hari ini kita dapat melihat bahawa perjuangan pas telah mula mendapat sokongan secara terang-terangan dari masyarakat bukan islam,gelombang perubahan yang mendadak begitu menggusarkan rejim umno/bn,justeru tidak hairanlah pendekatan yang diguna najib hari ini dilihat cuba untuk mendapat kembali sokongan dari masyarakat bukan islam terutama dari kaum india dan juga cina yang dilihat mampu untuk menjadi penentu kedudukan kerajaan yang ada pada hari ini.isu-isu yang cuba dimainkan dilihat tidak berjaya untuk menggugat kedudukan pas dalam masyarakat,rakyat telah mampu menilai yang mana benar dan yang mana batil,ini hakikat yang cuba ditutup oleh bn,dengan memainkan isu rasuah dikalangan pimpinan kerajaan negeri kelantan dan juga selangor sebaliknya isu yang melanda bn cuba untuk ditutup,pkfz misal contoh adalah satu isu besar dimana wang rakyat di bazirkan dengan dasyat,juga pengakuan oleh teo king sing mengenai pemberian wang sejumlah rm 10 juta kepada presiden mca seakrang tanpa di berikan sebab yang jelas atas dasar apa wang itu di berikan,hari ini isu itu telah pun dilenyapkan dengan isu perebutan kuasa di kalangan pemimpin mca,adakah benar mereka ini berbalah?atau sekadar menututp isu yang telah di bangkitkan?kita seharusnya sedar bahawa bukan soal diberi wang itu kepada siapa atau kerana apa,sebaliknya mengapa wang sejumlah itu boleh diluluskan begitu saja,adakah ada oarng-oarng tertentu yang mendapat manfaat dari kenaikan kos pkfz ini?atau mungkin ramai pemimpin umno turut terlibat.kita mengharapkan isu ini tidak senyap begitu saja.di sebalik ini semua para pejuang pas pula hendaklah sentiasa berdoa semoga ALLAH membantu segala usaha kita dalam mencari kebenaran.jangan pula kita asyik dan leka dengan permainan pihak musuh.tingkatkan semangat dan keimanan bagi menghadapi musuh samada yang nyata atau tersembunyi.akhir kata dari saya, teruskan perjuangan hingga nafas terakhir dan semoga kita di tetapkan iman.................
assalamualaikum,kepada semua pemuda-pemuda yang mengikuti blog ini,di kesempatan ini saya ingin mengucapkan salam aidiladha semoga kedatangannya memebawa seribu rahmat buat kita semua.di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemuda-pemuda yang bertugas semasa korban perdana peringkat dun wakaf memepelam yang di anjurkan oleh penyelaras pemuda dun pada hari raya yang kedua baru-baru ini.sebanyak dua ekor lembu berjaya di korbankan.
Saya mohon maaf atas kelewatan membuat komentar kepada "2012" yang telah saya tontoninya sebelum ini atas beberapa masalah.
Akhbar Siasah terbaru ada memperlihat kenyataan Majlis Syura Ulama Indonesia membuat kenyataan sekitar 2012 menyesatkan aqidah umat Islam. Kenyataan tegas dari Indonesia (malangnya tidak kedengaran pula dari Malaysia termasuk dari pimpinan ulama gerakan Islam mahupun Majlis Fatwa Kebangsaan) sangat penting bagi mempertegas penyelewengan gambaran "Kiamat" khususnya di penghujung filem "2012".
Namun demikian, bagi saya, ada sesuatu yang perlu dilihat dengan lebih mendalam dan tersirat, bukan sekadar yang tersurat dari filem itu.
Ada beberapa teori konspirasi Yahudi Illuminati yang sedang menarik perhatian saya dalam filem yang mesejnya menepati ramalan saya sebelum ini (baca "Apa Pula Simbol Emmerich Dalam 2012" dan "2012 Janjikan Propaganda Illuminati").
1. Kenapa seorang pakar geologi - yang membocorkan maklumat kerajaan AS mengenai gempa bumi yang akan menimpa AS - terbunuh di tempat yang sama kemalangan maut berlaku pada Princess Diana ?
Adakah filem ini terang-terang mahu 'sengaja' menunjukkan bahawa kemalangan di tempat yang sama meragut nyawa Princess Diana hakikatnya suatu yang dirancang "secret societies" dan bukannya kebetulan ?
Baca juga : "...when The Queen Diana said : “there are powers at work in this country of which we know nothing...”.
2. Kenapa kapal armada laut AS (lihat gambar utama ini di website 2012) yang jelas terpampang nama John F. Kennedy 'terpilih' untuk merempuh White House ketika di kemuncak bencana tsunami dalam 2012 ?
Pendedahan John F. Kennedy suatu bahaya besarkah kepada pemilik sebenar pentadbiran AS ? Mungkin pendedahan website seperti ini mampu membuka minda.
3. Kenapa ada sahaja elemen "konspirasi yang tidak boleh didedahkan" dalam filem ini ketika ramai mungkin menjangkakan ia tidak akan berkesudahan dengan wujudnya kehidupan baru selepas diselamatkan oleh bahtera penyelamat - yang telah dirancang pembinaannya lebih awal oleh AS ?
Sukarkah membuat filem tanpa elemen 'konpirasi' ataupun 'hidden map' ?
Adakah ia suatu signal sememangnya Kiamat 2012 bukannya fenomena alam, tetapi sesuatu yang sedang dirancang pihak yang sama yang pernah mencatur Perang Dunia Pertama sehingga tertegaknya negara haram Israel dan mencipta bom atom untuk meletupkan Perang Dunia Kedua dari Jepun ?
Apatah lagi filem "2012" terdapat banyak aksi semacam sengaja "memperli" mengenai kedatangan "the end of life" seperti aksi nyanyian berseloroh sebuah band musical dan aksi animasi kelakar "matahari menembak bumi" dalam komputer Charlie Frost, juruhebah radio. Nampak jelas ia semacam memerli mereka yang akan mempercayai kiamat pada "2012".
4. Terdapat juga aksi seperti mirip aksi tenggelamnya Kapal Titanic di Bermuda Triangle ketika adegan tsunami 2012 menghempap sebuah kapal. Tahniah Remmerich, anda membuka fikiran saya untuk melihat tragedi bersejarah Titanic itu kini dari sudut yang berbeza.
"It is not inconceivable that we have heard so much about the famous voyage of the Titanic because it was one of the most perfect crimes ever committed." - Doug Yurchey
How could a ship that's made out of metal be sunk by an iceberg?
5. Filem ini juga memberikan suatu mesej bahawa sesiapa yang menguasai teknologi penerbangan dan lautan, akan selamat dari bencana besar 2012.
Adakah ini suatu lagi signal pihak yang sama sedang mencipta teknologi di udara dan di lautan - yang kononnya ia adalah makhluk asing (U.F.O) walhal mereka yang menciptanya ('faked alien') ?
Mereka telah berjaya menipu dunia dengan 'fake event' pendaratan di bulan pada 20 Julai 1969, kali ini tidak perlu pelik dengan penipuan seterusnya mengenai wujudnya 'makhluk asing', dunai mesti bersatu di bawah AS untuk menentang mereka seperti digambarkan dalam Independence Day arahan Remmerich yang sama sebelum 2012, filem ke-12 beliau.
New World Order Conspiracy Reveals Secret Martial Law Doomsday Plan 2009-2012. Lihat lagi pendedahan golongan Youtuber Kristian mengenai ancaman Illuminati di sini. Walaupun ia dibuat oleh golongan Kristian, namun sememangnya Illuminati adalah musuh utama yang akan menghapuskan semua agama.
5. Berulang kali juruhebah radio dalam 2012, Charlie Frost membuat kenyataan sebelum dirinya dihempap batu api dari letupan volkani 2012.
"To all Christian, Muslim, Buddhist, Rastafarian... We must be ONE family now. We Will be ONE!!!".
Untuk apa kalimah "one" sentiasa digemakan ? Untuk apa dipaparkan negara-negara besar dunia seperti China (tempat projek 'bahtera penyelamat' dibina), India, Russia dan 48 buah negara kesemuanya bersetuju dengan pelan keselamatan AS melalui kapal Atlantis tersebut ?
Merujuk kepada projek besar Yahudi untuk mewujudkan "One New World Oder" pada 2012 ? One World Religion ?
Bagi saya, skrip 2012 yang ditulis oleh Harald Kloser sememangnya mempunyai mesej tertentu kalaupun tidak kesemuanya. Jika tidak, masakan filem menelan belanja besar hampir 800 juta ringgit Malaysia ini boleh ditampung oleh Yahudi di belakang Hollywood.
6. Apa simbol di sebalik bahtera penyelamat yang menyelamatkan beberapa ratus ribu manusia yang 'terpilih' selepas bencana 2012 tersebut ? Adakah ia mengisyaratkan kepada projek penyingkiran 90 % penduduk dunia - melalui sekatan pemakanan dan sebagainya - dan akan kekalnya mereka yang 'terpilih' untuk meneruskan tamadun baru manusia berasaskan "New World Order" (novus ordo seclorum) .
Undian pemimpin pasca 2012 di website rasmi 2012 tambah meragukan siapakah dalang di sebalik projek "2012 fear factor"
Propaganda "Noah Ark" versi AS. AS tampil sekali lagi dalam "2012" sebagai penyelamat dunia (baca : pemusnah dunia).
Kenapa semacam kisah kapal Nabi Nuh yang sememangnya kisah sejarah itu menjadi titik persamaan antara agama asal Yahudi, Kristian dan Islam dijadikan 'nostalgia' dalam penghujung "2012" ? Semua agama akhirnya akan tunduk pada SATU kuasa setinggi Gunung Everest pada saat itu berlaku ?
Dalam ajaran agama Samawi dan mungkin juga agama lainnya, ketika kiamat terjadi tidak ada satu pun makhluk di bumi yang akan selamat, semua hancur bersama dengan hancurnya alam semesta. Namun filem 2012 ini mengirimkan "hidden messages" bahwa kiamat boleh sahaja terjadi, dan jika kiamat terjadi maka ikutlah bersama gerombolan yang telah dibuat oleh AS dan sekutunya, pasti anda akan selamat.
Demikianlah "mesej halus" filem 2012 pada anak-anak kecil dan remaja yang belum mapan didikan agama mereka. Didikan filem itu jelas melawan ajaran agama tentang Kiamat. Seolah-olah Tuhan pun tidak mampu mengkiamatkan misi keselamatan yang telah digagas oleh AS tersebut. 2012 mengirimkan pesan AS penyelamat anda, bukan agama dan Tuhan anda !!!
Semuanya di atas hanyalah hipothesis saya, boleh diterima mahupun ditolak.
Mesej dari 2012 adalah pengumuman siri puzzle seterusnya dari Yahudi pembunuh para anbiya'.
Ramai adik-adik bertanya kepada saya, kenapa Illuminati mendedahkan kewujudannya dalam pelbagai bentuk halus sedangkan mereka sebuah gerakan rahsia yang mahu melakukan kerosakan di dunia ?
Jawapan saya mudah.
1. Dengan berbicara dengan simbol kepada musuh-musuh mereka (baca : umat Islam dan golongan beragama), mereka akan cuba mencipta peperangan secara propaganda menimbul ketakutan atau "fear-factor". Mencipta ketakutan sebelum berperang adalah teknik "mind-control" yang sememangnya dipraktikkan Yahudi sejak dari zaman Nabi S.A.W.
Yahudi sememangnya sebuah bangsa yang dibuktikan sejarah takut berdepan dengan peperangan bersemuka dengan umat Islam. Perang Bar Lev sudah cukup mengajar mereka erti ketakutan pada doa-doa para ulama Islam. Justeru mereka mahu menimbulkan ketakutan kepada umat dengan menonjolkan kewujudan mereka dalam catur-catur yang mereka atur sejak lama dahulu, yang lingkaran mereka sangat luas dan complicated, tetapi kesemuanya menggunakan brand dan pattern (logo) yang sama.
2. Supaya umat Islam terus disibukkan mengkaji kewujudan simbol-simbol mereka sahaja, dalam pelbagai medium, tetapi lalai dari tindakan yang lebih konstruktif untuk menyelamat dan membentengi ummah dari perencanaan jahat 9 "F" mereka (Finance, Food, Film, Fashion, Fun, Fiction, Faith, Friction dan Fitnah), lalai dari usaha keras untuk mengemukakan penyelesaian membina kepada ummah yang sedang disepakterajang oleh mereka atau sedang berada di telunjuk percaturan mereka.
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah seluruh umat Islam berperang dengan seluruh Yahudi. Orang-umat Islam akan membunuh mereka sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar datanglah kamu ke sini dan bunuhlah orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi". (hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Pertempuran besar tersebut telah diisyaratkan Nabi S.A.W akan memihak kepada umat dan tentera Islam. Saya sangat optimis khususnya setelah menatapi "Al-Mubassiyraat bi Intahsaaril Islam" karangan ulama intelektual dunia Islam Syekh Dr Yusuf al-Qaradhawy.
Syaratnya cuma apabila tentera Muhammad telah memenuhi syarat persiapan syariatullah dan sunnatulah (ilmu) sebelum kedatangan Nabi Isa alahissalam dan gerombolan tentera Imam Mahdi, impian membenamkan Yahudi-Iblis, seluruh sistemnya yang well-complicated dan seluruh proksi-proksi 'mata satu' mereka dari terus mencatur sepak terajang bencana kemanusiaan dunia akan direalisasikan.
"...Usaha-usaha menghalang gagasan pengislaman ilmu ini dari berkembang luas nampaknya dilakukan dengan drastik oleh golongan Illuminati. Pada 1986, Dr. Ismail Al-Faruqi dan isterinya, Dr. Louis Lamya telah dibunuh di rumahnya. Ramai pemerhati mengesyaki bahawa komplot pembunuhan ini didalangi oleh Jewish Defense Leage (JDL). Sesungguhnya pembunuhan beliau membuktikan bahawa Perang-Perang Dunia adalah satu ‘pakej konspirasi’ yang lengkap dalam usaha menjajah negara Islam. Negara Islam tidak hanya diserang dan dijajah bahkan pemikiran, ideologi dan kepercayaan agamanya juga diganggu-gugat melalui satu sistem aliran politik dan pendidikan yang tersusun.
"Benarlah Ahmad Thomson ketika di dalam bukunya yang berjudul Dajjal – The AntiChrist mengatakan bahwa dunia yang sedang kita jalani dewasa ini –terutama sejak hampir satu abad yang lalu- telah menjadi sebuah Sistem Dajjal. Peradaban dunia semenjak ghaibnya sistem Islam yang bernama Khilafah Islamiyyah telah perlahan namun pasti mengarah dan membentuk diri menjadi sebuah peradaban yang sarat dengan Dajjalic Values. Kian hari kian nyata bahwa nilai-nilai Ilahi yang suci dan mulia secara sistematis mengalami marginalisasi alias penghapusan.
Sedemikian hegemoniknya sistem Dajjal sehingga menurut Ahmad Thomson bilamana dalam waktu dekat si oknum Dajjal muncul ke tengah umat manusia, maka ia akan segera dinobatkan menjadi pemimpin sistem tersebut. Sebab sistem yang dibangun dengan sebutan Novus Ordo Seclorum (the New World Order) ini sangat compatible dengan karakteristik oknum Dajjal. Berbagai sektor kehidupan telah dirancang dan dibentuk agar secocok dengan the arrival of the AntiChrist (kedatangan Dajjal). Segenap sektor kehidupan manusia yang mencakupi ideologi, politik, ekonomi, sosial, budaya, militari, pertahanan-keamanan, pendidikan dan hukum dijauhkan dari Dienullah yakni nilai-nilai Islam. Bahkan aspek entertainment-pun diarahkan untuk menyambut kedatangan Dajjal."
Gadis itu dulunya seorang aktres yang cantik, model, pelatih fitness dan seorang aktivis hak asasi. Dia membesar dalam masyarakat Barat yang bebas bersosial, mendedahkan aurat dan anti Islam.
Hidayah Allah Maha Luas menyapa hati yang sering gundah gelisah ini. Hati menyambut cinta Allah yang bernama Islam. Lantas konflik jiwa yang sering menjadi teman selama ini mula menyisih dari kehidupannya.
Betapa hebatnya benih bermutu bernama Hidayah@aqidah Islam itu sehingga ia mampu menyerlahkan perwatakan berbeza seorang gadis Barat bernama Sara Bokker.
Sara meninggalkan dunia yang gelap sebelum ini menuju cahaya yang indah. Sara mula mengenal penciptanya, objektif manusia dihidupkan dan ke mana akhirnya dia akan kembali. Semua itu mengubah dirinya yang dulu begitu aib mendedahkan batang tubuhnya kepada umum, sekarang dia memilih.... Baca selanjutnya
Ni aku jumpa dalam blog someone yg xpuas hati utk satu interview. Org ni bakal grad dlm AI. Aku saje letakkan kat sini utk kita renung-renungkan bersama.....
Alkisahnya, aku ke pejabatnya, untuk interview kerja. Bersiap sekadarnya dengan sepasang baju kurung, memakai sedikit lipstick warna pink. Pendek kata sesimple yang mungkin.
Yang penting adalah portfolio. Dimana portfolio inilah senarai sistem yg pernah aku bangunkan. Tak banyak, tetapi cukup untuk meyakinkan aku punya kemahiran php.
Sampai saja dipejabatnya, aku dapati ada 8 candidates yg tgh tunggu turn. Dan aku punya turn. Dan aku tak nampak abang panda itu.
Sempat aku berbual dengan candidates yg lain. Semua pun apply post junior programmer. Dan hati aku agak senang bila candidates yg lain nampaknya sumanya fresh graduates tanpa portfolio. Bermakna aku punya sedikit kelebihan kerana yang lain belum pernah bangunkan sebarang sistem.
Aku pun masuk untuk sesi temuduga. Dua orang interviewer adalah perempuan, dalam awal 30-an. Dua orang lagi lelaki. Mereka membelek2 resume aku dengan muka yg agak kurang berminat. Yang menghairankan, mereka langsung tidak membelek portfolio aku.
Dan, inilah saat yang tiba2 membuatkan aku berang. Apabila salah seorang interviewer berkata kepada aku..
?°Sory ye dik. Kami tau adik ni bwk portfolio sendiri. Tapi company ini lebih prefer org yg slim, presentable. Why not u kurangkan berat badan n try again,?± Sambil tersenyum sumbing.
Kepada Nurul Fatheha Zainal Alam, a.k.a interviewer yang tidak beradab. Saya tahu anda baca blog saya. Jadi sila baca dengan teliti.
Sebab kenapa orang Melayu tidak maju adalah kerana wujud golongan berfikiran jumud seperti anda. Sejak bila programmer perlu secantik miss world? Adakah anda cuma mahu programmer yang tidak menutup kepala, dengan rambut perang seperti bulu beruk terkena clorox, dengan berpakaian skirt pendek menampakkan betis besar tiang letrik dan berbaju ketat menampakkan perut boyot seperti anda? Atau programmer yang mengenakan mekap tebal seperti mak nyah, memantis kening senipis mungkin dan cuma tahu pakai visual basic?
Maaf, jika bahasa aku biadap.
Tetapi terima kasih kepada abang panda a.k.a Encik Fawwaz kerana menjanjikan aku post junior programmer sebaik sahaja aku grad, keesokan harinya setelah aku tinggalkan portfolio aku kepadanya. Tetapi Encik Fawwaz, saya tidak mahu bekerja di syarikat anda dengan manusia yang tidak tahu adab. Dan tolonglah update staf anda dengan current programming language. Sesungguhnya untuk bersaing dengan company lain, simpanlah VB yg sudah berhabuk itu.
Noktah. Itu prinsip saya. Maafkan saya. Saya tidak mahu bekerja di sebuah software house yang stafnya berpakaian seperti pelayan kelab malam. Saya harap Encik Fawwaz tidak tersinggung. Anggaplah ini satu teguran, untuk memastikan kejayaan yang diraih adalah dengan keberkatanNya.
and bawah ni ialah reply drpd salah seorang interviewer yg baca blog org ni.....
Aa'ha said, March 11, 2009 @ 12:42 am
What the hell do you mean by your redish wording? You just so fuckin rude! Let me say this; U tak lulus temuduga dengan kitaorg sebab kitaorang dah buat homework pasal you berdasarkan maklumat dlm resume yg u hantar seminggu sebelum interview and we?¯all trackback ur blog. we all rasa u ni islamic freak berdasarkan posting u dlm blog. guess what? we all tak mahu org mcm u sebab u nanti bermasalah nak accompany customer karaoke @ minum2. sebab u org kampung yg tak tau sosial dan pakai tudung macam mak nenek!! kalau u rasa nak keja dekat company besar u better jgn kolot sangat sebab u?¯ll never make it dgn cara u ni.u perlu sedar u hidup tahun 2009 bukan zaman nabi dulu!! and thanx-a-lot sbb tak terima job ni becoz we all memang allergic dgn org yg konon2 islamik mcm u.
apa kata u try mintak keja dengan masjid kat kampung you?? buat sistem masjid ke?
Lebih 25 tahun kita dalam PAS hidup aman, selesa dan sentosa selepas hadirnya kepimpinan ulama. Sewajibnya kita mensyukurinya. Keselesaan kita itu telah banyak membantu kita untuk membantu masyarakat mengenali kita secara lebih dekat.
Adakah anda menjangkakan Allah tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang menggugat kestabilan yang kita kecapi itu? Bahkan, ujian Allah tetap berlaku dan tiada siapa tahu dari daerah mana ujian itu datang. Yang pasti, ujian itu datang untuk menukar keamanan kepada perpecahan.
Dalam aman kita lena terbuai. Dalam kocakan kita sedar dan bersedia. Ertinya, ujian itu penuh hikmah. Allah menginginkan kita untuk tidak lena dan sentiasa berjaga – jaga. Siapa lena di dunia ini, dia tidak akan lena di akhirat nanti.
Semakin ujian itu sukar, semakin besarlah kesannya, baik ataupun buruk. Samada kita keluar daripadanya dengan seribu kebaikan atau jika sebaliknya, dengan seribu keburukan.
Pernahkah anda melihat atau mendengar mengenai perselisihan di antara dua kumpulan dalam agama yang mengelirukan sekali. Ditelan mati anak diluah mati ibu? Apatah di sebelah adalah Ali dan di sebelah lagi adalah Aisyah ( radiaLlahu anhuma ). Ia begitu sukar tetapi siapa dapat menjangka ujian Allah?
Yang penting anda mesti kena selamat. Duduk pada kedudukan yang selamat dan diredhaiNya.
Antaranya, 1) Anda mesti ikhlas 2) Anda mesti memohon pembabasan denganNya daripada keburukan fitnah itu 3) Anda mesti adil menilai 4) Anda mesti menjaga adab dengan Allah dan sesama makhluk 5) Anda mesti merujuk kepada sumber yang pertama 6) Anda mesti mendengar daripada semua dan mengambil yang terbaik 7 ) Anda mesti menapis daripada perkhabaran sang fasiq dan munafik 8 ) Anda mesti kepinginkan kesatuan, bukan perpecahan. 9 ) Anda jangan mengambil bahagian atau kacau daun tak tentu pasal 10) Anda jangan berkata dusta, mengejek dan menghuru harakan 11) Anda jangan nak jadi hero.
Diberitakan daripada sumber yang sahih bahawa al Ikhwanul Muslimin di Mesir juga ada kucah dan kacau hari ini. Antara sebabnya adalah dunia blog. Dunia blog hari ini adalah cukup tanpa adab seolah – olah ada lesen daripada ugama untuk tidak berakhlak dalam berblog!
Di mana – mana pun ujian mesti ada dan kena ada. Kerana Allah ada di mana – mana.
Saya melihat sesetengah ahli PAS cukup berani di dalam berblog. Malangnya, mereka hanya berani berbohong, memfitnah dan menyebar semua kata – kata manusia dan peristiwanya. Lebih malang, mereka tidak berani untuk berkata benar, apatah mengakuri pada yang benar.
Jika anda gian sangat nak menulis, menulislah yang kekal baik hingga ke lubang kubur. Yang memberkati anda dan kehidupan manusia.
Adapun isu EGM, saya yakin ianya akan selesai. Ia bukan balah orang jahil. Ia isu orang alim yang disayangi dan yang tidak ingin kecuali kebaikan untuk ummah. Justeru ia mungkin panas di awal, tetapi akan ada penyelesaian selepas ada persefahaman.
Yang payah nak selesai ialah balah orang jahil, payah nak faham apatah nak bersefahaman.
Yang saya takut ialah balah ini sengaja dipanjangkan selepas ianya disurutkan dan diredakan. Saya harap saya dan anda tidak terlibat walaupun saya tak mungkin boleh mengharapkan semua jangan terlibat.
Saya tinggalkan anda dengan sebuah ayat daripada Allah yang maha bijaksana. Hayatinya, ianya sungguh menenangkan.
“Tiadalah terjadi sebarang musibah di bumi dan tiada juga (terjadi) di dalam diri kamu sendiri kecuali ianya telah sedia termaktub di dalam kitab ( di sisi kami ) sebelum Kami lepaskannya. Sesungguhnya itu di sisi Allah adalah teramat mudah. Yang demikian adalah agar kamu tidak berduka cita di atas apa yang telah hilang daripadamu dan kamu tidak pula bersuka ria dengan apa yang kamu perolehi. Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan bermegah – megah.” al Hadid:22,23
Janganlah terlalu gundah dan janganlah terlalu bersuka ria.
Kepada yang memerlukan, boleh amik tanpa belas kasihan...
Handsome Bin Awang. Kg. Pulau Rusa, 20050 Kuala Terengganu. (Ada line sape ke hujung disini) YSF Enterprise Lot 1751 Jalan Kamaruddin Mape, 20400 Kuala Terengganu.
Tuan, 22 OKTOBER 2009
PERLETAKAN JAWATAN ( Ada underline bagi tajuk diatas) Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Saya Handsome Bin Awang bertugas sebagai Jurutera Perisian ingin memaklumkan kepada pihak tuan tentang perletakan jawatan saya bermula 1 November 2009. 3. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak YSF Enterprise kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya selama saya berkhidmat disini. 4. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak tuan dapat memberi sepenuh kerjasama dan ianya di dahului dengan ucapan terima kasih.
Pada 16/10/2009, AJK Pemuda Dun Wakaf Mempelam telah berziarah ke rumah saudara Ariffin Deraman untuk melihat bayi beliau yang baru dilahirkan awal Syawal yang lalu. Bayi yang diberi nama Ahmad Afnan (kalau tak silap) diharapkan akan dapat meneruskan kesinambungan perjuangan untuk menegakkan Islam bila sampai waktu dan ketikannya nanti, Insya-Allah.
Berikut gambar kebakaran rumah nenek kepada salah seorang AJK Pemuda Wakaf Mempelam, iaitu Saudara Shamsudin.
Kejadian berlaku pada 17/10/2009 lebih kurang pukul 9.30 pagi. Dimana saudara Shamsudin sedang bersiap-siap ke Ijtimak di Kg. Kubang Bujuk, Manir. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Sehubungan dengan itu, satu derma kilat telah dilancarkan serta-merta semasa Ijtimak sedang berlangsung di sana. Ucapan terima kasih daripada Saudara Shamsudin dan keluarga kepada semua yang sudi menghulurkan bantuan.
Bersyukur kita ke hadrat Alllah S.W.T kerana dengan taufiq dan inayahNya, sekali lagi kita dapat berhimpun dan mengadakan ijtima' tahunan bagi kali ke-10. Ijtima' pada kali ini, begitu istimewa dan mempunyai erti yang amat besar kerana diadakan bersempena dengan Sambutan Jubli Emas PAS Negeri Terengganu. Iklan
PAS yang ditubuhkan pada tahun 1956, telah berusia genap 50 tahun. Pemilihan Dungun sebagai tuan rumah kali ini juga bertepatan, bagi memperingati kelahiran PAS Terengganu di Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin Aman, Sura, Dungun.
Ini juga bermakna gerakan Islam yang kita dukungi sedang melalui era kedewasaan. Setelah bergerak melalui liku-liku perjuangan yang penuh dengan mehnah, fitnah serta ujian daripada Allah. Semua ujian tersebut meningkatkan martabat ahli-ahli dan penyokong PAS sebagai penolong-penolong kepada agama Allah. Dalam tempoh lima dekad tersebut, Allah SWT telah mengurniakan banyak kemenangan sehingga membolehkan kita mencipta kegemilangan.
Ia adalah hasil daripada semangat jihad dan pengorbanan pemimpin-pemimpin serta penyokong PAS yang terdahulu. Justeru, bersempena dengan Sambutan Jubli Emas ini, marilah kita merakamkan penghargaan yang berterusan kepada mereka serta sentiasa mendoakan agar sumbangan dan pengorbanan mereka diterima dan dilimpahi barakah oleh Allah SWT.
KOTA BHARU, 6 Okt: Kitab fiqah menyebut orang yang pernah terbabit dengan rasuah tidak layak untuk dilantik sebagai pemimpin.
Usahkan dipilih sebagai pemimpin menjadi wali bagi perkahwinan anaknya sendiri pun tidak layak.
Ini kerana kesalahan rasuah dikategorikan di bawah dosa-dosa besar.
Sedangkan syarat untuk melayakkan seseorang Islam menjadi saksi atau wali antaranya mesti berkelakuan adil, tidak bercakap bohong, tidak melakukan dosa besar dan tak mengekalkan dosa-dosa kecil. Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, orang yang terlibat dengan rasuah dikategorikan sebagai fasik (rosak iman).
"Usahkan mahu dilantik sebagai pemimpin, menjadi saksi kepada perkahwinan pun tidak boleh bagi orang macam itu," katanya di sini.
Calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Bagan Pinang, Tan Sri Isa Samad pernah disabitkan dengan kesalahan korupsi pada 24 Jun 2005 oleh Panel Lembaga Disiplin Umno.
Pengerusinya panel itu, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail menjatuhkan hukuman penggantungan keahlian Umno selama enam tahun terhadap Isa.
Sebelum itu pada perhimpunan agung Umno Isa menang jawatan Naib Presiden Umno. Bagaimanapun dia telah disabitkan bersalah atas lima pertuduhan rasuah (politik wang).
Pada pilihan raya kecil 11 Oktober ini Isa akan ditentang calon PAS, Mohamad Zulkefly Omar.
Ulama muda lulusan sarjana di Jordan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, banyak kitab fiqah menjelaskan orang yang terbabit dengan rasuah tidak layak untuk menjadi saksi bagi sesuatu perkahwinan.
"Kalau hendak menjadi wali bagi perkahwinan anaknya sendiri lagi tidak layak kerana tanggungjawab wali lebih besar," katanya.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika berceramah di Taman Guru dekat sini, malam Jumaat lalu menjelaskan orang yang pernah dijatuhkan hukuman kerana kesalahan rasuah tidak boleh menjadi saksi perkahwinan.
Katanya, kalau menjadi saksi pun tidak boleh macam mana pula hendak dilantik sebagai pemimpin.
Video profil ini berkisar pendedahan penduduk Broga terhadap projek Incinerator yang telah berjaya dibatalkan pembinaan kerana berada terlalu dekat dengan kawasan penduduk. Projek ini berjaya dibatalkan hasil bantuan Zulkefly Mohamad Omar (calon PAS bagan pinang).
Pada 3oktober 2009, sebahagian remaja dun wakaf mempelam telah menyertai program motivasi perdana remaja anjuran JPR kawasan kuala terengganu.Ceramah motivasi tersebut telah berlangsung di dewan as-syifa' dan telah disampaikan oleh YM Raja Ismail Bin Raja Shahadan(pak engku).Kami di sini mendoakan agar adik-adik yang akan menduduki peperiksaan diberi kemudahan dan kejayaan yang cemerlang...
"MINTA maaf ya, ustaz, saya ada pengakuan," kata saya. "Dalam kolum saya, teruk juga saya tibai ustaz tentang pendirian Pemuda PAS berkenaan konsert Michael Learns to Rock."
Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan at Tantawi, senyum selamba saja. "Saya tak ambil hati. Kalau macam tu, Datuk Zaid Ibrahim pun mengkritik kami juga." Rakan-rakan Nasrudin dari Pemuda PAS tersenyum dan mengangguk-angguk.
Dengan itu, dialog anjuran musicForum antara saya dan Nasrudin bermula. Ia melihat penglibatan kira-kira 30 orang muda-mudi Melayu Islam yang lain. Masanya lepas solat terawih, dan tarikhnya 2 Sept 2009. Tempatnya di Studio Poket, Pusat Bandar Puchong Utama. Tajuknya, Di mana muzik dalam politik Islam?.
Dengan ikhlas saya mengaku, saya berdebar-debar juga mahu berhadapan dengan Nasrudin. Akan tetapi, walaupun moderator dialog tersebut, Fathi Aris Omar, memperkenalkan saya sebagai seorang pemuzik dan anggota bersekutu Sisters in Islam (SIS), Nasrudin dan kawan-kawannya tidak terkejut. Malah, tidak seorang pun yang memperlekehkan atau mengutuk SIS seperti yang saya biasa lihat di pelbagai blog dan siaran akhbar.
Saya sebenarnya dijemput oleh pihak penganjur sebagai seorang pemenang Anugerah Industri Muzik, jadi bab keanggotaan SIS saya memang tidak masuk tajuk pun. Saya diminta membuka tirai dialog tersebut, jadi saya mengupas pendapat imam al-Ghazali. Menurut al-Ghazali, kesenian itu sebenarnya merupakan kurniaan daripada Allah yang Maha Berkuasa. Ia menghidupkan jiwa kita untuk kita lebih menghayati keindahan ciptaan Allah. Ini termasuklah bidang muzik dan tarian. Dan inilah yang mendorong saya untuk berkarya sebagai seorang artis beragama Islam.
Saya juga mengupas dua hadis sahih daripada saidatina Aishah, di mana Rasulullah sendiri telah membenarkan Aishah untuk berhibur dan menonton persembahan tarian dan nyanyian. Malah, apabila saidina Abu Bakar menegur penghibur-penghibur tersebut sebagai "serunai syaitan", Rasulullah sendiri berkata, "Biarkan mereka — bukankah ini hari perayaan?"
Malah, belum terdapat ijma yang benar-benar kukuh tentang hukum muzik dalam Islam. Ada ulama yang berkata hanya nyanyian suara saja yang dibenarkan, ada yang berkata hanya instrumen tidak bertali yang dibenarkan, tetapi ada juga yang berkata kesemuanya dibenarkan bergantung kepada niat dan mesej yang terkandung dalam karya muzik tersebut.
Pendirian PAS
Kemudian, pihak Nasrudin dan pemuda PAS yang lain pula memberikan hujah mereka. PAS tidak anti-kesenian. PAS bukan anti-muzik, malah bukan anti-konsert. PAS hanya menentang bentuk-bentuk hiburan yang melalaikan, yang menyesatkan, dan yang menggalakkan pergaulan bebas yang boleh membawa kepada pelbagai jenis kemudaratan yang lain.
"Saya faham pendirian PAS sebagai sebuah parti Islam," saya membalas. "Tetapi kenapa PAS tidak terangkan saja kepada masyarakat umum pendirian seperti ini? Bukankah itu dakwah PAS? Kenapa respons pertama daripada PAS selalunya menjurus kepada mengharamkan sesuatu yang PAS tidak suka?"
Dari kiri ke kanan: Penulis artikel Shanon Shah, moderator Fathi Aris Omar , dan ketua Pemuda PAS Nasrudin (Gambar oleh Chris Chong Chan Fui)
Panjang lebar juga jawapan yang diberikan oleh pihak pemuda PAS, tetapi akhirnya naib ketua Pemuda PAS, Ahmad Sabki Yusof, tersenyum dan berkata, "Kami pun sentiasa mengalami evolusi dalaman. Kami pun sedang berusaha."
Banyak juga soalan kritikal yang ditujukan kepada PAS oleh mereka yang hadir. Contohnya, insan atau institusi mana yang berkuasa untuk menentukan apa itu "bermoral" dan apa itu "tidak bermoral"? Bukankah pihak berkuasa Islam juga pernah menggunakan alasan "moral" untuk mematahkan sentimen yang mengkritik kerajaan? Apakah PAS tidak mampu bertolak-ansur?
Di sini saya sendiri telah memetik pengalaman Yusuf Islam, yang pernah membuat persembahan dalam konsert HIV/AIDS di Afrika Selatan. Para penghibur lain di konsert tersebut banyak juga mempromosi pendekatan "sekular" untuk menangani HIV/AIDS, tetapi Yusuf Islam tetap berkongsi pentas dengan mereka.
Tetapi sekali lagi saya ingin tekankan keindahan dan keikhlasan dalam dialog antara saya dan Nasrudin. Sepertimana difirmankan Allah dalam Surah An-Nahl, ayat 125: "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik." Nasrudin dan saya memang berbahas dengan baik dan manis.
Erti dialog
Tetapi "berdialog" bukannya bererti "tumbang dan setuju seratus-peratus dengan pihak lain". Apabila mengakhiri sumbangan saya terhadap dialog tersebut, saya menekankan lagi sekali bahawa saya tidak bersetuju dengan pendirian PAS. Saya bersetuju dengan hak PAS untuk bersuara dan berdakwah, dan juga menghormati hujah-hujah yang dikemukakan.
Saya berikan analogi ini kepada pihak Pemuda PAS. Sekarang ini pihak Pakatan Rakyat (PR) dan aktivis hak asasi banyak mengecam akta-akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang digunakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Tapi mungkin satu hari kelak, PAS akan mendapat mandat untuk memerintah negara ini dan akan meluluskan undang-undang hudud. Apakah PAS akan membenarkan bantahan terhadap undang-undang hudud oleh pihak pembangkang, artis, wartawan dan aktivis? Apakah PAS akan akur jika sebilangan besar rakyat tidak mahukan undang-undang hudud?
Menurut Nasrudin, sudah tentu PAS akan mendengar suara rakyat. Katanya lagi, "Kami berpegang kepada prinsip yang didukung oleh khulafa ar-rashidun. Kalau kami betul, sokonglah kami. Kalau kami salah, perbetulkanlah kami."
Bagi saya, jawapan ini masih perlu dilihat dalam konteks sosio-politik tanahair secara keseluruhan. Sejak 8 Mac 2008, kredibiliti BN semakin merosot, dan pada masa yang sama saham PR semakin naik. Malah, rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam pun sudah sanggup mengundi PAS demi menjatuhkan kerajaan BN. Dan tidak dapat dinafikan, kerajaan BN juga menggunakan pelbagai taktik kotor dan ganas untuk kekal berkuasa — lihatlah saja rampasan kuasa di Perak, penggunaan meriam air dan gas pemedih mata terhadap demonstrasi anti-ISA, dan sebagainya.
Dalam situasi kini, PAS dan rakan-rakan PRnya sudah nyaris-nyaris menawan puncak kuasa. Dan dalam keadaan seperti ini, memang mudah untuk mana-mana pemimpin politik dari kalangan mereka membuat pelbagai janji manis. Akan tetapi, kita juga perlu menumpukan perhatian kepada pendirian lain yang dibawa oleh parti komponen PR.
Dalam kes PAS, kita perlu mengkaji pelbagai kenyataan para pemimpinnya tentang isu hukuman sebat, pelaksanaan undang-undang hudud, isu pertukaran agama kanak-kanak, pihak yang tidak bersetuju dengan tafsiran Islam PAS, dan juga mazhab minoriti seperti golongan Ahmadiyah. Apakah pendirian PAS dalam isu-isu ini konsisten dengan sistem demokrasi dan masyarakat madani yang ideal?
Menyuarakan pendirian masing-masing (Gambar oleh Chris Chong Chan Fui)
Kesanggupan kita untuk berdialog bukannya bererti kita berhenti bersifat kritikal antara satu sama lain. Selagi kita bersikap kritikal, selagi itulah masyarakat kita akan menikmati satu sistem semak dan imbang yang kukuh dan berprinsip. Dan selagi itulah kita akan dapat mencari jalan penyelesaian yang benar-benar menghormati perasaan dan pendirian semua pihak yang terlibat.
Oleh itu, amatlah penting jika PAS terus menyuarakan pendiriannya tentang pelbagai isu, dan berikhtiar untuk menyebarkan ideologinya di kalangan umum. Sumbangan PAS terhadap perkembangan demokrasi tanahair kita sangatlah besar. Akan tetapi, kita yang lain pun perlu menyuarakan pendirian kita dan menyumbang kepada perbincangan umum tentang pelbagai isu kemasyarakatan. Kesimpulannya, kita masing-masing mengidamkan keamanan dan kebahagiaan dalam hidup ini. Pada penghujung dialog saya dengan Nasrudin, kami saling berpeluk dan bersalaman. Saya dapat merasakan keikhlasannya dan saya pasti dia juga dapat merasakan keikhlasan saya. Hakikatnya kami tidak bersetuju dalam beberapa hal, tetapi hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya .-The Nut Graph
***Shanon Shah penulis artikel ini, amat berbesar hati kerana dapat berbual, bergurau dan makan sekali dengan kepimpinan Dewan Pemuda PAS.
SPR hari ini telah menetapkan tarikh ngundi pada 11 Oktober 2009 hari penamaan Calon ialah pada 30 Oktober 2009 Kepada yang mengundi, selamat mengundi....balik jangan dok balik
Pagi tadi,saya bersama rakan berada di bandar kuala terengganu...keadaan bandar yg biasa sibuk dgn kenderaan yg banyak...dlm kesibukan tu saya smpat mengambil gambar gelagak pakcik yg berbaju biru n bertopi ni...tugas beliau senang je...kawal laluan masuk ke car park. yang menarik nye...sepanjang saya berada di situ...saya perhatikan hampir setiap kereta yg keluar,mereka akan memberi wang kpd pakcik itu...mungkin sebagai sumbangan kerana menjaga lalulintas...hampir 20minit saya berada disitu,saya perhatikan tidak kurang dari RM20 sudah diterima oleh beliau...bayangkan kalau 1 hari...saya anggarkan hampir RM300-RM400 sehari diperolehi oleh beliau...SAPA SANGKA keje seperti itu tak boleh jadi kaya....renung-renungkan dan selamat beramal....
garaj keje yg runtuh ....pemuda wakaf mempelam membaiki...fakro,man n bob antara pemuda yg bersama-membantu haji aris menaikkan semula garaj kete yg runtuh akibat angin ...
Salam, sedar tak sedar, kita sudah hampir ke 10 malam terakhir ramadhan dah, entah samada kita masih lagi berkesempatan untuk bertemu lagi dengan Ramadhan tahun hadapan? Tepuk dada tanya Iman... Editor buletin wakaf mempelam mengajak semua pembaca dan juga pengunjung blog ini untuk sama-sama kita meningkatkan amal ibadah untuk kita semua berada didalam kerahmatanNya.insyaAllah.Justeru itu, marilah kita mengambil pengiktibaran dan bermuhasabah berdasarkan pesanan Imam Syafie ini.
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat makan hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI. Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA: HAK KEPADA KUBUR Iaitu: Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA: HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN: HAK KEPADA NABI SAW Iaitu: Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH: HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu: Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
barisan pertama: di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki. keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah swt :"mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka.mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka"
barisan ke-2: di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah "mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya,mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati,mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk." rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya,maka setiap kali dia rukuk atau sujud,berjatuhanlah dosa2 itu
barisan ke-3: di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking "mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka
barisan ke-4: diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut "mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli.berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.
barisan ke-5: diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar "mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka,takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah.inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka
barisan ke-6 : diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.
barisan ke-7: diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran
barisan ke-8:diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas mereka adalah orang yg melakukan zina.tempat mereka juga adalah di neraka. sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka"
barisan ke-9:diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru,sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya
barisan ke-10: diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.
barisan ke-11: diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan. mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.
barisan ke-12: diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama mereka melalui titian siratulmustakim seperti kilat.datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.mereka juga menjauhi perbuatan derhaka,memelihara solat lima waktu, & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga,beroleh keampunan,kasih sayang & keredhaan Allah swt."