Pages

Sunday, August 30, 2009

Futsal lagi




Pada tanggal 24 Julai 2009 baru-baru ini, Penyelaras pemuda Dun Wakaf Mempelam telah menganjurkan pertandingan Futsal sempena Piala ADUN YB Hj.Mohd Wahid bin Endut yang diadakan di Futsal court,Jalan Kamarudin.

Sebelum itu, pertandingan tersebut telah berjaya menempatkan 32 pasukan untuk berentap sepanjang pertandingan yang telah menarik minat muda-mudi di sekitar Dun W.Mempelam. Dalam pada itu, program tersebut telah dirasmikan sendiri oleh Yb Haji Mohd Wahid Endut, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri W.Mempelam yang juga merangkap sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

Pertandingan tersebut berakhir pada pukul 6.30 petang dan seterusnya diteruskan dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang. Tempat pertama kejohanan tersebut telah dimenangi oleh pasukan Duen FC yang telah membawa pulang sebuah Piala Adun, dan wang sebanyak RM 400.

Untuk akhirnya, pihak editor mengucapkan tahniah dan pemenang-pemenang bagi kejohanan Futsal baru-baru ini.

Monday, August 17, 2009

YB turun padang Ke Pasar Borong





Sebelum Umat Islam menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, Yang Berhormat, Mohd Haji Wahid Endut ADUN Wakaf Mempelam dan juga merangkap Ahli parlimen Kuala Terengganu sempat meluangkan masa untuk bertemu dengan rakyat-rakyat di Dun Wakaf Mempelam baru-baru ini. Kesempatan ini digunakan sebaik-baiknya bagi merapatkan kembali tautan ukhwah di anatara rakyat dan pemimpin. Ketua editor pada kali ini mengucapkan selamat menghayati kedatangan Ramadhan yang penuh dengan makfirah.Semoga kita berada di dalam golongan yang orang-orang yang Soleh.

Sunday, August 16, 2009

Adakah Aku Ikhlas..!??

Kita semua maklum bahawa keikhlasan itu menjadi pra-syarat untuk apa-apa amalan kita diterima oleh Allah swt. Kerana kita inginkan amalan kitalah yang bakal menjelma sebagai makhluk yang indah bila kita di dalam alam barzakh nanti, kita berharap agar amalan kitalah yang dapat membela kita pada hari pembalasan kelak.

Sudah tentu, niat pada permulaan kita membuat sesuatu, hinggalah ke akhirnya perlulah hanya kerana Allah semata-mata. Tidak kira amalan itu menyentuh perkara peribadi mahupun dalam kehidupan berdakwah. Namun, ibarat kita hendak mengenal samada kita sudah terkena penyakit 'chicken pox' dsbnya, ada tanda-tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar kita ini ikhlas.

Antaranya :-
1. Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia.
2. Kita tidak berasa hati apabila usaha dikritik oleh manusia.
3. Kita tidak berasa bangga bila dipuji.
4. Kita sentiasa menganggap diri cuai dalam ibadah akibat sikap taajub akan
diri sendiri.
5. Tidak malas, lembab dan ketinggalan dalam kesusahan.
6. Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.
7. Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau dicaci manusia.
8. Di dalam organisasi/jemaah, tidak teringin menjadi ketua tetapi tetap
bekerja dan menyumbang.
9. Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal.
10. Tidak marah malah gembira, bila muncul seorang yang baru menjadi ketua (namun bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, kerana amanah bukan dari manusia tetapi dari Allah)

Begitulah antara perkara-perkara yang perlu kita perhatikan. Ini hanyalah panduan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan amalan diri kita sendiri bersih dari sifat ria', taajub, takabbur dan seumpamanya. Pekerjaan yang zahirnya baik, tetapi jika diselimuti oleh segala sifat yang batil tersebut, maka sia-sialah di sisi Allah swt. Hatta mereka yang berperang di saff hadapan dan mati di medan peperangan. Walau bagaimanapun, atas kelemahan manusia, tidak layak sebenarnya untuk menilai atau menghukum orang lain ikhlas ataupun tidak.Dalam satu kata-kata ulamak, ada ulamak yang mengatakan untuk membayangkan ikhlasnya seseorang itu seperti seekor semut yang hitam yang berjalan diatas batu yang hitam pada waktu malam ( yg pekat legam ). Betapa besarnya hati manusia itu, apa bila merasakan hatinya itu ikhlas terhadap Allah ta'ala.

Perlu diingatkan juga, dalam satu hadith nabi.. telah berkata " 3 golongan yang tidak diterima Allah ta'ala untuk masuk ke syurga, kemudian ditanya kepada nabi apakah golongan itu, maka nabi menjawab

1. Orang-orang kaya menginfaqkan ( sedekah ) sebahagian hartanya di jalan Allah, tetapi tidak ikhlas.
2. Orang-orang yang berjihad di jalan allah, mahupun perang atau sebagainya.
3. Orang-orang alim ulamak yang menyampaikan ilmu itu tetapi tidak ikhlas kerana
Allah ta'ala"

Jadi sahabat dan sohabiat yang dirahamtilah allah sekalian dapat kita renungkan betapa besar ikhlas tu perlu wujud pada hati masing. Syaitan sentiasa merasuk diri anda supaya mengkianati Allah ta'ala. oleh itu sentiasalah menyucikan jiwa anda dari perasaan hasad dan dengki serta riak yang membinasakan diri kita di akhirat kelak.

Pulau kapas “Brainstorming Pemuda”

Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu baru-baru ini telah mengadakan bengkel Brainstorming bagi setiap DUN-DUN yang terlibat di bawah kawasan Kuala Terengganu. Program tersebut telah di adakan di Pulau Kapas selama 2 hari pada 19-20 Jun baru-baru ini. Program tersebut telah berjaya mengumpul peserta-peserta yang terdiri daripada AJK-AJK Dun dari Dun Wakaf Mempelam, Dun Ladang, Dun Bandar dan Dun Batu Buruk. Penyelaras Pemuda Kawasan Kuala Terengganu iaitu Ustaz kamal Ali berkata, tujuan utama program itu di adakan adalah kerana untk mencapai kata sepakat untuk semua perkara yang berkaitan seperti program dan sebagainya untuk sepanjang tempoh 3 tahun akan datang. Walau apapun, tahniah di ucapkan kepada Pemuda Kawasan, semoga terus istiqamah dalam mendepani ujian yang mendatang.

Manek Urai jadikan Pakatan 6-1

Alhamdulillah,
Pakatan Rakyat sekali lagi berada di depan dengan hasil kemenangan pada pilihan raya kecil N41,di DUN Manek Urai baru-baru ini. Kemenangan hasil kerjasa ma dari semua pihak PAS, PKR dan DAP menunjukkan sekali lagi menghumbangkan Umno untuk ditolak oleh rakyat.Hasil kemenangan ini juga menjadikan agregat kemenangan pakatan Rakyat di jarakkan kepada 6-1.Walaupun kemenangan dengan majorit yang sedikit, iaitu 65 undi sahaja, namun, Yang Berhormat baru, Mohd Fauzie Abdullah atau dikenali Abe uji menyifatkan ia tetap kemenangan yang bermakna bagi Pas di Kelantan.Seluruh krew editor Pelam muda mengucapkan Tahniah

Perkhemahan Remaja 2009 ( PEKA '09)

Photobucket

Baru- baru ini Penyelaras Pemuda Dun Wakaf Mempelam (PPDWM) telah berjaya melakar satu lagi sejarah baru buat penduduk kampung di Dun Wakaf Mempelam, iaitu menganjurkan Perkhemahan Remaja Islam ke 5. Program tersebut diadakan bersempena program cuti sekolah baru-baru ini telah berjaya menarik minat ramai remaja-remaja di sekitar Dun. Program perkhemahan tersebut yang lebih dikenali dengan PEKA berlansung selama 3 hari 2 malam di Perkhemahan Taman Pertanian, Sekayu. Rata-rata peserta yang mengikuti program tersebut memberi respon yang cukup positif untuk program lanjutan PEKA pada masa yang akan datang.

Sebelum itu, Ketua Pemuda DUN W.Mmpelam, Saudara Yusuf Embong yang ditemui ketika majlis jamuan PEKA pada malam Selasa yang lepas menyatakan ucapan tahniah dan penghargaan terima kasih kepada pemuda-pemuda Dun di atas kesungguhan kerja yang telah ditunjukakan oleh pemuda-pemuda sebelum dan semasa program berjalan.

Untuk akhirnya, saya selaku editor pada kali ini ingin mengimbas kembali kata-kata Yang Berhormat Mohd Abdul Wahid Endut semasa majlis penutup PEKA 09, beliau cukup optimis dengan penganjuran PEKA kali ini akan membuka mata masyarakat sekitar Kawasan Kuala Terengganu untuk lebih yakin dengan pembawakan Pas terutama daripada pihak pemuda yang lebih berkesan dalam menangani masalah-masalah remaja yang semakin hari semakin menjadi-jadi.