Pages

Tuesday, October 27, 2009

ISU EGM....NASIHAT YANG BERGUNA KEPADA SEMUA AHLI DARI USTAZ NIK ABDUH

Salam Kamunting,

Lebih 25 tahun kita dalam PAS hidup aman, selesa dan sentosa selepas hadirnya kepimpinan ulama. Sewajibnya kita mensyukurinya. Keselesaan kita itu telah banyak membantu kita untuk membantu masyarakat mengenali kita secara lebih dekat.

Adakah anda menjangkakan Allah tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang menggugat kestabilan yang kita kecapi itu? Bahkan, ujian Allah tetap berlaku dan tiada siapa tahu dari daerah mana ujian itu datang. Yang pasti, ujian itu datang untuk menukar keamanan kepada perpecahan.

Dalam aman kita lena terbuai. Dalam kocakan kita sedar dan bersedia. Ertinya, ujian itu penuh hikmah. Allah menginginkan kita untuk tidak lena dan sentiasa berjaga – jaga. Siapa lena di dunia ini, dia tidak akan lena di akhirat nanti.

Semakin ujian itu sukar, semakin besarlah kesannya, baik ataupun buruk. Samada kita keluar daripadanya dengan seribu kebaikan atau jika sebaliknya, dengan seribu keburukan.

Pernahkah anda melihat atau mendengar mengenai perselisihan di antara dua kumpulan dalam agama yang mengelirukan sekali. Ditelan mati anak diluah mati ibu? Apatah di sebelah adalah Ali dan di sebelah lagi adalah Aisyah ( radiaLlahu anhuma ). Ia begitu sukar tetapi siapa dapat menjangka ujian Allah?

Yang penting anda mesti kena selamat. Duduk pada kedudukan yang selamat dan diredhaiNya.

Antaranya, 1) Anda mesti ikhlas 2) Anda mesti memohon pembabasan denganNya daripada keburukan fitnah itu 3) Anda mesti adil menilai 4) Anda mesti menjaga adab dengan Allah dan sesama makhluk 5) Anda mesti merujuk kepada sumber yang pertama 6) Anda mesti mendengar daripada semua dan mengambil yang terbaik 7 ) Anda mesti menapis daripada perkhabaran sang fasiq dan munafik 8 ) Anda mesti kepinginkan kesatuan, bukan perpecahan. 9 ) Anda jangan mengambil bahagian atau kacau daun tak tentu pasal 10) Anda jangan berkata dusta, mengejek dan menghuru harakan 11) Anda jangan nak jadi hero.

Diberitakan daripada sumber yang sahih bahawa al Ikhwanul Muslimin di Mesir juga ada kucah dan kacau hari ini. Antara sebabnya adalah dunia blog. Dunia blog hari ini adalah cukup tanpa adab seolah – olah ada lesen daripada ugama untuk tidak berakhlak dalam berblog!

Di mana – mana pun ujian mesti ada dan kena ada. Kerana Allah ada di mana – mana.

Saya melihat sesetengah ahli PAS cukup berani di dalam berblog. Malangnya, mereka hanya berani berbohong, memfitnah dan menyebar semua kata – kata manusia dan peristiwanya. Lebih malang, mereka tidak berani untuk berkata benar, apatah mengakuri pada yang benar.

Jika anda gian sangat nak menulis, menulislah yang kekal baik hingga ke lubang kubur. Yang memberkati anda dan kehidupan manusia.

Adapun isu EGM, saya yakin ianya akan selesai. Ia bukan balah orang jahil. Ia isu orang alim yang disayangi dan yang tidak ingin kecuali kebaikan untuk ummah. Justeru ia mungkin panas di awal, tetapi akan ada penyelesaian selepas ada persefahaman.

Yang payah nak selesai ialah balah orang jahil, payah nak faham apatah nak bersefahaman.

Yang saya takut ialah balah ini sengaja dipanjangkan selepas ianya disurutkan dan diredakan. Saya harap saya dan anda tidak terlibat walaupun saya tak mungkin boleh mengharapkan semua jangan terlibat.

Saya tinggalkan anda dengan sebuah ayat daripada Allah yang maha bijaksana. Hayatinya, ianya sungguh menenangkan.

“Tiadalah terjadi sebarang musibah di bumi dan tiada juga (terjadi) di dalam diri kamu sendiri kecuali ianya telah sedia termaktub di dalam kitab ( di sisi kami ) sebelum Kami lepaskannya. Sesungguhnya itu di sisi Allah adalah teramat mudah. Yang demikian adalah agar kamu tidak berduka cita di atas apa yang telah hilang daripadamu dan kamu tidak pula bersuka ria dengan apa yang kamu perolehi. Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan bermegah – megah.” al Hadid:22,23

Janganlah terlalu gundah dan janganlah terlalu bersuka ria.

EHSAN DARI:http://nikabduh.wordpress.com/

Wednesday, October 21, 2009

Sample surat resign

Kepada yang memerlukan, boleh amik tanpa belas kasihan...


Handsome Bin Awang.
Kg. Pulau Rusa,
20050 Kuala Terengganu.
(Ada line sape ke hujung disini)
YSF Enterprise
Lot 1751 Jalan Kamaruddin Mape,
20400 Kuala Terengganu.

Tuan, 22 OKTOBER 2009

PERLETAKAN JAWATAN
( Ada underline bagi tajuk diatas)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya Handsome Bin Awang bertugas sebagai Jurutera Perisian ingin memaklumkan kepada pihak tuan tentang perletakan jawatan saya bermula 1 November 2009.
3. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak YSF Enterprise kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya selama saya berkhidmat disini.
4. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak tuan dapat memberi sepenuh kerjasama dan ianya di dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(Tandatangan Handsome disini)
………………………………………………………
( HANDSOME BIN AWANG )
Jurutera Perisian
YSF Enterprise

Monday, October 19, 2009



Aku jumpa kat tenet tadi, cam lawak jer...
mungkin gambar lama.

Saturday, October 17, 2009

Pejuang baru



Pada 16/10/2009, AJK Pemuda Dun Wakaf Mempelam telah berziarah ke rumah saudara Ariffin Deraman untuk melihat bayi beliau yang baru dilahirkan awal Syawal yang lalu. Bayi yang diberi nama Ahmad Afnan (kalau tak silap) diharapkan akan dapat meneruskan kesinambungan perjuangan untuk menegakkan Islam bila sampai waktu dan ketikannya nanti, Insya-Allah.

Gambar pejuang baru.

Kebakaran






Berikut gambar kebakaran rumah nenek kepada salah seorang AJK Pemuda Wakaf Mempelam, iaitu Saudara Shamsudin.

Kejadian berlaku pada 17/10/2009 lebih kurang pukul 9.30 pagi. Dimana saudara Shamsudin sedang bersiap-siap ke Ijtimak di Kg. Kubang Bujuk, Manir. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sehubungan dengan itu, satu derma kilat telah dilancarkan serta-merta semasa Ijtimak sedang berlangsung di sana. Ucapan terima kasih daripada Saudara Shamsudin dan keluarga kepada semua yang sudi menghulurkan bantuan.

Monday, October 12, 2009

Ucaptama Presiden sempena Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu ke-10

Bersyukur kita ke hadrat Alllah S.W.T kerana dengan taufiq dan inayahNya, sekali lagi kita dapat berhimpun dan mengadakan ijtima' tahunan bagi kali ke-10. Ijtima' pada kali ini, begitu istimewa dan mempunyai erti yang amat besar kerana diadakan bersempena dengan Sambutan Jubli Emas PAS Negeri Terengganu.
Iklan



PAS yang ditubuhkan pada tahun 1956, telah berusia genap 50 tahun. Pemilihan Dungun sebagai tuan rumah kali ini juga bertepatan, bagi memperingati kelahiran PAS Terengganu di Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin Aman, Sura, Dungun.

Ini juga bermakna gerakan Islam yang kita dukungi sedang melalui era kedewasaan. Setelah bergerak melalui liku-liku perjuangan yang penuh dengan mehnah, fitnah serta ujian daripada Allah. Semua ujian tersebut meningkatkan martabat ahli-ahli dan penyokong PAS sebagai penolong-penolong kepada agama Allah. Dalam tempoh lima dekad tersebut, Allah SWT telah mengurniakan banyak kemenangan sehingga membolehkan kita mencipta kegemilangan.

Ia adalah hasil daripada semangat jihad dan pengorbanan pemimpin-pemimpin serta penyokong PAS yang terdahulu. Justeru, bersempena dengan Sambutan Jubli Emas ini, marilah kita merakamkan penghargaan yang berterusan kepada mereka serta sentiasa mendoakan agar sumbangan dan pengorbanan mereka diterima dan dilimpahi barakah oleh Allah SWT.

Ucapan penuh Harakahdaily

Wednesday, October 7, 2009

Berdosa pilih perasuah jadi pemimpin - ulama

KOTA BHARU, 6 Okt: Kitab fiqah menyebut orang yang pernah terbabit dengan rasuah tidak layak untuk dilantik sebagai pemimpin.

Usahkan dipilih sebagai pemimpin menjadi wali bagi perkahwinan anaknya sendiri pun tidak layak.

Ini kerana kesalahan rasuah dikategorikan di bawah dosa-dosa besar.

Sedangkan syarat untuk melayakkan seseorang Islam menjadi saksi atau wali antaranya mesti berkelakuan adil, tidak bercakap bohong, tidak melakukan dosa besar dan tak mengekalkan dosa-dosa kecil.

Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, orang yang terlibat dengan rasuah dikategorikan sebagai fasik (rosak iman).

"Usahkan mahu dilantik sebagai pemimpin, menjadi saksi kepada perkahwinan pun tidak boleh bagi orang macam itu," katanya di sini.

Calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Bagan Pinang, Tan Sri Isa Samad pernah disabitkan dengan kesalahan korupsi pada 24 Jun 2005 oleh Panel Lembaga Disiplin Umno.

Pengerusinya panel itu, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail menjatuhkan hukuman penggantungan keahlian Umno selama enam tahun terhadap Isa.

Sebelum itu pada perhimpunan agung Umno Isa menang jawatan Naib Presiden Umno. Bagaimanapun dia telah disabitkan bersalah atas lima pertuduhan rasuah (politik wang).

Pada pilihan raya kecil 11 Oktober ini Isa akan ditentang calon PAS, Mohamad Zulkefly Omar.

Ulama muda lulusan sarjana di Jordan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, banyak kitab fiqah menjelaskan orang yang terbabit dengan rasuah tidak layak untuk menjadi saksi bagi sesuatu perkahwinan.

"Kalau hendak menjadi wali bagi perkahwinan anaknya sendiri lagi tidak layak kerana tanggungjawab wali lebih besar," katanya.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika berceramah di Taman Guru dekat sini, malam Jumaat lalu menjelaskan orang yang pernah dijatuhkan hukuman kerana kesalahan rasuah tidak boleh menjadi saksi perkahwinan.

Katanya, kalau menjadi saksi pun tidak boleh macam mana pula hendak dilantik sebagai pemimpin.

credit to:
HarakahDaily.Net/-

idhamlim

Tuesday, October 6, 2009

undi untuk Zulkefly Mohamad Omar ( video mesti tengok )





Video profil ini berkisar pendedahan penduduk Broga terhadap projek Incinerator yang telah berjaya dibatalkan pembinaan kerana berada terlalu dekat dengan kawasan penduduk.
Projek ini berjaya dibatalkan hasil bantuan Zulkefly Mohamad Omar (calon PAS bagan pinang).



Sebar-sebarkan...

Saturday, October 3, 2009

MOTIVASI PERDANA REMAJA





Pada 3oktober 2009, sebahagian remaja dun wakaf mempelam telah menyertai program motivasi perdana remaja anjuran JPR kawasan kuala terengganu.Ceramah motivasi tersebut telah berlangsung di dewan as-syifa' dan telah disampaikan oleh YM Raja Ismail Bin Raja Shahadan(pak engku).Kami di sini mendoakan agar adik-adik yang akan menduduki peperiksaan diberi kemudahan dan kejayaan yang cemerlang...