Pages

Wednesday, September 16, 2009

PELIK TAPI BENAR!!! DON'T TRY THIS AT HOME....



AGAK-AGAK LAH DIAORG NI NK BERBUKA POSE PN...NI KATEGORI MAKAN UTK MATI...




NI NAME NYE KOLAM NASI ARAB...HUHUH






MEMBAZIR TU...KT KELILING MEREKA RAMAI LAGI YG LAPAR TAK LEH MAKAN...
RENUNG-RENUNGKAN DAN JGN BERAMAL...

Monday, September 14, 2009

BERDIALOG TENTANG MUZIK BERSAMA PEMUDA PAS

(Gambar oleh musicForum)


"MINTA maaf ya, ustaz, saya ada pengakuan," kata saya. "Dalam kolum saya, teruk juga saya tibai ustaz tentang pendirian Pemuda PAS berkenaan konsert Michael Learns to Rock."

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan at Tantawi, senyum selamba saja. "Saya tak ambil hati. Kalau macam tu, Datuk Zaid Ibrahim pun mengkritik kami juga." Rakan-rakan Nasrudin dari Pemuda PAS tersenyum dan mengangguk-angguk.

Dengan itu, dialog anjuran musicForum antara saya dan Nasrudin bermula. Ia melihat penglibatan kira-kira 30 orang muda-mudi Melayu Islam yang lain. Masanya lepas solat terawih, dan tarikhnya 2 Sept 2009. Tempatnya di Studio Poket, Pusat Bandar Puchong Utama. Tajuknya, Di mana muzik dalam politik Islam?.

Dengan ikhlas saya mengaku, saya berdebar-debar juga mahu berhadapan dengan Nasrudin. Akan tetapi, walaupun moderator dialog tersebut, Fathi Aris Omar, memperkenalkan saya sebagai seorang pemuzik dan anggota bersekutu Sisters in Islam (SIS), Nasrudin dan kawan-kawannya tidak terkejut. Malah, tidak seorang pun yang memperlekehkan atau mengutuk SIS seperti yang saya biasa lihat di pelbagai blog dan siaran akhbar.

Saya sebenarnya dijemput oleh pihak penganjur sebagai seorang pemenang Anugerah Industri Muzik, jadi bab keanggotaan SIS saya memang tidak masuk tajuk pun. Saya diminta membuka tirai dialog tersebut, jadi saya mengupas pendapat imam al-Ghazali. Menurut al-Ghazali, kesenian itu sebenarnya merupakan kurniaan daripada Allah yang Maha Berkuasa. Ia menghidupkan jiwa kita untuk kita lebih menghayati keindahan ciptaan Allah. Ini termasuklah bidang muzik dan tarian. Dan inilah yang mendorong saya untuk berkarya sebagai seorang artis beragama Islam.

Saya juga mengupas dua hadis sahih daripada saidatina Aishah, di mana Rasulullah sendiri telah membenarkan Aishah untuk berhibur dan menonton persembahan tarian dan nyanyian. Malah, apabila saidina Abu Bakar menegur penghibur-penghibur tersebut sebagai "serunai syaitan", Rasulullah sendiri berkata, "Biarkan mereka — bukankah ini hari perayaan?"

Malah, belum terdapat ijma yang benar-benar kukuh tentang hukum muzik dalam Islam. Ada ulama yang berkata hanya nyanyian suara saja yang dibenarkan, ada yang berkata hanya instrumen tidak bertali yang dibenarkan, tetapi ada juga yang berkata kesemuanya dibenarkan bergantung kepada niat dan mesej yang terkandung dalam karya muzik tersebut.

Pendirian PAS

Kemudian, pihak Nasrudin dan pemuda PAS yang lain pula memberikan hujah mereka. PAS tidak anti-kesenian. PAS bukan anti-muzik, malah bukan anti-konsert. PAS hanya menentang bentuk-bentuk hiburan yang melalaikan, yang menyesatkan, dan yang menggalakkan pergaulan bebas yang boleh membawa kepada pelbagai jenis kemudaratan yang lain.

"Saya faham pendirian PAS sebagai sebuah parti Islam," saya membalas. "Tetapi kenapa PAS tidak terangkan saja kepada masyarakat umum pendirian seperti ini? Bukankah itu dakwah PAS? Kenapa respons pertama daripada PAS selalunya menjurus kepada mengharamkan sesuatu yang PAS tidak suka?"



Dari kiri ke kanan: Penulis artikel Shanon Shah, moderator Fathi Aris Omar , dan ketua Pemuda PAS Nasrudin
(Gambar oleh Chris Chong Chan Fui)

Panjang lebar juga jawapan yang diberikan oleh pihak pemuda PAS, tetapi akhirnya naib ketua Pemuda PAS, Ahmad Sabki Yusof, tersenyum dan berkata, "Kami pun sentiasa mengalami evolusi dalaman. Kami pun sedang berusaha."

Banyak juga soalan kritikal yang ditujukan kepada PAS oleh mereka yang hadir. Contohnya, insan atau institusi mana yang berkuasa untuk menentukan apa itu "bermoral" dan apa itu "tidak bermoral"? Bukankah pihak berkuasa Islam juga pernah menggunakan alasan "moral" untuk mematahkan sentimen yang mengkritik kerajaan? Apakah PAS tidak mampu bertolak-ansur?

Di sini saya sendiri telah memetik pengalaman Yusuf Islam, yang pernah membuat persembahan dalam konsert HIV/AIDS di Afrika Selatan. Para penghibur lain di konsert tersebut banyak juga mempromosi pendekatan "sekular" untuk menangani HIV/AIDS, tetapi Yusuf Islam tetap berkongsi pentas dengan mereka.

Tetapi sekali lagi saya ingin tekankan keindahan dan keikhlasan dalam dialog antara saya dan Nasrudin. Sepertimana difirmankan Allah dalam Surah An-Nahl, ayat 125: "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik." Nasrudin dan saya memang berbahas dengan baik dan manis.

Erti dialog

Tetapi "berdialog" bukannya bererti "tumbang dan setuju seratus-peratus dengan pihak lain". Apabila mengakhiri sumbangan saya terhadap dialog tersebut, saya menekankan lagi sekali bahawa saya tidak bersetuju dengan pendirian PAS. Saya bersetuju dengan hak PAS untuk bersuara dan berdakwah, dan juga menghormati hujah-hujah yang dikemukakan.

Saya berikan analogi ini kepada pihak Pemuda PAS. Sekarang ini pihak Pakatan Rakyat (PR) dan aktivis hak asasi banyak mengecam akta-akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang digunakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Tapi mungkin satu hari kelak, PAS akan mendapat mandat untuk memerintah negara ini dan akan meluluskan undang-undang hudud. Apakah PAS akan membenarkan bantahan terhadap undang-undang hudud oleh pihak pembangkang, artis, wartawan dan aktivis? Apakah PAS akan akur jika sebilangan besar rakyat tidak mahukan undang-undang hudud?

Menurut Nasrudin, sudah tentu PAS akan mendengar suara rakyat. Katanya lagi, "Kami berpegang kepada prinsip yang didukung oleh khulafa ar-rashidun. Kalau kami betul, sokonglah kami. Kalau kami salah, perbetulkanlah kami."

Bagi saya, jawapan ini masih perlu dilihat dalam konteks sosio-politik tanahair secara keseluruhan. Sejak 8 Mac 2008, kredibiliti BN semakin merosot, dan pada masa yang sama saham PR semakin naik. Malah, rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam pun sudah sanggup mengundi PAS demi menjatuhkan kerajaan BN. Dan tidak dapat dinafikan, kerajaan BN juga menggunakan pelbagai taktik kotor dan ganas untuk kekal berkuasa — lihatlah saja rampasan kuasa di Perak, penggunaan meriam air dan gas pemedih mata terhadap demonstrasi anti-ISA, dan sebagainya.

Dalam situasi kini, PAS dan rakan-rakan PRnya sudah nyaris-nyaris menawan puncak kuasa. Dan dalam keadaan seperti ini, memang mudah untuk mana-mana pemimpin politik dari kalangan mereka membuat pelbagai janji manis. Akan tetapi, kita juga perlu menumpukan perhatian kepada pendirian lain yang dibawa oleh parti komponen PR.

Dalam kes PAS, kita perlu mengkaji pelbagai kenyataan para pemimpinnya tentang isu hukuman sebat, pelaksanaan undang-undang hudud, isu pertukaran agama kanak-kanak, pihak yang tidak bersetuju dengan tafsiran Islam PAS, dan juga mazhab minoriti seperti golongan Ahmadiyah. Apakah pendirian PAS dalam isu-isu ini konsisten dengan sistem demokrasi dan masyarakat madani yang ideal?


Menyuarakan pendirian masing-masing (Gambar oleh Chris Chong Chan Fui)

Kesanggupan kita untuk berdialog bukannya bererti kita berhenti bersifat kritikal antara satu sama lain. Selagi kita bersikap kritikal, selagi itulah masyarakat kita akan menikmati satu sistem semak dan imbang yang kukuh dan berprinsip. Dan selagi itulah kita akan dapat mencari jalan penyelesaian yang benar-benar menghormati perasaan dan pendirian semua pihak yang terlibat.

Oleh itu, amatlah penting jika PAS terus menyuarakan pendiriannya tentang pelbagai isu, dan berikhtiar untuk menyebarkan ideologinya di kalangan umum. Sumbangan PAS terhadap perkembangan demokrasi tanahair kita sangatlah besar. Akan tetapi, kita yang lain pun perlu menyuarakan pendirian kita dan menyumbang kepada perbincangan umum tentang pelbagai isu kemasyarakatan.
Kesimpulannya, kita masing-masing mengidamkan keamanan dan kebahagiaan dalam hidup ini. Pada penghujung dialog saya dengan Nasrudin, kami saling berpeluk dan bersalaman. Saya dapat merasakan keikhlasannya dan saya pasti dia juga dapat merasakan keikhlasan saya. Hakikatnya kami tidak bersetuju dalam beberapa hal, tetapi hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya .-The Nut Graph

***Shanon Shah penulis artikel ini, amat berbesar hati kerana dapat berbual, bergurau dan makan sekali dengan kepimpinan Dewan Pemuda PAS.

Ngundi lagi

SPR hari ini telah menetapkan tarikh ngundi pada 11 Oktober 2009
hari penamaan Calon ialah pada 30 Oktober 2009
Kepada yang mengundi, selamat mengundi....balik jangan dok balik

SAPA SANGKA.....




Pagi tadi,saya bersama rakan berada di bandar kuala terengganu...keadaan bandar yg biasa sibuk dgn kenderaan yg banyak...dlm kesibukan tu saya smpat mengambil gambar gelagak pakcik yg berbaju biru n bertopi ni...tugas beliau senang je...kawal laluan masuk ke car park. yang menarik nye...sepanjang saya berada di situ...saya perhatikan hampir setiap kereta yg keluar,mereka akan memberi wang kpd pakcik itu...mungkin sebagai sumbangan kerana menjaga lalulintas...hampir 20minit saya berada disitu,saya perhatikan tidak kurang dari RM20 sudah diterima oleh beliau...bayangkan kalau 1 hari...saya anggarkan hampir RM300-RM400 sehari diperolehi oleh beliau...SAPA SANGKA keje seperti itu tak boleh jadi kaya....renung-renungkan dan selamat beramal....

BERAS UNTUK FAKIR MISKIN





DIHARAP SUMBANGAN YANG SEDIKIT INI DAPAT MEMBERI MAKNA YANG BESAR KEPADA MEREKA...ikhlas dari PPD Wakaf Mempelam

Thursday, September 10, 2009

BERHATI - HATI DI JALAN RAYA ...INGAT LAH ORG YG TERSAYANG...





INGATAN IKHLAS DARI PEMUDA WAKAF MEMPELAM SEMPENA HARI RAYA IDILFITRI...

pemuda membaiki garaj kete...



garaj keje yg runtuh ....pemuda wakaf mempelam membaiki...fakro,man n bob antara pemuda yg bersama-membantu haji aris menaikkan semula garaj kete yg runtuh akibat angin ...



masih dlm pembinaan...

Monday, September 7, 2009

Tazkirah Ramadhan

Salam, sedar tak sedar, kita sudah hampir ke 10 malam terakhir ramadhan dah, entah samada kita masih lagi berkesempatan untuk bertemu lagi dengan Ramadhan tahun hadapan? Tepuk dada tanya Iman...
Editor buletin wakaf mempelam mengajak semua pembaca dan juga pengunjung blog ini untuk sama-sama kita meningkatkan amal ibadah untuk kita semua berada didalam kerahmatanNya.insyaAllah.Justeru itu, marilah kita mengambil pengiktibaran dan bermuhasabah berdasarkan pesanan Imam Syafie ini.

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat makan hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA: HAK KEPADA KUBUR
Iaitu: Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA: HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN: HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu: Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu: Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

12 BARISAN MANUSIA.. MENUJU KE AKHIRAT

barisan pertama: di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan &
berkaki.
keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah swt :"mereka orang2 yg
menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka.mereka yg sombong & tidak
berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia
maupun di akhirat".firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg
sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari
(memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat
kembali mereka adalah neraka"


barisan ke-2: di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan
datang seruan Allah "mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu
hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5waktu akan dihindari dari
siksa kubur sebaliknya,mereka yg mengabaikan maka waktu dia
mati,mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang
rusuk."
rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri
untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2
bahunya,maka setiap kali dia rukuk atau sujud,berjatuhanlah dosa2 itu


barisan ke-3: di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular
serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun
pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. inilah
balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka


barisan ke-4: diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari
mulut
"mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual
beli.berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh
datang dari sumber yg halal.


barisan ke-5: diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti
bangkai
ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu
ketenteraman padang mahsyar "mereka ini adalah orang yang menyembunyikan
perlakuan derhaka,takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut
kepada Allah.inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka


barisan ke-6 : diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari
badan
mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.


barisan ke-7: diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah &
nanah dari mulut mereka
mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran


barisan ke-8:diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah &
kaki ke atas
mereka adalah orang yg melakukan zina.tempat mereka juga adalah di
neraka. sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki &
wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka"


barisan ke-9:diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata
biru,sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh
mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak
sepatutnya


barisan ke-10: diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak &
dipenuhi kusta
mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.


barisan ke-11: diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti
tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga
ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.


barisan ke-12: diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan
purnama
mereka melalui titian siratulmustakim seperti kilat.datang suara dari
sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg
beramal salih & melakukan kebaikan.mereka juga menjauhi perbuatan
derhaka,memelihara solat lima waktu, & meninggalkan dunia dalam keadaan
bertaubat.inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah
syurga,beroleh keampunan,kasih sayang & keredhaan Allah swt."

Saturday, September 5, 2009

Lagu Tema PAS











Berjihadlah - Shoutul Amal

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Walau susah memempuh cabaran

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan

Berjuanglah wahai Ansorullah
Dengan matlamat daulah islamiah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat dihati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Walau susah memempuh cabaran

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan

Berjuanglah wahai Ansorullah
Dengan matlamat daulah islamiah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat dihati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi

Selamatlah parti islam melangkah
Membimbing ummah ke medan siasah
Berpedomankan Al Quran dan Sunnah
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah....
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah....
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah....

Perutusan Tuan Guru haji Hadi sempena Kemerdekaan yang ke 52

Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-52 Kemerdekaan Negara, bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) suka saya mengulangi bahawa pemimpin-pemimpin ulung PAS adalah golongan yang pertama melibatkan diri dengan perjuangan kemerdekaan negara ini.
Mereka menjadi mangsa kezaliman di zaman penjajah. Ketika itu, banyak di kalangan pemimpin negara kita (Umno) bersekongkol dengan penjajah menjadi pegawai-pegawai mereka.
Namun kita tidak menyerah kalah. Kita adalah yang pertama memperjuangkan kemerdekaan (yang) merupakan mata ratai perjuangan sejak kedatangan Islam yang membawa kemerdekaan sebenar.
Kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW ialah pembebasan manusia daripada mengabdikan diri kepada makhluk kepada hanya mengabdikan diri kepada Allah SWT.
Itulah makna kemerdekaan yang sebenar.
Oleh kerana itu, Nabi kita Muhamad SAW dalam perjuangannya yang pertama menentang jahiliah Arab. Bukan jahiliah bangsa lain sehingga berjihrah ke Madinah mendirikan Negara Islam.
Sebuah Negara yang berlandaskan kepada pengabdian diri kepada Allah Ta’ala yang membawa keadilan mutlak kepada seluruh manusia.
Bukan sahaja kepada penganut Islam bahkan, juga kepada penganut-penganut agama lain yang bernaung di bawah pemerintahan Islam. Selepas itu, Nabi kita Muhamad SAW datang ke Mekah untuk membebaskan Mekah daripada kuasa jahiliah.
Pembebasan Mekah bukan kerana dijajah oleh penjajah asing Rom dan Parsi. Tetapi dijajah oleh jahiliah Arab dari kalangan kaum keluarga Nabi SAW. Sehingga Mekah dibebaskan dan itulah kemerdekaan sebenar.
Dan ‘obor’ kemerdekaan inilah yang dibawa oleh Rubi’e bin Amer kepada Rostum iaitu panglima tentera Parsi dengan kenyataan Rub’ie yang terkenal.
Kata Rubie, ”Kami mengajak sesiapa yang mahu kepada satu gagasan dasar dan konsep daripada mengabdikan diri kepada manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah. Daripada kezaliman ajaran pelbagai-bagai agama, teori dan pendekatan ciptaan manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah SWT”. Daripada dunia yang sempit kepada wawasan dunia sehingga hari akhirat”.
Itulah kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW. Kemerdekaan inilah yang didokong oleh perjuangan Islam termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Kita menentang penjajah asing bukan kerana nama asingnya. Tetapi kerana mereka membawa satu fahaman yang mengabdikan diri kepada makhluk dan bukan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kita halau mereka bukan kerana nama dia asing tetapi kerana mereka membawa suatu ajaran sesat yang menyeleweng dari petunjuk Allah SWT.
Walau pun, negara kita telah dikatakan mencapai kemerdekaan sejak 52 tahun tetapi warisan penjajah masih lagi wujud. Bertapak dan berakal umbi di dalam masyarakat kita.
Oleh kerana itu, kita menganggap isu perjuangan kemerdekaan belum lagi selesai.
PAS akan terus berjuang untuk membawa kemerdekaan yang sebenarnya. Iaitu membebaskan diri manusia dari mengabdikan diri sesama manusia, sama ada berbentuk ideologi, teori dan sebagainya atau pun kepimpinan yang berlagak mengadakan peraturan sendiri dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah SWT.
Untuk mengajak mereka membebaskan diri daripada itu semua kepada Islam yang membawa kepada kemerdekaan yang sebenar dan itulah dasar serta konsep kemerdekaan yang kita bawa selama ini.
Sekian,
Wassalam

TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS