beliau diberitahu, penjaga To’kong yang memegang kunci tersebut keluar untuk makan malam,

Sehubungan itu beliau berkata, punca kebakaran masih belum diketahui kerana ia masih disiasat.

Namun, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu yakin, tidak ada unsur khianat yang menyebabkan berlakunya kebakaran tersebut.

”Jadi, punca sebenar masih belum diketahui, yang saya bimbangnya, takut ada unsur khianat, tapi tidak ada, pasal dia (polis dan bomba) check (periksa) di (bahagian) luar To’ Kong tidak ada (kesan unsur khianat),”jelasnya.

Oleh itu, beliau berkata kebakaran tersebut mungkin disebabkan oleh api pembakaran colok yang merebak dari luar, atau mungkin disebabkan oleh litar pintas.

”Mungkin dari situ (pembakaran colok) ia merebak secara senyap-senyap atau akibat litar pintas,”kata Wahid.

Justeru, beliau berharap tidak ada pihak yang mengambil kesempatan dan menuduh pihak-pihak tertentu yang menyebabkan kebakaran tersebut.

To’kong Tien Hou Kong adalah dianggap bersejarah kerana ia dilaporkan telah dibina pada tahun 1896.

Ia juga dianggap bersejarah kerana mencatatkan sketsa yang menyedihkan, dimana beberapa orang Melayu ‘berselepoh’ menadah tangan dihadapannya.

ehsan buletinonline.

Wednesday, February 17, 2010

Presiden PAS Menyelamatkan Mangsa Lemas (Video Didalam)

Rusila, MARANG - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama keluarga serta beberapa penduduk kampong, telah menyelamatkan Ahamad Mat Zin, 58, dari di pantai Rusila dari menjadi mangsa lemas.
Ahamad bercadang untuk beriadah dan mandi dibelakang rumahnya di Kampung Rusila, Marang.



(Gambar - Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi (kanan) dan mangsa lemas, Ahamad Mat Zin, keletihan setelah dilambung ombak)

Namun rancangannya untuk bersantai bertukar menjadi tragedi yang hampir meragut nyawanya.

Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 6.30 petang Ahad (14 Februari) lalu yang hampir meragut nyawanya jika tidak diselamatkan dalam masa kurang 10 minit lagi.

Sehubungan itu, Ahamad yang ditemui, mengucapkan terima kasih dan bersyukur kerana ‘wira’ yang wajar diberi penghormatan serta penghargaan adalah Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama anaknya Abdul Rahman.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Pok Mat Jaga’ merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada ‘Tok Guru’ dan syukur kepada Allah SWT.

“Saya ucap syukur kepada Allah dan terima kasih kepada Tok Guru dan anak-anaknya yang berjaya selamatkan saya.

“Jika kurang dari 10 minit lagi, saya rasa…tentu saya akan mati kelemasan dan dihanyutkan ke laut,” jelasnya.

Dalam kejadian tersebut, Pok Mat bergelut hampir 30 minit bertarung dengan maut dan keletihan sebelum dapat diselamatkan oleh Tok Guru Haji Hadi dan anaknya itu.

Keberanian ‘Tok Guru’ yang sanggup menggadai nyawanya sendiri biar pun beberapa kali dipukul ombak besar untuk menyelamatkan mangsa lemas tersebut bukan ‘main-main’.

Dengan peristiwa cemas petang Tahun Baru Cina itu, jelas bahawa, Tok Guru Ustaz Abdul Hadi bukan sahaja berusaha menyelamatkan aqidah umat Islam tetapi juga menyelamatkan nyawa manusia.

Sewaktu kejadian berlaku Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi bersama dengan anaknya iaitu Abdul Rahman dan Mohamad Khalil serta menantunya Zaharudin sedang memancing di pantai itu.

Monday, February 8, 2010

Nizar kalah di mahkamah persekutuan, tetapi menang di Mahkamah Rakyat...

salam semua...

Hari ini 9 Februari 2010,terlakar satu lagi sejarah pencabulan demokrasi apabila mahkamah persekutuan mengishtiharkan MB perak adalah zamry.Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria yang membaca keputusan pengadilan berkenaan. Saya yakin ramai yang sudah menjangkakan keputusan seperti ini kerana BN sekarang belum bersedia untuk berhadapan dengan penghakiman rakyat. Ini kerana Ds. Nizar berjanji akan membubarkan DUN perak sebaik sahaja beliau diishtiharkan sebagai MB perak.

Tapi ini bukan petanda bahawa PAS & PR akan lemah dan berada di pihak yang bersalah. Zamry hanya MB mahkamah kerana dia dilantik oleh mahkamah. MB rakyat perak tetap Ds. Nizar.

Selepas keputusan mahkamah diumumkan, satu sidang media diadakan di dalam bangunan.Dan selepas itu, Ds. Nizar keluar dan memberikan ucapan, tanda kesedihan dengan Mahkamah mengumumkan Zambry menang.

Terima kasih kepada semua yang hadir, jangan kita melakukan sesuatu tanda provokasi dan diluar undang-undang.

Macamana pun kita masih percaya kerajaan mesti dibentuk oleh rakyat bukannya Mahkamah.


Cabar Zambry berentap diarena rakyat dengan bubarkan DUN. Kita tambah usaha menarik rakyat untuk sokong kita.

Laungan takbir dan hidup rakyat serta reformasi dilaungkan oleh Nizar dan dia mengetuai bacaan doa.

Kita harus yakin, semua yang berlaku pada hari ini adalah perancangan yang diatur oleh Allah s.w.t. Ada hikmah yang semua orang tidak tahu selain dari Allah s.w.t sahaja. Jadi kita mesti meneruskan perjungan ini. Kepada pemuda-pemuda wakaf mempelam. Kita hendaklah sentiasa bersiap siaga untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan. Diharap apa yang berlaku pada hari ini memberi kita seribu pengajaran dalam mengharungi perjungan yang panjang ini.

sekian, salam perjuangan...WE UNITE FOR ISLAM...

Pembukaan Pusat Karaoke Red Box @ Giant K.Trg

Berita ini diperolehi oleh penulis semasa membayar saman parking di bangunan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Kebetulan penulis mempunyai seorang kawan sekolah yang bekerja sebagai seorang pegawai di jabatan pengurusan PBT tersebut.

"Lesen akan diluluskan dalam masa terdekat ini"ujarnya

Ditambah dengan sokongan dari "seseorang" yang mempunyai jawatan dalam parti pemerintah dan juga dari pihak pengurusan Giant
K.Terengganu pembukaan Red Box Karaoke Centre di Giant K.Terngganu akan terjadi. (www.redbox.com.my)

Walaupun kawan penulis tadi adalah seorang seteru penulis dalam ideologi politik,namum beliau amat menyedari akan kesan
dan bahaya pusat-pusat hiburan sebegini terhadap remaja dan muda mudi khasnya terhadap bangsa melayu K.Terengganu.

"Apa bahayanya.."penulis bertanya,seolah-olah baru keluar dari hutan.

"Gila mu..pusat karaoke ni kita akan dibagi sebuah bilik yang tertutup,hanya ada tingkap kaca yang besarnya kira-kira
sekaki kali sekaki...apa mu nak jadi dalam tuh..itu mu punya pasal..mu nok tunggang langgang ke..mu nok jadi kambing ker..
ikut suke mu.." kemarahan dan ketidak puasan hatinya amat nyata.


walaupun berbeza ideologi plolitik,beliau amat prihatin tentang kerosakan yang akan terkesan dari pembukaan pusat tersbut.

"doh nok buat macamamana..hah.."mamat" tu rekomen..kalu dia rekomen..pasti jalan la.." tambahnya lagi.

Penulis mengambil keputusan ntuk menjadi seorang penyasat persenidirian,kononnya, untuk menguatkan cerita dari teman penulis tadi.

Petang itu,penulis ke Giant K.Trg untuk menjadi seorang wartawan yang tidak berlesen.


Bermodalkan tebal muka,mesra alam,senyuman dan pembeli,Berita ini diakui oleh peniaga-peniaga yang menyewa lot-lot perniagaan di tingkat bawah dan atas Giant K.Trg.

"Betul pakcik".."macammana pakcik tahu..?".."dengor crita..gitu arr.."

"Gila..".."Molek arr..".."Dok tau arr gane.."

Ada yang membantah,ada yang tepuk tangan dan ada yang tidak mengambil kisah

Itulah ayat-ayat pengesahan berita tersebut daripada peniaga-peniaga di Giant K.Trg.

Akan tetapi,yang paling best..ada seorang peniaga yang mengadu akan masalahnya yang melibatkan pihak pengurusan Giant yang menganiaya penyewa-penyewanya seolah-olah,penulis adalah Karam Singh Walia

Kesemua peniaga yang menyewa di Giant K.Trg disaman sebanyak RM250 oleh MBKT kerana pihak Giant tidak memaklumkan bahawa mereka memerlukan kelulusan dari MBKT untuk berniaga disitu..

Jom kita buat satu memorandum untuk menyatakan bantahan pembukaan Red Box Karaoke Centre di Giant K.Terngganu

Oleh: thedoctor

Sunday, February 7, 2010

MAKAN... TAK MAKAN???

Assalamualaikum
Salam seluas lautan buat semua...
Rupa-rupanya tanpa kita sedar, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh main balun aje? Sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila antum telah mengetahui ilmu ini, tolonglah sebarkan kepada sahabat dan sahabiah yang lain, ya!

Diet Rasullulah SAW kita. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanan baginda sehari-hari.
Cuba amalkan :

Jangan makan susu + daging.
Jangan makan daging + ikan.
Jangan makan ikan + susu.
Jangan makan ayam + susu.
Jangan makan ikan + telur.
Jangan makan ikan + daun salad.
Jangan makan susu + cuka.

Nampak memanglah pelik tapi kalau antum tak percaya, try cuba test! Hasilnya, takdelah dalam jangka masa terdekat ni tapi berkesan bila antum sudah tua nanti.hehe

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Dikhuatiri akan cepat mendapat
penyakit.

Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion positif manakala dalam ikan mengandungi ion negatif. Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakbalas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Rasulullah juga mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya, Insya Allah jauh dari penyakit (maknanya susah nak kena sakit).

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Kebetulan, saintis telah mendapati enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.

*enzim sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam

JoMm..Sama-samalah kita mengamalkannya!(~0^)

Monday, February 1, 2010

Pengaruh PAS di Kelantan tidak surut - pensyarah

KOTA BHARU, 1 Feb: Tindakan Umno dengan bantuan media harian menggembar-gemburkan masalah dalaman PAS di Kelantan dianggap tidak mampu menggugat sokongan rakyat terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.

Ini dibuktikan dengan kehadiran puluhan ribu rakyat di Stadium Sultan Mohammad Ke IV mendengar penjelasan mengenai tuntutan royalti minyak.

Bagi pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, terdapat data-data yang menunjukkan pengaruh PAS di Kelantan tidak surut.

Menurutnya, kehadiran begitu ramai rakyat pada program solat hajat dan ceramah mengenai royalti yang disampaikan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi satu petanda jelas.

Program tersebut yang diadakan malam Jumaat lalu memberi pukulan terhadap Umno biar pun terdapat usaha bagi menghalang program tersebut diadakan.

Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) yang bertanggungjawab menganjurkan program berkenaan mengakui ada tekanan diterima sebelum program berlangsung.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat isu cah keting yang ditimbulkan media dengan mensasarkan PAS ternyata tidak berjaya mempengaruhi rakyat.

“Ini kerana rakyat tahu di mana budaya ‘cah keting’ sebenarnya berlaku. Namun media melaporkan kononnya budaya itu hanya berlaku dalam PAS,” katanya pada satu program di Pasir Puteh, baru-baru ini.

Pada majlis itu beliau juga melahirkan rasa puas hati terhadap pengurusan hotel di negeri ini yang mematuhi dasar ditetapkan kerajaan negeri.

Katanya, walaupun di sini terdapat juga hotel mewah, namun pihak pengurusannya mematuhi arahan ditetapkan termasuk larangan penjualan arak, disko, perjudian dan aktiviti pelacuran.


Harakahdaily.net/-
idhamlim.blogspot.com/-

Saturday, January 30, 2010

Exco Pemuda Umno desak Khairy letak jawatan

KUALA LUMPUR, 30 Jan: Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda Umno malam kelmarin kecoh ekoran terdapat desakan supaya ketuanya, Khairy Jamaluddin berundur untuk menyelamatkan pergerakan itu.

Harakahdaily difahamkan, punca utama desakan beberapa anggota Exco pergerakan itu kerana Khairy dilihat gagal menterjemahkan hala tuju Pemuda Umno Malaysia selari dengan kepimpinan Presiden parti yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Seorang Exconya, Mohd Hishamuddin Yahaya dilaporkan membentangkan beberapa bukti yang menunjukkan kepimpinan pergerakan yang diterajui Khairy itu tidak berminat untuk membantu parti dan kerajaan menarik sokongan sebaliknya mengugut agar diberi jawatan.

Difahamkan, Hishamuddin mencadangkan dua usul sama ada Khairy meletakkan jawatan dan membenarkan Ketua Pemuda dipangku oleh Datuk Razali Ibrahim atau keseluruhan Exco meletakkan jawatan bagi membolehkan satu pemilihan baru dibuat secepat mungkin.

Sungguhpun mendapat sokongan tetapi tiada undian atau keputusan dicapai tetapi difahamkan dua pertiga Exco Pemuda bersedia meletakkan jawatan untuk pemilihan semula pergerakan itu jika selari dengan kehendak perlembagaan parti.

Mengikut Perkara 5.7 Perlembagaan Pergerakan Pemuda Umno, jika dua pertiga atau lebih bilangan Ahli-ahli Jawatankuasa Pemuda berhenti, maka jawatankuasa itu dianggap telah bubar dan Majlis Tertinggi bolehlah mengadakan Perhimpunan Khas Pemuda Umno Malaysia bagi menubuhkan semula Jawatankuasa Pemuda dan Majlis Tertinggi berkuasa menentukan tempoh perkhidmatan jawatankuasa yang baru dipilih itu.

Selain isu kemelut yang melanda beberapa Pemuda Umno negeri yang gagal ditangani oleh Khairy, beliau juga dianggap gagal apabila kursus Perdana Pemuda di Janda Baik hujung tahun lalu hanya dihadiri tidak sampai separuh ketua-ketua pemuda bahagian.

Kursus yang sepatutnya menjadi medan menunjukkan kekuatan kepimpinan Khairy untuk mendesak Perdana Menteri memberi jawatan kabinet akhirnya menjadi masalah besar kepadanya apabila hanya separuh jemputan sahaja yang hadir.

Pada mesyuarat malam kelmarin juga, beberapa Exco Pemuda turut mempersoalkan kegagalan Khairy menjadi suara pemuda dan menggerakkan jentera pemuda dalam banyak isu nasional yang sepatutnya dipergunakan bagi mengenakan tekanan ke atas Pakatan Rakyat.

Ada di kalangan mereka yang membangkitkan jika dahulu Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berjanji mengorbankan harta benda untuk pergerakan Pemuda jika menang, tetapi setelah menang lain pula alasannya.

ehsan harakahdaily.com...

Himpunan 2K ‘Orang Muda Geng Kita’ (H2kOMGK) Catat Sejarah




- BN diberi amaran, jangan selewengkan demokrasi Pemaisuri, SETIU – PAS menerima demokrasi berparlimen sebagaimana yang diamalkan dan memberi amaran kepada Barisan Nasional supaya tidak menggunakan cara lain dan ‘menutup’ demokrasi

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani memberi amaran, pemuda PAS diseluruh negera akan bangkit menentang sebarang bentuk penyelewengan prinsip demokrasi.

”Kita bimbang keadaan ini (yang) berlaku di Malaysia, hari ini kami (PAS) menerima demokrasi berparlimen, kita beri amaran kepada Barisan Nasional (BN),

”kalau kamu guna cara lain, tutup dmokrasi, kalau kami menang (dalam pilihanraya) kamu (BN) tak serah Negara, kami pemuda (PAS) akan bangkit menentang kamu (dari) seluruh negara,”tegasnya dihadapan 2000 orang pemuda PAS yang berhimpun dalam program ‘Orang Muda Geng Kita’ bagi parlimen Setiu dan Besut di Kampung Bari Besar dekat sini, Jumaat, 29 Januari.

Menurutnya, kehadiran ramai pemuda pada Himpunan tersebut dan Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) yang lalu, membuktikan pemuda PAS Terengganu sedang menuju kejayaan.

”Bukan di Besut (dan) Setiu sahaja kita bekerja (untuk kemenangan), (di) seluruh negeri Terengganu, InsyaAllah,

”rekod kita (pemuda PAS Terengganu) di HIMPIT, 10,000 kita himpun pemuda, tak mampu dilakukan dinegeri-negeri lain,”jelasnya.

Beliau berkata, Pemuda PAS Besut dan Setiu yang berhimpun untuk program H2KOMGK, merupakan satu sejarah, kerana berjaya mencapai sasaran.

Katanya, pemuda PAS Kelantan, walaupun mempunyai kerajaan, sekiranya dihimpunkan bagi dua kawasan parlimen, tidak mampu menghimpunkan seramai mana yang hadir pada hari ini.

Tuesday, January 26, 2010

WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)

(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009


A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight



ANOTHER SONG FOR GAZA FROM SAMI YUSUF

Sunday, January 24, 2010

‘Orang Mude Geng Kite’ Ke Utara Pada 29 Januari




KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menjemput dan mempersilakan semua ‘orang muda’ untuk bersama-sama menyertai program ‘Orang Mude Geng Kite’ (OMGK) yang akan di adakan di Kampung Bari Besar pada hari Jumaat, 29 Januari.

Setiausaha DPPNT, Wan Faizul Abbas berkata, program tersebut akan diadakan sehari suntuk bermula dari jam 9 pagi hingga 12.00 tengah malam.

Menurutnya, antara aktiviti yang menarik adalah Santai Bersama ‘anak Tok Guru’, Sukaneka dan Ceramah Pemuda.

Selain itu, katanya, orang-orang muda yang suka ‘merempit’ boleh berkongsi pengalaman dan kemahiran dalam permotoran dengan menyertai program bersama Kelab Motor Alternatif atau Alternative Riding Club (ARC).

”Program akan dimulakan pada jam 9 pagi dengan ‘Santai Bersama Anak Tok Guru’ dan berakhir jam 12.00 tengah malam dengan ceramah isu-isu semasa yang akan bermula jam 9.30 malam,”katanya ketika menghubungi Buletinonline.

Sehubungan itu, kata beliau, satu gerak gempur Pemuda akan diadakan sehari sebelumnya pada 28 Januari.

Menurutnya, seramai 20 orang pemuda PAS dari setiap kawasan seluruh negeri akan akan turun ke setiap DUN dalam Parlimen Besut dan Setiu.

”Mereka akan bertemu dan beramah mesra dengan orang-orang muda diseluruh Besut dan Setiu dan menganjurkan beberapa program,

”antaranya adalah ekspedisi dakwah, santai bersama pemuda di padang bola dan kedai kopi, ceramah kelompok, serta tayangan vcd terpilih,”jelasnya.

Katanya ‘Orang Mude Geng Kite’ akan jadi tema program dan semua aktiviti pemuda PAS dalam usaha mendekati dan menyelami ‘hati muda’ supaya dapat bersama-sama dengan PAS.

Tuesday, January 19, 2010

ABG AMRI nk jd calon wakaf mempelam???



dari motherboard moderator...

salam semua...dlm blog kwn saya...dia ada post kan gambar ni n dia kate org yg paling macho dlm gmbr tu bakal jd calon wakaf mempelam...saya dgn rase yakin dan percaya serta dgn perasaan kesedaraan yang begitu tinggi smpai tahap dewa amat menyokong statment kwn sy ni...ramai yg tak kenal ngn abg amri n ada jugk yg sgt kenal ...sometime we call him abg meri...awang sopi lak kol dia biskut meri...(lu amende sopi)...hehehe...

cume jgn la pikir mcm2...calon kat sini tak semestinya calon pilihan raya...boleh jd kwn sy nk abg amri ni jd calon SUAMI kat wakaf mempelam ni...or calon pemenang peraduan mengarang blog paling famous kat wakaf mempelam ni...or calon yg bakal menduduki peperiksaan spm tahun ni...who knows...hehhe

ape2 pn kategori calon,saya doakan abg amri akn terpilih...even klu btl calon pilihan raya skali pn...pemlammuda akan setia berada di belakang ang amri...klu awang sopi nk jd calon pulok...pelammuda kene buat mesyuarat khas dulu la..hehehe

BUKU HARIAN ...bukan DEWAN HARIAN

Rumitnya seorang isteri, dan simplenya seorang suami...jadinya kena selalu berfikiran positif...barulah tercipta rumahku shurgaku!

BUKU HARIAN ISTERI

Malam Minggu - Dia berkelakuan aneh. Sebelumnya kami berjanji bertemu di Cafe. Aku shopping seharian dengan kawan-kawan, sehingga mungkin dia kesal karena aku agak lewat sampai di Cafe, tapi dia tak bercakap.

Dia tak bercakap langsung, jadi aku ajak dia pergi ke tempat yang agak sunyi supaya kami dapat berbincang,
dia setuju tapi tetap diam membisu. Aku tanya apa yang salah - dia jawab, "Tak ada".

Aku tanyakan apakah kesalahan ku yang membuatnya kesal. Dia kata hal ini tak ada kaitannya dengan ku dan minta aku tak usah sibuk.

Dalam perjalanan pulang, ku katakan aku mencintainya, dia cuma tersenyum tipis dan tetap membisu. Aku tak dapat menjelaskan perangainya petang itu. Aku tak habis-habis berfikir kenapa dia tak menjawab, "Aku cinta kamu juga".

Sesampainya dirumah, aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia tak menghendaki ku lagi. Dia hanya duduk dan nonton depan TV; dia terlihat jauh dan menghilang.....

Akhirnya aku putuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit kemudian, dia masuk ke kamar. Aku tak tahan lagi, ku putuskan untuk menghadapinya dan menanyakan soal sebenarnya, tapi dia langsung tertidur. Aku mulai menangis sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus ku lakukan. Hidupku terasa bergoncang.....



BUKU HARIAN SUAMI


Hari ini MANCHESTER UNITED kalah. SIOTTTTT!!!

Wednesday, January 13, 2010

Bila salah naik TRAIN !!!!!!!!!




pulau rusa mari...

salam semua...ni baru ada msa nk taip dlm blog pelammuda ni..walaupun blog ni bukan la menjadi top dl tenet ni...ttp ada peminat yg setia membace nye...time kasih byk2 dan tahniah kpd pemuda PAS wakaf mempelam kerana masih lagi meneruskan gerak kerja mereka...usah dilayan ckp2 org yg mengatakan pemuda ni 'dok rock chetong'...jdkan kata2 tu sbgai pemangkin utk kite terus maju ke depan...

tajuk kali ni mmg pelik sikit...ye lah...kat trg ni mane ada train...kan???walaupn trg ni negeri yg kaya...ttp perkhidmatan train(atau bahasa melayu nye ialah keteapi) masih tak dok kat negeri kesayangan aku ni...tunggu aku pegang exco dlu...aku akan rancang prkhdmatan train ni kat trg...perjlnn ke setiap daerah...huhuhu

back to the story...ni cite benar yg berlaku...tidak ada yg benar melainkan benar sebenarnye...kat KL mmg ramai yg naik train tiap2 ari...dan aku yakin...tiap2 ari msti ada yg silap naik train...mmg payah la klu org yg biasa naik honda c70 tibe2 kena nik train...mmg kejadian yg selalu berlaku...silap train...nasib baik kwn aku sorg ni reti kembali kpd jalan yg benar...klu tak...dah smpai thailand la agak nye... last2 dia bgtahu aku...sedap duk kat ganu mbeng lagi dr duk kat KL...

moral of the story...balik la ke ganu wahai2 anak2 perantauan...hehehe...sekian...

Saturday, January 9, 2010

Bila Sahabat Menegur...

Min Pulau Rusa...

Semenjak dua menjak ni...tangan aku ni suka lak nk menaipkan sesuatu pada blog pelammmuda ni...seblm ni..asyik post gambar n video je...byk lak tu idea yg berdemo dlm kepala otak ni menyatakn bantahan utk keluar ke blog ni...cume kali ni...idea dr surau gong pauh(www.suraualansargp.blogspot.com)...ari jumaat bru ni smpat jugak aku n kwn2 p tolong kengacaukan keadaan dgn mengacau sure di sana...(bahasa melayu spm 9..hehehe)...tibe2 abg amri(nak tahu sapa dia..tunggu!!!) bgtahu aku yg tulisan aku dlm post bertajuk SALAHUDDIN tu tak ikut skima jawapan SPM kertas BM 2...rupanya ada jugak org yg berminat bace posting aku kt sini...

time kasih abg amri...a.k.a ustz a.k.a...mursyidul am...nasihat dr kwn2 mmg sgt membantu mengupgrade kan diri ini...cume aku ni mmg tak suka mengikut skema jawapan kerana nnt cikgu BM aku mst menuduhi aku menirukan diri dlm skema jawapan BM tu...

by the way...tahniah jgk kpd geng2 gertak...yg berjaya mengerahkan pengikut2 nye berdemo di batu buruk dgn baju free...lepas ni kite buat demo lak psl org yg tak laksanakan hukum ALLAH...bru kite ni btl2 syng kat agama kite...demo tu akn diketuai oleh saudara awang sopi...molek doh pakai baju melayu sepasang hitam dgn sokok...

last but not list...time kasih kt abg amri sekali lg krn sudi menjmput kami mengacau sure n membolehkan kami makan n bwk balik skli sure tu...harap Allah s.w.t dpt membalas kebaikan kalian semua(ayat last ni kene ikut format SPM la...hehehe)...
akhir skli...ni gmbr2 kejadian di surau gp tu...ilalliqa'





Friday, January 8, 2010

Thursday, January 7, 2010

SALAHUDDIN...

Dua hari lepas,saya sempat menghadirkan diri ke masjid pengadang baru bg mengikuti kuliah khas oleh Tuan Guru Presiden pasal isu kalimah ALLAH. Huraiaan yg menarik dgn sirah pada zaman Rasullullah s.a.w membuktikan bahawa org2 kristian yg berpegang kpd kitab injil yg sebenar akan beriman kpd Allah.Kisah raja habasayah,kisah ali bin hatim dan beberapa lagi kisah padri yg memeluk islam bila mengetahui kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

Cume ble pertembungan antara Islam dan Kristian ni,saya teringat tentng perang salib pd zaman salahuddin al-ayub.dan paling menarik nye bile melihat animasi saladin dlm youtube.Mmg dulu Islam pernah memerintah dunia dgn aman.Dan janji Rasullullah s.a.w bahawa Islam akan sekali lagi memerintah dunia adalah benar.Hadis berkenaan penaklukan kota kostentinapel.Dan peristiwa itu telah dibuktikn oleh sulatan muhammad alfateh...ada satu lagi hadis yg berkenaan penaklukan kota rom(pusat kristian sedunia) turut digambarkan oleh Rasullullah s.a.w. peristiwa itu masih lagi belum terjadi...dan itu menggambarkan tentang kuasa Islam ini akan kembali setelah hampir 100 tahun jatuh..

Monday, January 4, 2010

Burj Khalifa dibuka




Burj Dubai - dibuka dengan rasminya dengan ketinggian 828 meter (2,717) di tengah padang pasir Dubai.

Dikenali sebagai Burj Dubai ketika pembinaannya, Sheikh Mohammad bagaimanapun malam tadi mengisytiharkan nama baru kepada mercu tanda baru dunia itu sebagai Burj Khalifa iaitu tanda menghormati Presiden Emeriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa Zayed al-Nahayan.

"Hari ini UAE berjaya memiliki bangunan tertinggi di dunia yang dihasilkan tangan-tangan manusia.

"ia asatu projek yang hebat dan ia berhak memakai nama orang yang hebat," kata Sheikh Mohammad.