Pages

Friday, February 26, 2010

Perutusan sempena Hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w

Oleh: TG Haji Abdul Hadi Awang

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Selawat dan salam buat penghulu para pejuang, Rasul tercinta Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda hingga ke hari pembalasan.

Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang yang mencintai baginda, tentu sekali kita senantiasa terkenang akan sirah perjuangan dan lakaran pengorbanan Rasulullah s.a.w. sehingga kita semua dapat menerima cahaya keIslaman dan hidayah dari Allah untuk mengecapi nikmat berharga iman dan Islam.


Namun kita sebagai seorang Muslim perlu sentiasa bermuhasabah sejauh manakah kecintaan yang disebut dan diungkapkan ini benar-benar tertanam dengan kukuh di lubuk hati kita? Sejauh manakah kita melakukan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam lakaran perjuangannya, yang kemudiannya disambung tali-menali hingga ke hari ini?

Marilah kita menghayati firman Allah yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”. (As-Saba’: 28)

Baginda Rasulullah s.a.w. telah pergi meninggalkan kita, dengan sama sekali tidak mewariskan kepada kita harta pusaka kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna.

Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan ini menguatkan iltizam kita menegakkan sunnah baginda sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita. Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda.

Rasulullah s.a.w. meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskan. Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah s.a.w. walau dia menyambut kelahiran baginda saban tahun.

Marilah sama-sama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w. Seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya. Sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya.

Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431.



DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG,

PRESIDEN PAS

Monday, February 22, 2010

To’ Kong Kampung Cina Terbakar


- Wahid Pimpinan Islam Paling Awal Hadir

KUALA TERENGGANU – Sebahagian To’Kong, Tien Hou Kong, yang terletak di Kampung Cina disini telah terbakar kira-kira jam 8.45 malam, semalam 22 Februari.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, adalah pemimpin Islam yang paling awal hadir setelah mendapat berita mengenai tragedi tersebut.
”Saya dimaklumkan lebih kurang pukul 9, ada satu kebakaran (di To’kong Kampung Cina), saya berkejar (dari satu majlis) kita ada program tadi,

”bila dimaklumkan (oleh pihak Bomba) mereka datang untuk menyelamatkan tapi tak dapat berbuat apa-apa kerana pintu (To’kong) berkunci,”kata beliau ketika ditemui media selepas masuk ke dalam To’kong dan mendengar laporan awal dari pihak Bomba.

Menurutnya, beliau diberitahu, penjaga To’kong yang memegang kunci tersebut keluar untuk makan malam,

Sehubungan itu beliau berkata, punca kebakaran masih belum diketahui kerana ia masih disiasat.

Namun, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu yakin, tidak ada unsur khianat yang menyebabkan berlakunya kebakaran tersebut.

”Jadi, punca sebenar masih belum diketahui, yang saya bimbangnya, takut ada unsur khianat, tapi tidak ada, pasal dia (polis dan bomba) check (periksa) di (bahagian) luar To’ Kong tidak ada (kesan unsur khianat),”jelasnya.

Oleh itu, beliau berkata kebakaran tersebut mungkin disebabkan oleh api pembakaran colok yang merebak dari luar, atau mungkin disebabkan oleh litar pintas.

”Mungkin dari situ (pembakaran colok) ia merebak secara senyap-senyap atau akibat litar pintas,”kata Wahid.

Justeru, beliau berharap tidak ada pihak yang mengambil kesempatan dan menuduh pihak-pihak tertentu yang menyebabkan kebakaran tersebut.

To’kong Tien Hou Kong adalah dianggap bersejarah kerana ia dilaporkan telah dibina pada tahun 1896.

Ia juga dianggap bersejarah kerana mencatatkan sketsa yang menyedihkan, dimana beberapa orang Melayu ‘berselepoh’ menadah tangan dihadapannya.

ehsan buletinonline.

Wednesday, February 17, 2010

Presiden PAS Menyelamatkan Mangsa Lemas (Video Didalam)

Rusila, MARANG - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama keluarga serta beberapa penduduk kampong, telah menyelamatkan Ahamad Mat Zin, 58, dari di pantai Rusila dari menjadi mangsa lemas.
Ahamad bercadang untuk beriadah dan mandi dibelakang rumahnya di Kampung Rusila, Marang.



(Gambar - Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi (kanan) dan mangsa lemas, Ahamad Mat Zin, keletihan setelah dilambung ombak)

Namun rancangannya untuk bersantai bertukar menjadi tragedi yang hampir meragut nyawanya.

Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 6.30 petang Ahad (14 Februari) lalu yang hampir meragut nyawanya jika tidak diselamatkan dalam masa kurang 10 minit lagi.

Sehubungan itu, Ahamad yang ditemui, mengucapkan terima kasih dan bersyukur kerana ‘wira’ yang wajar diberi penghormatan serta penghargaan adalah Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama anaknya Abdul Rahman.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Pok Mat Jaga’ merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada ‘Tok Guru’ dan syukur kepada Allah SWT.

“Saya ucap syukur kepada Allah dan terima kasih kepada Tok Guru dan anak-anaknya yang berjaya selamatkan saya.

“Jika kurang dari 10 minit lagi, saya rasa…tentu saya akan mati kelemasan dan dihanyutkan ke laut,” jelasnya.

Dalam kejadian tersebut, Pok Mat bergelut hampir 30 minit bertarung dengan maut dan keletihan sebelum dapat diselamatkan oleh Tok Guru Haji Hadi dan anaknya itu.

Keberanian ‘Tok Guru’ yang sanggup menggadai nyawanya sendiri biar pun beberapa kali dipukul ombak besar untuk menyelamatkan mangsa lemas tersebut bukan ‘main-main’.

Dengan peristiwa cemas petang Tahun Baru Cina itu, jelas bahawa, Tok Guru Ustaz Abdul Hadi bukan sahaja berusaha menyelamatkan aqidah umat Islam tetapi juga menyelamatkan nyawa manusia.

Sewaktu kejadian berlaku Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi bersama dengan anaknya iaitu Abdul Rahman dan Mohamad Khalil serta menantunya Zaharudin sedang memancing di pantai itu.

Monday, February 8, 2010

Nizar kalah di mahkamah persekutuan, tetapi menang di Mahkamah Rakyat...

salam semua...

Hari ini 9 Februari 2010,terlakar satu lagi sejarah pencabulan demokrasi apabila mahkamah persekutuan mengishtiharkan MB perak adalah zamry.Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria yang membaca keputusan pengadilan berkenaan. Saya yakin ramai yang sudah menjangkakan keputusan seperti ini kerana BN sekarang belum bersedia untuk berhadapan dengan penghakiman rakyat. Ini kerana Ds. Nizar berjanji akan membubarkan DUN perak sebaik sahaja beliau diishtiharkan sebagai MB perak.

Tapi ini bukan petanda bahawa PAS & PR akan lemah dan berada di pihak yang bersalah. Zamry hanya MB mahkamah kerana dia dilantik oleh mahkamah. MB rakyat perak tetap Ds. Nizar.

Selepas keputusan mahkamah diumumkan, satu sidang media diadakan di dalam bangunan.Dan selepas itu, Ds. Nizar keluar dan memberikan ucapan, tanda kesedihan dengan Mahkamah mengumumkan Zambry menang.

Terima kasih kepada semua yang hadir, jangan kita melakukan sesuatu tanda provokasi dan diluar undang-undang.

Macamana pun kita masih percaya kerajaan mesti dibentuk oleh rakyat bukannya Mahkamah.


Cabar Zambry berentap diarena rakyat dengan bubarkan DUN. Kita tambah usaha menarik rakyat untuk sokong kita.

Laungan takbir dan hidup rakyat serta reformasi dilaungkan oleh Nizar dan dia mengetuai bacaan doa.

Kita harus yakin, semua yang berlaku pada hari ini adalah perancangan yang diatur oleh Allah s.w.t. Ada hikmah yang semua orang tidak tahu selain dari Allah s.w.t sahaja. Jadi kita mesti meneruskan perjungan ini. Kepada pemuda-pemuda wakaf mempelam. Kita hendaklah sentiasa bersiap siaga untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan. Diharap apa yang berlaku pada hari ini memberi kita seribu pengajaran dalam mengharungi perjungan yang panjang ini.

sekian, salam perjuangan...WE UNITE FOR ISLAM...

Pembukaan Pusat Karaoke Red Box @ Giant K.Trg

Berita ini diperolehi oleh penulis semasa membayar saman parking di bangunan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Kebetulan penulis mempunyai seorang kawan sekolah yang bekerja sebagai seorang pegawai di jabatan pengurusan PBT tersebut.

"Lesen akan diluluskan dalam masa terdekat ini"ujarnya

Ditambah dengan sokongan dari "seseorang" yang mempunyai jawatan dalam parti pemerintah dan juga dari pihak pengurusan Giant
K.Terengganu pembukaan Red Box Karaoke Centre di Giant K.Terngganu akan terjadi. (www.redbox.com.my)

Walaupun kawan penulis tadi adalah seorang seteru penulis dalam ideologi politik,namum beliau amat menyedari akan kesan
dan bahaya pusat-pusat hiburan sebegini terhadap remaja dan muda mudi khasnya terhadap bangsa melayu K.Terengganu.

"Apa bahayanya.."penulis bertanya,seolah-olah baru keluar dari hutan.

"Gila mu..pusat karaoke ni kita akan dibagi sebuah bilik yang tertutup,hanya ada tingkap kaca yang besarnya kira-kira
sekaki kali sekaki...apa mu nak jadi dalam tuh..itu mu punya pasal..mu nok tunggang langgang ke..mu nok jadi kambing ker..
ikut suke mu.." kemarahan dan ketidak puasan hatinya amat nyata.


walaupun berbeza ideologi plolitik,beliau amat prihatin tentang kerosakan yang akan terkesan dari pembukaan pusat tersbut.

"doh nok buat macamamana..hah.."mamat" tu rekomen..kalu dia rekomen..pasti jalan la.." tambahnya lagi.

Penulis mengambil keputusan ntuk menjadi seorang penyasat persenidirian,kononnya, untuk menguatkan cerita dari teman penulis tadi.

Petang itu,penulis ke Giant K.Trg untuk menjadi seorang wartawan yang tidak berlesen.


Bermodalkan tebal muka,mesra alam,senyuman dan pembeli,Berita ini diakui oleh peniaga-peniaga yang menyewa lot-lot perniagaan di tingkat bawah dan atas Giant K.Trg.

"Betul pakcik".."macammana pakcik tahu..?".."dengor crita..gitu arr.."

"Gila..".."Molek arr..".."Dok tau arr gane.."

Ada yang membantah,ada yang tepuk tangan dan ada yang tidak mengambil kisah

Itulah ayat-ayat pengesahan berita tersebut daripada peniaga-peniaga di Giant K.Trg.

Akan tetapi,yang paling best..ada seorang peniaga yang mengadu akan masalahnya yang melibatkan pihak pengurusan Giant yang menganiaya penyewa-penyewanya seolah-olah,penulis adalah Karam Singh Walia

Kesemua peniaga yang menyewa di Giant K.Trg disaman sebanyak RM250 oleh MBKT kerana pihak Giant tidak memaklumkan bahawa mereka memerlukan kelulusan dari MBKT untuk berniaga disitu..

Jom kita buat satu memorandum untuk menyatakan bantahan pembukaan Red Box Karaoke Centre di Giant K.Terngganu

Oleh: thedoctor

Sunday, February 7, 2010

MAKAN... TAK MAKAN???

Assalamualaikum
Salam seluas lautan buat semua...
Rupa-rupanya tanpa kita sedar, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh main balun aje? Sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila antum telah mengetahui ilmu ini, tolonglah sebarkan kepada sahabat dan sahabiah yang lain, ya!

Diet Rasullulah SAW kita. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanan baginda sehari-hari.
Cuba amalkan :

Jangan makan susu + daging.
Jangan makan daging + ikan.
Jangan makan ikan + susu.
Jangan makan ayam + susu.
Jangan makan ikan + telur.
Jangan makan ikan + daun salad.
Jangan makan susu + cuka.

Nampak memanglah pelik tapi kalau antum tak percaya, try cuba test! Hasilnya, takdelah dalam jangka masa terdekat ni tapi berkesan bila antum sudah tua nanti.hehe

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Dikhuatiri akan cepat mendapat
penyakit.

Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion positif manakala dalam ikan mengandungi ion negatif. Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakbalas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Rasulullah juga mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya, Insya Allah jauh dari penyakit (maknanya susah nak kena sakit).

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Kebetulan, saintis telah mendapati enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.

*enzim sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam

JoMm..Sama-samalah kita mengamalkannya!(~0^)

Monday, February 1, 2010

Pengaruh PAS di Kelantan tidak surut - pensyarah

KOTA BHARU, 1 Feb: Tindakan Umno dengan bantuan media harian menggembar-gemburkan masalah dalaman PAS di Kelantan dianggap tidak mampu menggugat sokongan rakyat terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.

Ini dibuktikan dengan kehadiran puluhan ribu rakyat di Stadium Sultan Mohammad Ke IV mendengar penjelasan mengenai tuntutan royalti minyak.

Bagi pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, terdapat data-data yang menunjukkan pengaruh PAS di Kelantan tidak surut.

Menurutnya, kehadiran begitu ramai rakyat pada program solat hajat dan ceramah mengenai royalti yang disampaikan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi satu petanda jelas.

Program tersebut yang diadakan malam Jumaat lalu memberi pukulan terhadap Umno biar pun terdapat usaha bagi menghalang program tersebut diadakan.

Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) yang bertanggungjawab menganjurkan program berkenaan mengakui ada tekanan diterima sebelum program berlangsung.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat isu cah keting yang ditimbulkan media dengan mensasarkan PAS ternyata tidak berjaya mempengaruhi rakyat.

“Ini kerana rakyat tahu di mana budaya ‘cah keting’ sebenarnya berlaku. Namun media melaporkan kononnya budaya itu hanya berlaku dalam PAS,” katanya pada satu program di Pasir Puteh, baru-baru ini.

Pada majlis itu beliau juga melahirkan rasa puas hati terhadap pengurusan hotel di negeri ini yang mematuhi dasar ditetapkan kerajaan negeri.

Katanya, walaupun di sini terdapat juga hotel mewah, namun pihak pengurusannya mematuhi arahan ditetapkan termasuk larangan penjualan arak, disko, perjudian dan aktiviti pelacuran.


Harakahdaily.net/-
idhamlim.blogspot.com/-